Monday, April 18, 2011

Harun Hashim Kekal Terajui PAS Parit Buntar




PARIT BUNTAR, 17 April : Tuan Haji Harun Hashim mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Parit Buntar apabila menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke 57 yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong

Turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Abdul Bahrin Desa sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin sebagai Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Ustaz Muhammad Yaakob sebagai Ketua Ulama' PAS Parit Buntar.

Pengerusi Urusetia Mesyuarat Agung Azhari Hadi berkata, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga telah dimenangi tanpa bertanding oleh Haji Abdul Rahman Abdul Wahab dan Ustaz Haji Osman Idris.

" Dua orang pemeriksa kira-kira juga dimenangi tanpa bertanding oleh Ismail Abdullah dan Nasharudin bin Rashidi.

" Seramai dua puluh orang telah bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar. Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu" katanya

Menurut Azhari , enam belas Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah Fakhrurrazi Haji Khalid, Hamdan Fadel Ahmad, Haji Tyandareus Haji Awang, Dr. Abdul Rahman Abu Bakar, Haji Ibrahim bin Haji Dahalan, Hairulnizam Ishak, Norijan Omar, Khairulzami Muhammad, Azhari Hadi, Ustaz Qori Yunus, Abdul Halim Yahaya, Adnan Abd Rahman,Haji Muhammad Abdullah, Haji Redhuan Haji Maharane dan Hajah Salmiah Muhammad.

" Lebih 250 perwakilan PAS Cawangan hadir dalam mesyuarat hari ini. Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik.

" Setiap pertanyaan dan penjelasan dari perwakilan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS Parit Buntar" katanya

Mesyuarat agung yang bermula pada sebelah pagi ini berakhir tengahari dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Haji Harun Haji Hashim.






Thursday, April 14, 2011

Idris, Haminah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar

Idris, Haminah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar

Parit Buntar
- Idris Zaini (68) dan Haminah Yaakob (64) telah dipilih oleh PAS Kawasan Parit Buntar sebagai Tokoh Veteran PAS 2011 sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke-57 di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong di sini.
Idris anak kelahiran Parit Haji Ali, Kuala Kurau merupakan seorang guru yang bergiat aktif dengan PAS. Banyak cabaran dan halangan yang beliau tempuhi termasuklah ditukarkan sekolah beberapa kali. Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pemuda PAS akhir tahun 70-an dan sehingga 2007 jawatannya adalah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar.
Manakala tokoh veteran Muslimat, Haminah merupakan aktivis muslimat PAS yang aktif dan sanggup berkorban masa dan tenaga berkempen untuk PAS termasuklah dalam pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK) seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, PRK Permatang Pasir, Bukit Gantang dan banyak lagi. Ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan seorang yang berani berhadapan kempen pihak lawan termasuk pernah dihalau ketika berkempen untuk Pilihanraya Umum Ke-11 pada tahun 2004 yang lalu.
Cenderahati anugerah untuk tokoh veteran lelaki telah disampaikan perasmi Mesyuarat Agung pada malam tersebut iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Ahli Parlimen Parit Buntar. Manakala Hamninah diwakili oleh Masniah Yahya bagi menerima anugerah tersebut kerana keuzuran. Anugerah disampaikan oleh Harun Hashim, Yang Dipertua PAS Parit Buntar
Di dalam ucapan perasmian majlis tersebut, Dr Mujahid menyeru supaya ahli-ahli PAS agar dapat mencontohi pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini yang bekerja keras bagi memastikan parti PAS terus berada di hadapan dan membantu parti untuk memenangi dalam pilihanraya. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Abdul Baharin Desa, Timbalan YDP PAS, Ahmad Azhar Sharin, Naib YDP PAS serta penceramah jemputan Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani.
Pada malam tersebut lebih 3000 hadirin memenuhi ruang tempat ceramah bagi mendengar pendedahan eksklusif isu skandal seks serta kematian pegawai tinggi kastam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).



