Wednesday, June 30, 2010

Jadual Tayangan Piala Dunia 2010 di Markaz Titi Serong



JADUAL


02 Julai 2010 (Selasa) 10.00 malam
(Suku Akhir Pertama)

03 Julai 2010 (Sabtu) 10.00 malam
(Suku Akhir Ketiga)

07 Julai 2010 (Rabu) 2.30 pagi
(Separuh Akhir 1)

08 Julai 2010 (Khamis) 2.30 pagi
(Separuh Akhir 2)

12 Julai 2010 (Isnin) 2.30 pagi
(Akhir)

Dapatkan Teh tarik & Teh 'O' dengan harga Lima Kupang (50 sen) sahaja
Jom pakat pi ramai-ramai
Anjuran DPPK Parit Buntar

Sunday, June 27, 2010

Misteri Nusantara 4 : Kemanakah perginya RM4.6 billion

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup
Dzulfikar Mashoor

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tengahari tadi mendakwa tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.

"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi.

“Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut," jelasnya.

Bercakap pada sidang media di Pejabat Agong PAS, Mahfuz turut menjelaskan, Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB.

Image"Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor," kata Mahfuz.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoal kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.

"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.

"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai.

"Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas," kata Mahfuz lagi.

Dakwa Mahfuz, kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini.

"Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi," dakwanya.

Beliau juga mempertikai keputusan Najib yang mengarahkan Pasukan Khas yang dibentuk PKA sendiri supaya membentangkan laporan lengkap skandal PKFZ itu dalam Kabinet Rabu ini.

"Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," katanya.

Turut menyertai Mahfuz, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salehuddin Ayub.

Julai lepas, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Azmi Khalid berjanji untuk menyerahkan laporan lengkap berhubung skandal PKFZ sebelum sidang Parlimen depan.

Dalam kenyataannya, Azmi mengakui 405 ektar tanah yang menempatkan gudang, blok, pejabat dan hotel bertaraf empat bintang itu menjadi pertikaian khalayak sejak 2003, apabila kos pembangunannya RM2.5 billion telah melambung pada RM4.6 billion secara misteri.

Disebabkan itu, Azmi sendiri meminta Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membuat apa-apa penjelasan, sehinggalah siasatannya selesai.

Dalam pada itu, Azmi bersama-sama Abdul Ghani memanggil dua bekas Menteri Pengakutan Tun Dr. Ling Liong Sik (berjawatan 1986-2003) dan Datuk Chan Kong Choy (berjawatan 1 Julai 2003 – 18 Mac 2008) untuk melengkapkan siasatan skandal tersebut, tetapi menafikan keterlibatan kedua-dua menteri terbabit dalam skandal itu.

Dalam pra laporan, Azmi telah memanggil lima syarikat yang disyaki, termasuk PricewaterhouseCoopers (PwC) yang dikatakan khalayak mendalangi skandal rasuah PKFZ tersebut.

Timbalan PAC yang juga Ahli Parlimen Kepong/Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Dr. Tan Seng Giaw pula sebelum ini turun mendapatkan keterangan daripada beberapa pemimpin Barisan Nasional terbabit yang lain; seperti Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail, Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung (MCA) dan sebagainya.

Sumber lain melaporkan bekas Menteri Pengangkutan sebelum ini, Tun Dr. Ling Leong Sik (mantan Presiden MCA) dan Tan Sri Chan Kong Choy juga pernah dikatakan terbabit melindungi watak-watak misteri di sebalik skandal PKFZ dari tahun 2003 hingga 2006.

Isu skandal PKFZ yang berleluasa sejak penghujung 1990an lalu kembali menggamit perhatian khalayak apabila Najib sedaya upaya cuba menutup dakwaan berani Tiong ke atas Presiden MCA Ong Tee Kiat baru-baru ini; bahawa MCA mendapat kepentingan RM10 juta dari faedah PKFZ.

