Friday, May 20, 2011

Sambutan hebat Bob Lokman di Parit Buntar

Sambutan hebat Bob Lokman di Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 19 Mei : Program sehari bersama Bob Lokman di Parit Buntar mendapat sambutan hangat dari penduduk terutama anak muda . Setiap program yang diatur mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Ahmad Fairus Mohamad berkata, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah mengatur beberapa program sempena kehadiran Bob Lokman ke Parit Buntar.

" Program bermula dengan Tazkirah Subuh di Surau Mujahiden, Kampung Kedah, bertemu peminat di Pasar Ahad Titi Serong dan Minum Petang di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin.

" Orang ramai mengambil kesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan Bob Lokman yang baru menyertai PAS. Sambutan hangat dapat diperhatikan semasa beliau bertemu peminat di Pasar Ahad Titi Serong" katanya
Ahmad Fairus berkata, Bob Lokman penulis lirik lagu terkenal Isabela nyanyian Amy Search bukanlah artis pertama yang menyertai PAS. Sebelum ini terdapat juga artis lain seperti Akill Hayy, Ito daripada kumpulan Blues Gang dan Ringgo dari kumpulan Arrow telah menyertai PAS lebih awal.

" Kami akan membawa lebih ramai artis yang menyertai PAS untuk mengadakan program di Parit Buntar. Sebelum ini , Akill Hayy sudah kerap kali mengadakan program di Parit Buntar.

" Pak Jabit yang merupakan pelakon filem ' Hantu Kak Limah Balik Rumah ' juga akan dibawa ke Parit Buntar. Tunggulah pengumuman program bersama Pak Jabit tidak lama lagi" katanya

Sementara itu, seorang peminat Bob Lokman Naser Hasan, 33 mengucapkan terima kasih kepada Pemuda PAS Parit Buntar kerana berjaya membawa Bob Lokman mengadakan program di Parit Buntar.

" Sudah lama saya ingin bertemu dengan beliau , syukurlah pada hari ini dapat bertemu dan bergambar dengan Bob Lokman yang saya minati sejak tahun 90 an lagi.

" Walaupun beliau telah menyertai PAS, saya tetap akan menjadi peminatnya dan menyokong beliau membabitkan diri dalam politik" katanya


Orang ramai yang memenuhi dewan semasa program Minum Petang




Bob Lokman bertemu peminat di Pasar Ahad Titi Serong


Berpelukan dengan YDP PAS Parit Buntar

No comments:

Post a Comment