Anugerah Tokoh Vateran PAS Parit Buntar


Ceramah yang disampaikan oleh Dr. Mujahid Ahli Parlimen Parit Buntar

Thursday, April 7, 2011

Peranan Media Kepada Rakyat Mesti Jelas

Parit Buntar - Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak semakin hampir dan dilaporkan 1,000 wartawan serta pegawai media bertungkuas lumus untuk mendapatkan liputan terbaik untuk dimuatkan dalam media cetak mahupun elektronik. Apa yang pasti mulai pembubaran DUN hinggalah kepada keputusan pilihanraya nanti banyak maklumat akan diperolehi khususnya keputusan siapa yang akan menerajui Sarawak. Sama ada Barisan Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR).

Apa yang pasti kini akhbar arus perdana akan mencuba sedaya upaya menceritakan yang terbaik untuk BN dalam usaha untuk mempertahankan kemenangan. PR pula dianggap lawan yang tidak berguna dan tiada langsung isu-isu baik yang dibawa oleh mereka. Ini sebenarnya media yang berlaku dalam Malaysia, sama ada elektronik mahupun cetak, ianya berat sebelah dan tidak mengikut kod etika media dan kewartawanan yang sebenar.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, media bertanggungjawab melaporkan berita secara telus kepada rakyat. Akhbar arus perdana tidak seharusnya berat sebelah dalam menyebarkan berita kepada masyarakat. Ini kerana mereka tidak boleh terikat dengan mana-mana parti politik. Media ini harus menceritakan berita kedua-dua belah pihak bagi rakyat dapat menilai kebenaran dan kepalsuan. Seandainya dikatakan akhbar Harakah dan Suara Keadilan menjadi akhbar politik pembangkang, ia jelas kerana ia merupakan akhbar yang dimiliki oleh parti tersebut iaitu PAS dan PKR. Sekiranya media hendak berpihak kepada BN hendaklah ada satu akhbar politik yang dimiliki oleh mereka sama ada UMNO, MCA, Gerakan atau MIC.

Hairul yang juga lulusan Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media berkata, media arus perdana perlu memberi peluang kepada masyarakat untuk membuat penilaian berdasarkan keseimbangan kempen pilihanraya di media. Sebagai contoh kita boleh lihat semasa pilihanraya di Amerika Syarikat serta United Kingdom, media tidak berat sebelah malah memberi ruang yang secukupnya untuk calon pilihanraya berkempen di media. Calon Demokrat dan Republikan berdebat dengan cara profesional secara langsung untuk menyatakan manifesto dan janji mereka dalam pilihanraya. Justeru rakyat boleh menilai dengan waras siapa yang layak untuk mereka pilih sebagai kerajaan.

Sebagai perintis, jadikan PRN Sarawak ini sebagai projek awal untuk media menjadi lebih profesional. Berikan ruang berkempen untuk BN, PR ataupun Bebas berkempen dalam akhbar ataupun menerusi kaca televisyen. Ruang diakhbar berikan hak sama rata tentang kempen ataupun bicara yang ingin disampaikan oleh calon-calon pilihanraya. BN tidak harus takut dengan PR ataupun mana-mana parti yang bertanding sekiranya mereka menjaga kebajikan rakyat, membangunkan prasarana untuk rakyat, tidak rasuah, mengagihkan harta kekayaan negeri kepada seluruh rakyat jelata serta menjadikan negara dalam kesejahteraan. Jangan hanya berhujah menempelak PR tanpa dapat dibalas hujah melalui media yang sama.

Pemuda PAS Parit Buntar mencabar media arus perdana seperti RTM, Media Prima serta ASTRO agar dapat mengadakan satu debat ataupun forum yang membabitkan pemimpin BN dan PR ataupun Bebas bersempena PRN Sarawak secara langsung untuk mendengar apakah kempen, manifesto serta janji-janji mereka dalam pilihanraya yang membolehkan rakyat Sarawak menilai siapakah yang benar-benar layak diangkat untuk memerintah Sarawak. Sekiranya ia berjaya, peranan media ini akan lebih luas dengan memberi ruang dan peluang pula kempen untuk Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

Tuesday, April 5, 2011

Parit Buntar : Pemuda dan Muslimat Dapat Ketua Baru

Parit Buntar - Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar yang telah bermesyuarat baru-baru ini telah melantik ketua serta jawatankuasa baru bagi sesi 2011-2013. Untuk jawatan tertinggi, pemilihan ketua, timbalan ketua dan naib ketua telah dibuat secara syura di dalam majlis mesyuarat khas dewan masing-masing.

