Tuesday, May 24, 2011

Pehimpunan Unit Amal Kawasan Parit Buntar


22 Mei, Parit Buntar : Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar hari ini mengadakan mesyuarat khas yang melibatkan seluruh keanggotaannya di setiap cawangan. Mesyuarat khas Unit Amal tersebut berlangsung di Markaz Tarbiah Titi Serong turut dihadiri oleh YDP PAS Kawasan Parit Buntar, Tuan Haji Harun Hashim serta TYDP Saudara Bahrin.

Mesyuarat khas ini adalah bertujuan menghimpunkan seluruh anggota Unit Amal yang berada di cawangan untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa Unit Amal Parit Buntar bagi sesi 2011/ 2013. Perlantikan ini melibatkan Timbalan Pengerusi Unit Amal, Setiausaha dan beberapa Kor yang difikirkan perlu dalam gerak kerja Unit Amal.

Dalam pada itu mantan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Saudara Khairulzami dilantik sebagai penasihat Unit Amal kawasan bagi mengukuhkan lagi aktiviti pada masa-masa kan datang. Dalam ucapan beliau, beliau mengingatkan bahawa tugas dan tanggungjwab setiap Unit Amal adalah sangat penting dalam menjayakan sesuatu program, antaranya ialah melibatkan keselamatan.

Menurut beliau lagi Unit Amal perlu mengorak langkah lebih luas agar diminati oleh anak-anak muda di cawangan-cawangan. “Kita memerlukan Unit Amal menarik lebih ramai anak muda di cawangan agar menyertai Unit Amal dengan pelbagai aktiviti, antaranya mendaki bukit, rehlah, aktiviti lasak dan sebagainya” Khairulzami.

Sebelum itu Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar mengingatkan anggota Unit Amal, dalam apa jua kerja yang dilakukan maka solat jaganlah dilupai untuk di tunaikan sebagai kewajipan. Kerana solat merupakan tunjang kepada Islam dan perlu dilakukan dalam apa jua keadaan. Majlis berkahir dengan sedikit jamuan yang disediakan.



No comments:

Post a Comment