Saturday, June 26, 2010

Misteri Nusantara 3 : Kemanakah Hilangnya RM1.63 bilion


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS mahu Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, Presiden merangkap CEO Kumpulan, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Naib Presiden (Bahagian Tenaga dan Utiliti), Hisham Hamdan digantung kerja buat sementara bagi memudahkan siasatan berhubung kerugian RM1.63 bilion syarikat berkenaan."PAS melihat siasatan lebih sukar dilakukan selagi mereka masih berada dalam organisasi itu," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi rakyat merasa sangsi dengan alasan bahawa lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun menjadi punca utama kepada masalah tersebut.Sime Darby adalah antara syarikat GLC Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi negara. Kerugian yang dialami juga terlalu besar buat negara dan pulangan pelaburan PNB dan KWSP yang memagam sebanyak 66 peratus saham dalam syarikat itu turut akan terkesan."Bagaimana lebihan itu boleh berlaku tanpa dikawal diperingkat awal. Sebagai syarikat korporat yang berpengalaman luas, Sime sewajarnya mampu membuat persediaan dan mengukur tahap kemampuan pelaburannya ke dalam kedua-dua projek ini," ujar Idris lagi.PAS katanya yakin beberapa faktor lain termasuk kelemahan pengurusan kewangan dan penyeliaan turut menyumbang kepada kerugian tersebut."Dengan jumlah RM1.63 bilion negara boleh mendirikan satu atau dua lagi stesen janakuasa elektrik," tambahnya.


Sehubungan itu, PAS mencadangkan satu panel khas yang berkecuali dilantik oleh pihak kerajaan bagi menyiasat kerugian itu dan bukan penyiasatan dalaman oleh Sime Darby sendiri.Menurutnya penyiasatan dalaman Sime hanya akan menyembunyikan lebih banyak maklumat. "Pasukan penyiasat bebas ini harus bertanggungjawab menyiasat kerugian sebenar dan puncanya sebelum menghukum mereka yang terlibat," katanya.PAS, tegasnya tidak mahu isu kerugian Sime ini melarat seperti apa yang berlaku kepada Pos Malaysia Berhad yang akhirnya mengunakan alasan kerugian untuk menswastakan organisasi berkenaan.


Ini kerana Sime memegang begitu banyak aset dan kepentingan ekonomi negara dipelbagai sektor dan tidak boleh membiarkannya terus mengalami kerugian yang besar dan kemudiannya digadaikan.Dengan kata lain, satu langkah transformasi dan penyusunan semula tegasnya perlu dilakukan ke atas organisasi pengurusan Sime bagi memastikan syarikat ini dapat memfokuskan keuntungannya bagi setiap sektor yang disertai.

Misteri Nusantara 2 : Kemanakah Hilangnya RM546 juta


KOTA BHARU, 6 Mei: Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, akibat kecuaian pengurusan Pos Malaysia menyebabkan syarikat milik kerajaan itu terpaksa menanggung kerugian besar.
”Kerajaan seharusnya bertangungjawab di atas kerugian terbabit. Pos Malaysia sebagai sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) seharusnya diurus dengan berhemah.

“Bagaimanpun sikap pemimpin negara dan pengurusan Pos Malaysia yang cuai mengakibatkan kerugian besar terpaksa ditangung rakyat,” katanya di sini.
Kelmarin Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein menjelaskan kerugian yang ditanggung Pos Malaysia Berhad sebanyak RM227 juta dan bukannya RM546 juta.
Isu kerugian Pos Malaysia sebanyak RM546 juta tercetus berikutan pendedahan mantan Pengerusi Pos Malaysia & Services Holdings Bhd, Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business baru-baru ini.


Beliau mendakwa tindakan Khazanah Nasional yang mempengaruhi Pos Malaysia melambatkan penjualan sahamnya dalam syarikat pengendali kargo yang bermasalah, Transmile Group Bhd telah menyebabkan negara rugi bila mana sahamnya jatuh.
Ahmad Fadhli berkata, pengakuan timbalan menteri terbabit tidak boleh dipandang ringan.
”Biarpun jumlah kerugiannya RM227 juta, itu masih besar berbanding dakwaan kerugian asal sebanyak RM546 juta,” katanya.


Oleh itu katanya, kerajaan perlu menyiasat segera dan menghukum pihak yang bersalah memandangkan jumlah tersebut cukup besar ketika negara dilanda krisis kewangan sekarang.
Menurutnya juga, Pemuda PAS bimbang nasib yang serupa akan menimpa wang ihsan sebanyak RM20 juta sekiranya kekal di bawah pengurusan Umno Kelantan.
Ketika kerajaan membeli saham Transmile Group Bhd pada 2004 harga saham RM6.25 seunit. Namun sekarang harganya menjunam kepada 13 sen.
Kerajaan membeli sebanyak 40 juta saham melibatkan peruntukan sebanyak RM250 juta ketika itu.


