Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula Naik : Kerajaan tidak Prihatin


Parit Buntar, 9 Mei. Dewan Pemuda PAS Parit Buntar (DPPKPB) hari ini mepertikai tindakan kerajaan yang menaikkan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM2.30 sekilogram atas alasan merasionalisasi harga runcit gula. Tindakan ini hanya akan membebankan rakyat yang secara asasnya menggunakan gula dalam pyediaan makanan dan lain-lain.

Kita melihat bahawa dalam situasi sekarang rakyat semakin tertekan dengan kenaikan pelbagai harga barang keperluan ditambah pula kenaikan harga gula hari ini. Semua maklum bahawa harga minyak Ron 97 yang dinaikkan sebelum ini kepada RM 2.90 daripada RM 2.70. Sementara itu harga gas masak (LPG) juga telah dinaikkan kepada LPG RM1.90 sekilogram pada tahun lepas sudah membebankan rakyat.

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Parit Buntar saudara Ahmad Fairus, kenaikan harga gula ini amat-amat membimbangkan rakyat kerana kenaikan harga barang asas ini sudah pasti peniaga menaikkan harga bahan makanan yang melibatkan gula dalam penyediaan.

“Kita hairan, dalam kerajaan mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berada dalam landasan betul dibawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) ditambah pula dengan pengukuhan Ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika, secara tiba-tiba harga barang dinaikkan dengan mendadak”. “ Begitu juga dengan pasaran harga minya dunia yang diumumkan naik baru-baru ini, sudah pasti membawa keuntungan kepada negara sebagai pengeluar minyak dunia”.”Tetapi ianya tidak berlaku, bahkan harga minyak tetap dinaikkan dengan alasan yang sama harga minyak di Malaysia masih murah berbanding negara luar”. Berkata Ahmad Fairus.

Dewan Pemuda PAS Parit Buntar menyeru kepada semua pengguna agar berani membuat perubahan pada PRU 13 nanti, supaya menunjukkan isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat sangat tertekan dengan kenaikan harga barang kini. Kita juga dibawah Pakatan rakyat menyatakan akan membuat perubahan yang besar kepada negara dengan agenda yang akan dilaksanakan didalam Buku Jingga yang akan menguntungkan rakyat kembali.

No comments:

Post a Comment