Friday, May 20, 2011

Halal atau Haram : Biar JAKIM Tentukan

Mei 20, Parit Buntar : Sebagai umat Islam kita wajar meletakkan keraguan sekiranya sesuatu itu tiada kepastian akan hukumnya. Terutama mengenai halal atau haram sesuatu produk, bukan sahaja makanan atau minuman malah semua produk harian umat Islam. Dewan Pemuda PAS Parit Buntar merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran yang sewenang-wenangnya memberi jaminan halal walaupun pihak JAKIM masih belum mengeluarkan sijil halal kepada produk tenusu yang diimport dari Korea Selatan tersebut.

Sebagai umat Islam kita memberi kepercayaan penuh kepada JAKIM selaku badan yang mempunyai autoriti dalam persijilan halal terhadap setiap produk yang dijual. Kita juga yakin apabila logo halal di keluarkan maka sah produk itu halal untuk umat Islam mengunakannya samada makanan ataupun minuman. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Yang halal itu sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas; dan di antara keduanya ada hal-hal yang musytabihat (syubhat, samar-samar, tidak jelas halal haramnya), kebanyakan manusia tidak mengetahui hukumnya. Barangsiapa hati-hati dari perkara syubhat, sungguh ia telah menyelamatkan agama dan harga dirinya.” (Muslim).



Oleh yang demikian DPPKPB merasa dukacita apabila Timbalan Perdana Menteri memberi jaminan halal terhadap susu 1 Malaysia, sedang secara jelas tiada logo halal Jakim pada kotak susu tersebut. Menurut Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Dr. Wan Mohamad, orang ramai patut merasa bimbang kerana pengesahan halal hanya dibuat oleh badan yang diyakini dengan kajian saintifik dan bukan dengan hanya sekadar pengumuman dalam media sahaja. “ Kita hairan kenapa seorang Menteri yang semestinya tahu akan undang-undang persijilan halal boleh berkata demikian sedangkan JAKIM mempunyai peruntukan khas untuk mendakwa mana-mana syarikat yang mengunakan logo halal palsu atau menggunakan logo halal tanpa kebenaran (Sijil Halal).” Berkata Dr. Wan

Sekali lagi Dewan Pemuda PAS Parit Buntar menyeru supaya JAKIM menyiasat perkara ini dengan teliti dan memastikan sekiranya produk susu 1 Malaysia adalah halal , maka harus diberikan sijil halal. DPPKPB juga meminta JAKIM bertegas sekiranya susu yang diimport dari Korea Sealatan ini terbukti tidak halal maka tindakan merampas dan pendakwaan perlu dilakukan sekiranya terbukti mengunakan logo halal palsu pada kotak susu terebut. DPPKPB memandang serius perkara ini kerana ia melibatkan pemakanan anak-anak kita di sekolah yang diberi susu ini secara percuma tanpa tahu halal haramnya susu tersebut.

http://pemudapasperak.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=606&catid=38&Itemid=56

No comments:

Post a Comment

Post a Comment