Hari ini nilai saham Transmile Group Bhd hanya berharga 13 sen seunit dan jumlah pegangan keseluruhan Pos Malaysia hanya RM14 juta sedangkan kerugian yang akan ditanggung Pos Malaysia boleh dikurangkan sekiranya pihak terbabit mengambil tindakan bijak menjual saham Transmile Group ketika harganya di paras RM14.40 pada 3 Januari 2007.
Dan ia akan mendatangkan hasil sebanyak RM576 juta atau setidak-tidaknya saham terbabit boleh dijual pada 14 Jun 2007 ketika sahamnya berharga RM6.60 atau paling tidak pada 5 Jun 2009 semasa harganya RM1.24 seunit.

Misteri Nusantara 1 : Kemanakah Hilangnya RM 8 Biliion

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Datuk Husam Musa mendakwa, rezab tunai Felda telah susut sebanyak RM8 bilion sejak diambil alih Datuk Seri Najib Razak bukannya 2.7 bilion sebagaimana didakwa Datuk Ahmad Maslan.Ini kerana, susut rezab bukannya jumlah yang ada pada tahun 2004 tolak jumlah yang ada sekarang kerana dalam tempoh tersebut Felda mempunyai pendapatan dan ia hilang bersama dengan kemersosotan yang berlaku.

Husam yang juga Exco pembangunan ekonomi Kelantan itu berhujjah:a. Baki pada akhir 2009 - RM 1.35 billion.b. Baki pada akhir 2004 - RM 4.08 billion."Antara tempoh 2004 sehingga 2009, adakah Felda tidak menerima apa-apa pembayaran? Semua ladang Felda tak ada hasil dalam tempoh lima tahun itu? Satu sen pun tak masuk?" soalnya.Menurut Husam, kenyataan Ahmad Maslan seakan antara 2005 hingga 2009, Felda langsung tidak menerima sebarang wang dan wang berbaki hanya apa yang dibelanjakan dari rezab terkumpul sehingga 2004 tadi."Mustahil!!" kata Husam (gambar) kerana dalam tempoh tersebut, Felda juga menerima hasilnya dan hasil itu turut hilang dan hanya tinggal RM1.35 bilion sahaja pada akhir tahun 2009.AJK PAS pusat itu berkata, "maklumat tepat yang saya perolehi, antara tempoh 2005 hingga 2009, Felda menerima pendapatan tunai sejumlah RM 5.2 billion lagi!"Penerimaan tunai Felda adalah seperti berikut;a. 2005 - RM 682 jutab. 2006 - RM 697 jutac. 2007 - RM 1.270 billiond. 2008 - RM 1.70 billion.e. 2009 - RM 830 jutaJumlahnya menghampiri RM 5.2 billlion!Jumlah ini, kata Husam, perlu dicampur dengan baki 2004.

Bila dicampur dengan baki 2004, jumlahnya ialah RM 9.28 billion!Baki 2004 - 4.08 billionMasuk 2005 - 2009 - 5.2 billionJumlah - 9.28 billion"Ini bermakna wang yang susut lebih dari RM 2.78 billion kerana jumlah semua rezab tunai Felda bersekali dengan baki 2004 ialah RM 9.28 billion ditolak dengan baki yang tinggal sehingga 2009 ialah RM 1.35 billion (RM 9.28 b tolak RM 1.35 b = RM 7.9 menjadikan jumlah sebenar yang telah susut dalam tempoh lima tahun ini ialah menghampiri RM8 billion!" tegas Husam dalam blognya.Perbelanjaan FeldaHusam juga mempertikaikan perbelanjaan yang dibuat Felda sebagaimana yang dinyatakan oleh Ahmad Maslan."Mengenai perbelanjaan pula, perhatikan semula kenyataan Ahmad Maslan di atas. Senarai perbelanjaan sehingga wang itu susut adalah seperti berikut;"RM2 billion for replanting crops, RM603 million for interest-free housing loans, RM253 million for the Sabah poverty eradication fund and RM662 million for the new Felda headquarters."a. RM 2 Billion untuk tanam semulab. RM 603 juta untuk pinjaman perumahan tanpa faedahc. RM 253 juta untuk program kemiskinan di Sabahd. RM 662 juta untuk menara baru ibu pejabat Felda"Pertama : Menara Felda masih dalam pembinaan.