Untuk Dewan Pemuda ia akan diterajui oleh Dr Muhyiddin Ibrahim sebelum ini merupakan Timbalan Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua disandang oleh Hairul Nizam Ishak yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan, manakala Syahrin Md Daud kekal sebagai Naib Ketua Pemuda. Untuk jawatan ahli jawatankuasa, lapan orang telah dipilih iaitu Abdul Halim Yahaya, Adnan Abdul Rahim, Johari, Asyraf Mohammad, Reduan Osman, Nazarudin Rashidi, Ahmad Amir Abdullah dan Abdul Malik Hisham.

Dewan Muslimat pula diketuai oleh Rahimah Osman yang sebelum ini merupakan Naib Ketua. Untuk jawatan Timbalan Ketua adalah Rosnah Abu Bakar, manakala jawatan Naib Ketua disandang oleh Norijan Omar .Lapan jawatankuasa yang dipilih adalah Athirah Ibrahim, Izan Aqilah Mohamad, Zabariah Mat Amin, Azizah Awang, Sumaiyah Ali, Salina Osman dan Hashimah Hashim.

Di dalam mesyuarat agung baru-baru ini, Ketua Muslimat, Rahimah Osman, telah menyeru kepada semua jawatankuasa serta perwakilan agar terus istiqamah dalam perjuangan dan menuntut supaya jentera pilihanraya muslimat dapat diperkasakan bagi mempertahankan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.

Manakala Ketua Pemuda, Dr Muhyiddin di dalam ucapannya berharap seluruh ahli pemuda PAS di Parit Buntar dapat membina sahsiah yang baik serta menjaga perilaku supaya nama baik parti dapat terus dijaga. Beliau juga mahukan organisasi pemuda diperingkat cawangan diperkuatkan dan bersiap siaga untuk bekerja untuk memenangi dalam pilihanraya umum tidak lama lagi.

Antara perwakilan yang hadir

Barisan kepimpinan DPPK PB

Telus dan bersih

Perbahasan usul


Perpisahan yang akan menghasilkan satu perjuangan yang kekal

Cakna Rakyat Sungai Baru Tengah Meriah

Cakna Rakyat Sungai Baru Tengah Meriah

Sungai Baru Tengah - Walaupun hujan lebat mencurah-curah pada waktu pagi, program Cakna Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta PAS Cawangan Sungai Baru Pangkal telah berjaya menarik ratusan peserta yang menyertai pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, hampir 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna yang membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam. Malah setiap acara kanak-kanak seperti tiup belon, kapal terbang kertas, isi air dalam botol serta boling kelapa mendapat sambutan ramai peserta. Program wanita juga mendapat sambutan hangat. Acara yang ditawarkan seperti gubahan lipatan, masakan berasaskan ubi, meraut lidi, anyam ketupat, menulis khat berjaya menarik minat penyertaan wanita dari usia muda hinggalah warga emas.
Selain acara sukaneka dan pertandingan, penganjur juga turut menyampaikan sumbangan kepada 20 ibu tunggal terpilih di kawasan ini. Kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan. Seramai 10 orang doktor telah memberikan khidmat secara percuma merawat mereka. Antara lainnya adalah kaunter daftar pemilih yang memberi peluang penduduk di sini mendaftarkan diri sebagai pengundi.
"Acara sebegini sebenarnya mendekatkan kami dengan masyarakat. Sememangnya masyarakat di sini dahagakan program sebegini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi di atas penganjuran Cakna Rakyat ini." Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Naib Yang Dipertua, Ahmad Azhar Sharin serta ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.


Pertandingan Tiup belon terbesar untuk kanak-kanak


Pertandingan anyam ketupat


Penyampaian hadiah untuk pertandingan kategori kanak-kanak




Pemeriksaan kesihatan


Bob bersama adiknya memenangi hadiah acara balingan belon mesra


Adik Mujahid memenangi hadiah tempat pertama
mewarna kategori 6 tahun kebawah