Kenapakah bayaran penuh telah dibuat? Mustahil! Kalau masih berlaku, ia satu perkara yang sangat pelik.Kedua: RM 2 billion untuk Tanam Semula."Kenapa guna rezab tunai Felda?" soal Husam.Beliau bertanya, bukankah Felda mempunyai Tabung Tanam Semula? Bukankah Felda telah mengutip sebanyak RM4 sebulan seekar dari kesemua 112,000 penerokanya untuk lima tahun? Tabung itu sudah mencecah hampir satu billion dan tanam semula tidak pernah menggunakan rezab tunai Felda."Adakah kedua-dua kenyataan ini benar? Atau kedua-duanya salah?" soal beliau lagi.Sehubungan itu, beliau membuat kesimpulan, kedua-dua kenyataan ini tidak benar adalah lebih menasabah."Bermakna, Felda gagal menjelaskan ke mana wang tersebut telah lesap dan Felda juga gagal menjelaskan angka sebenar wang rakyat yang di jaga oleh Felda susut," katanya.Beliau juga berkata, jumlah yang tidak kecil.

Semua perolehan ini adalah dari ladang-ladang getah dan sawit, samada mempunyai peneroka seluas 1.2 juta ekar di seluruh negara mahu pun tanpa peneroka sejumlah 800,000 ekar."Jika keuntungan sebesar itu disumbangkan oleh ladang-ladang di Malaysia, apa jaminan pelaburan Felda di luar negara boleh menyaingi apa yang disumbangkan dalam negara?" soalnya lagi.Husam juga bertanya, bila Datuk Najib memperkenalkan konsep Felda patut mengembangkan sayapnya menjadi pemain global, apa jaminan pengembangan itu akan menyihatkan Felda dan bukan untuk mencabut bulu-bulunya sehingga nanti menjadi burung tanpa bulu?Setelah Felda melabur di Amerika dan Kanada dalam Twin River Tech masing-masing sebanyak RM300 juta dan RM500 juta, berapakah jumlah keuntungan yang telah dihasilkan?Secanggih mana teknologi pemprosesan biji bunga matahari dan soya yang ada di kilang ini sehingga pelaburan Felda sedemikian besar? soal Husam.Dengan RM300 juta yang dibelanjakan dan pegangan 85% dalam TRT itu, mampukah Felda mengawal pengurusannya atau kita sekadar melihat dari jauh sebelum apa-apa terjadi terhadap wang kita sejumlah RM 800 juta itu tadi?"Jangan jadi seperti kita membeli syarikat motor oleh Proton dulu yang berakhir dengan dijual hanya satu euro!" kata Husam memberikan amaran.

"Tidak semestinya bila Felda mempunyai kilang penapis sawit di sini, pengurusan penapisan bunga matahari nun jauh di Kanada juga kita boleh kuasai. "Itu pun sebahagian kilang penapis Felda telah pun dijual kepada syarikat dari India untuk membolehkan Felda melabur tak kurang dari RM 688 juta pula dalam penternakan lembu untuk menghasilkan susu dan daging!" katanya.Beliau juga mempersoalkan, apa istimewanya syarikat pembekal daging lembu (sebenarnya kerbau?) dari India itu tidak dketahui, sehingga selain dapat membeli kilang penapis, dapat pula menikmati diskaun belian minyak sawit mentah sebanyak USD20 per metrik tan sedangkan anak syarikat FELDA sendiri - Felda Vegetable Oil Product cuma diberi subsidi sebanyak RM20 per metrik tan.Kesimpulannya, kata beliau, semuanya misteri! dan ada "Lubang besar di Felda?" dan "Bagaimana kita rakyat biasa boleh membongkar misteri ini?"

Thursday, June 24, 2010

Pengganas: Satu Tuduhan Yang Sangat Jahat

Parit Buntar 24 Jun - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tuduhan melampau dan jahat terhadap kepimpinan tertinggi PAS sebagai pengganas. Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

Sejak dari awal lagi DPPKPB menganggap isu yang sengaja ditimbulkan bahawa wujudnya yang distilahkan sebagai sarang pengganas di IPT adalah satu agenda jahat umno/BN bagi memburukkan pimpinan PAS bagi menutup isu-isu yang semakin terdesak untuk dijawab oleh kerajaan. Menurut Ketua Pemuda DPPKPB, Sdr Khairulzami tuduhan ini adalah sangat tidak berasas dan mempunyai niat jahat terhadap PAS. "Kita tidak merelakan mereka yang tidak bertangjawab ini dengan sewenang-wenangnya menuduh Presiden PAS Dato' Seri Hj. Hadi Awang sebagai pengganas".

Oleh yang demikian DPPKPB menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad melalui harakahdaily agar Kerajaan, PDRM dan Zamihan memohon maaf maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas.

Sdr. khairulzami
Ketua Pemuda PAS
Kawasan Parit Buntar

Monday, June 21, 2010

Peminat Bola Perlu Bijak Atur Masa








Peminat Bola Perlu Bijak Atur Masa

Parit Buntar
- Demam bolasepak Piala Dunia 2010 yang berlangsung di Afrika Selatan sememangnya menjadi hangat apabila setiap kali perlawanan mendapat tempat dihati peminat bolasepak Malaysia. Walaupun negara kita tidak layak untuk menyertai kejohanan ini, namun minat yang terlalu mendalam terhadap bolasepak menjadikan ia satu pesta yang tidak mengenal bangsa, agama, jantina mahupun budaya.
"Namun begitu jangan sampai kita lupa kerja kita keesokannya." demikianlah kenyataan Hairul Nizam Ishak, Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar. "Memang diakui bolasepak sebagai himpunan sukan yang hebat dan minat masyarakat terhadapnya memang tidak pernah berubah. Saya yakin di kedai-kedai mamak 24 jam menjadi medan setia bagi mereka ini. Saya fikir ia tidak akan jejaskan prestasi kerja untuk jadual perlawanan 7.00 malam dan 9.00 malam. Akan tetapi perlawanan yang babitkan 2.30 pagi sudah pasti akan mengantuk untuk ke tempat kerja."
"Kadangkala apabila diperhatikan, waktu 2.30 pagi juga penuh kedai-kedai mamak dikunjungi pelanggan menonton bolasepak. Seolah-olah pada pagi hari tidak bekerja. Begitu juga ada di kalangan mereka pelajar sekolah yang turut mempunyai minat yang sama. Namun keesokannya akan menjadi bahan amarah guru apabila tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas."
"Saya mendapat rungutan para ibu khususnya apabila suami dan anak mereka agak susah untuk bekerja dan ke sekolah pada waktu pagi. Ada pelajar sekolah yang menyambung cuti selepas dua minggu cuti penggal dan para suami mula ambil cuti sakit. Ini kesan buruk apabila anak dan bapa layan sekali bola sepak.
Masyarakat perlu mempunyai tidur yang cukup untuk bekerja dan belajar. Tidak salah menonton bola akan tetapi ambillah langkah bijak menyusun masa untuk menonton bolasepak dan waktu tidur. Walaupun hanya untuk sebulan sahaja akan tetapi ia boleh menjejaskan prestasi kerja dan juga pembelajaran kita.

Hairul Nizam Ishak,
Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar

DPPKPB Mengucapkan Selamat Hari Bapa


Pesan Ayah Seorang Pejuang

Sahabat
Andainya kematian kau tangisi
Pusara kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang dah luluh
Nyalakaniah obor untuk umat ini Dan
Lanjutkanlah gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Taman-taman indah disyurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menyambutku
Dan berbahagialah hidupku di sana

Sahabat,
Puaka kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakan lah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Di sana cahaya fajar memancar.

Sayyid Qutub-1966

Saturday, June 19, 2010

Lambaian Ambang IPT : DPPKPB Ucapkan Tahniah




Sesungguhnya Allah mencintai seseorang kamu apabila bekerja/belajar maka ia tekun/bersikap profesional dalam pekerjaannya”. Hadis

Lambaian IPT adalah program yang julung-julung kalinya diadakan khusus untuk meraikan anak-anak dari Kawasan Parit Buntar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Program ini dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar, bertujuan memberi pendedahan awal kepada anak-anak jati Parit Buntar mengenai pembelajaran dan corak kehidupan di IPT.

Pihak penganjur menjemput para peserta yang terdiri daripada pelajar yang terpilih ke IPTA/IPTS pada tahun ini bagi kemasukan Jun 2010 . Antara objektif program ini ialah pertama memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang corak kehidupan di IPT. Kedua memberi penghargaan dan motivasi belajar kepada mereka yang berjaya ke IPT. Ketiga mewujudkan jaringan/hubungan ukhwah di kalangan anak-anak Parit Buntar di IPT.

Ceramah berkenaan pendedahan tentang coran kehidupan di IPT disampaikan oleh dua orang ahli akademik yang juga Penyelidik dari IPT. Selain itu sesi dialog juga diadakan antara bakal-bakal mahasiswa bersama-sama bekas mahasiswa yang kini berkhidmat di sekitar Parit Buntar.

Penceramah pertama memberi suntikan semangat kepada bakal mahasiswa supaya menetapkan niat ikhlas menuntut ilmu kerana Allah SWT.Selain itu bakal mahasiswa juga dinasihatkan supaya dapat mencari teman terbaik di kalangan terbaik supaya dapat membawa dan membimbing mereka ke arah yang positif. Kaedah pembelajaran juga dijelaskan supaya peserta dapat maklumat awal tentang suasana dan kaedah pembelajaran sebenar di IPT.

Penceramah kedua pula menekankan mengenai pembinaan dalaman diri untuk menjadi seorang mahasiswa . Antaranya:

1. Mengapa anda terpilih ke IPT?
2. Apakah yang mendorong anda untuk terus berjaya? Kerjaya Baik.
3. Siapakah yang mempengaruhi anada untuk terus belajar?Ibu bapa/ Keluarga
4. Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian akademik anda?
5. Bagaimana untuk meningkat pencapaian akedemik anda?


Selain itu peserta juga didehkan dengan beberapa fakta mengenai pendidikan di IPT. Antaranya ialah statistik graduan peringkat sarjana muda di IPTA mengikut bidang dari tahun 2002 - 2007.

Pada slot terkahir program Lambaian IPT ini, para peserta di beri peluang untuk berdialog bersama-sama bekas Mahasiswa bagi menjelaskan lagi secara terpeinci menganai susana sebenar di IPT. Antara bekas mahasiswa yang ditampilkan ialah Sdr. Azlan, AJK JPM Perak, Sdr Faris, AJK JPM P.Pinang dan Sdri. Farhana AJK Nisa PB.

Mereka secara lebih dekat mendekati para peserta dengan pengalaman-pengalaman sepanjang menuntut ilmu di IPT masing-masing. Pengalaman ini dikongsi agar para peserta mendapat motivasi untuk berjaya dari segi akademik dan softskill. Antara nasihat yang diberikan ialah fokus kepada pelajaran, pembahagian masa yang baik dan menjaga sakhsiah diri dari terjebak ke lembah yang negatif.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada semua penceramah dan fasilitator program Lambaian IPT kali ini.

Dr. Wan Khairuddin, Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, dalam ucapan penutup berkata Dewan Pemuda bercadang untuk menjadikan program ini  sebagai program tahunan pada masa akan datang.


Penceramah pertama memberi motivasi bertajuk Seruan IPT.

Penceramah kedua sedang memberi ceramah kepada peserta.


Peserta perempuan khusyuk mendengar ceramah.


Peserta lelaki.
Penyampaian cenderahati kepada penceramah

Thursday, June 17, 2010

Usul Yang Diluluskan Muktamar


Usul jawatankuasa PAS Pusat;

1. Memansuhkan fasa 43 (5) iaitu bayaran RM5 untuk mendaftar sebagai ahli dewan.
2. Mengutuk tindakan kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Umno/BN yang menyerahkan blok L dan M
kepada kerajaan Brunei yang mengandungi nilai minyak RM320 bilion.
3. Mengecam tindakan yang merugikan rakyat dan negara yang memberi hak milik tanah KTMB seluas 271
hektar di Tanjung Pagar, Bukit Timah dan Woodland kepada Singapura.
4. Mendesak perkara penting untuk rakyat dan negara perlu dibincang dalam parlimen bukan hanya dilulus
oleh seorang perdana menteri sahaja yang berbincang.
5. Mendesak kerajaan memutuskan dengan segera kontrak dengan Apco demi keselamatan dan kedaulatan
negara daripada diceroboh oleh Israel.



Usul dewan Pemuda PAS;

1. Mendesak kerajaan memansuhkan judi sukan, mengetatkan penguatkuasaan terhadap undang-undang judi
dan mendidik rakyat membenci judi.
2. Mendesak PAS memobilasi semua rakyat turun ke himpunan 100,000 mansuhkan judi bola pada 3 Julai
depan. Usul dewan Ulamak ialah:
3. Memastikan dasar dan prinsip perjuangan PAS dipertahankan di samping mengukuhkan Pakatan Rakyat.


Usul dewan Muslimat PAS pusat:

1. Mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap tentera Israel yang melakukan serangan ganas ke atas misi
kemanusiaan Gaza.
2. Berdiri teguh dan menyokong penuh di belakang wanita Palestin dan keluarga mereka dalam menegakkan
keadilan yang telah diceroboh oleh Israel dengan siap siaga membantu mereka dari semua pihak termasuk
menghantar sukarelawan muslimat ke Gaza.
3. Menetapkan PAS dan Pakatan Rakyat menjuarai penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke bumi Gaza
mensasarkan misi 1,000 armada bantuan pada satu-satu masa.
4. Mendesak kerajaan melaksanakan ketetapan usul yang yang dibentangkan di parlimen pada 7 Jun yang
berkaitan isu keganasan Israel.
5. Mendesak kerajaan mengiktiraf kemenangan Hamas sebagai kerajaan dan wakil yang sah.
6. Menggesa rakyat memboikot barangan Israel sebagai usaha melumpuhkan ekonomi negara Israel.

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Pengantin Baru: Tim. Pengerusi PASTI


Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar mengucapkan selamat pengantin baru buat Ahmad Zulfikri selaku Timbalan Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar bersama pasangannya Nurul Hasanah. Majlis kenduri telah diadakan pada 14 Jun (Isnin) baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Pemuda PAS Kawasan dan Jawatankuasa. Majlis diserikan lagi dengan kehadiran YB Yunus ADUN Kuala Kurau. Akhirnya DPPKPB mengucapkan tahniah dan semoga berbahagia sehingga ke anak cucu. Ahmad Zulfikri juga merupakan adik kepada Ahmad Firdaus Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dan Ahmad Saifuddin, Pengarah Jabatan Amal Sabah.
ADUN Kuala Kurau, YB Yunus b. Jamhari hadir meraikan pengantin.

Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar bergambar bersama pengantin.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan silat.

Persembahan seni silat.

Unit Amal Sabah datang membantu.

Pengantin bersama Ibu dan abang-abang.

DPPK Parit Buntar Ucapkan Takziah Buat Ust. Hasan Syukri


PARIT BUNTAR , 14 Jun : Pemergian Bekas Timbalan Presiden PAS Hassan Syukri mengejutkan ramai pihak khasnya di dalam PAS. Tokoh veteran PAS ini meninggal dunia selepas pulang dari menghadiri Muktamar PAS Pusat kali ke 56.

Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim berkata, PAS kehilangan tokoh yang banyak berjasa kepada parti itu.

“ Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada PAS dan negara. Jasanya terlalu besar dalam membangunkan Markas PAS di Taman Melewar.

“ Beliau juga adalah pakar perlembagaan PAS dan sentiasa menjadi rujukan kepada ahli dan pimpinan PAS di Malaysia” katanya

Haji Harun berkata, PAS Parit Buntar juga pernah dipimpin oleh Allahyarham selama pada dua tahun pada tahun 1989.

“ Semasa PAS Parit Buntar menghadapi krisis dalaman pada tahun 1989. Allahyarham telah diamanahkan oleh Jawantankuasa Kerja PAS Pusat menjadi Pengerusi Jawatankuasa Tadbir PAS Parit Buntar ” katanya

Tambahnya, dua bulan lepas Allahyarham telah hadir ke Parit Buntar menyampaikan taklimat pindaan perlembagaan PAS kepada pimpinan PAS kawasan dan cawangan.

“ Semasa di Parit Buntar, Allahyarham banyak memberi nasihat agar PAS Kawasan berusaha menambah cawangan PAS kerana PAS akan kuat dengan bertambahnya cawangan” katanya





YDP PAS Kawasan Parit Buntar bersama TG Hj. Hadi
menziarahi Ust. Hasan Syukri

Tangisan seorang sahabat lama. TGNA menagisi
pemergian rakan seperjuangan.


DS Nizar turut hadir menziarahi Allayarham Hasan Syukri.


Penghormatan terakhir dari Tuan Guru Nik Aziz.


Kad Muktamirin terakhir Ust. Hasan Syukri.
Nilai seorang pejuang hakiki.