Monday, May 31, 2010

Mengecam Keras Tindakan Zalim Israel


Parit Buntar 31 Mei (Isnin), DewanPemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) mengecam keras tindakan yang secara terang melakukan kezaliman terhadap misi bantuan kemanusia ke Gaza pagi tadi.

Dalam laporan dari aktivis yang menaiki kapal Freedom Flotilla mereka diserang pada awal pagi tadi yang menagkibatkan kematian 16 orang aktivis serta mencederakan puluhan yang berada didalam kapal tersebut. DPPKPB mengecam keras tindakan ini yang tidak berperikemanusiaan bukan sahaja terhadap rakyat Palestin, malah masyakat dunia yang ingin menyalurkan bantuan kemanusia kepada Gaza.

Menurut setiausaha DPPKPB Sdr. Nasaruddin tindakan ini melambangkan keangkuhan Israel yang tidak mempedulikan pandangan dunia terhadap apa-apa juga tindakan kejam mereka. Dengan kejadian ini membuktikan bahawa Israel adalah sebuah negara yang tidak boleh dibawa bebincang lagi dalam isu kemanan.

Tindakan keras harus diambil oleh PBB dengan menghalang dari kezaliman ini berterusan. malah OIC sendiri sebagai badan yang yang menyuarakan pandangan umat Islam, wajib bertindak dengan lebih tegas terhadap negara Yahudi laknatullah ini.

Kita tidak mahu negara-negara Islam hanya melihat dengan sebelah mata tentang pembunuhan beramai-ramai aktivis dan rakyat palestin. bahkan diketahui bahawa terdapat juga rakyat Malaysia yang menyertai misi ini dan berada di kapal tersebut. Oleh itu DPPKPB akan mengadakan solat hajat, memohon kepada Allah swt agar diselamatkan semua peserta misi kemanusian tersebut dan memusnahkan rancangan jahat Yahudi laknatullah.

Nasaruddin Setiausaha DPPKPB

Konvoi Gaza: 16 mati, kapal dirampas

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 31 Mei: (12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 8 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600 begin_of_the_skype_highlighting 019 5511 600 end_of_the_skype_highlighting.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt

Untuk mengikuti lintas langsung perkembangan tersebut, sila layari http://www.livestream.com/insaniyardim/

Wednesday, May 26, 2010

DPPKPB Menyelar Najib Kerana Membenarkan Judi Bola

Parit Buntar, 26 Mei (Isnin). Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar hari ini menyelar tindakan Kerajaan dibawah pimpinan umno/BN yang membenarkan perjudian secara terbuka dengan memberi lesen kepada Berjaya Group Sdn. Bhd untuk menguruskan perjudian bola piala dunia yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar, Sdr. Khairul Azami tindakan memberi lesen judi ini seolah-olah kerajaan membenarkan rakyat terjerumus di dalam kancah kegawatan ekonomi lebih buruk lagi.

Umum mengetahui bahawa setelah dunia mengalami kegawatan ekonomi global, maka tempiasnya sudah pasti terkena kepada rakyat Malaysia juga. Dengan menghalalkan judi seperti ini, akan membuatkan rakyat bertambah derita kerana terjebak dengan perjudian yang diketahui keburukannya.

Menurut Ketua Pemuda lagi, sememangnya didalam Al-Quran, Islam dengan jelas telah mengharamkan judi. Firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”
Oleh itu sekali lagi disini DPPK Parit Buntar menyelar tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana menghalalkan judi seterusnya mendesak supaya supaya semua ilmuan Agama didalam umno sama-sama menentang kebiadapan ini, kerana anda adalah orang akan bertangjawab dengan pembenaran Judi Bola ini juga. 

"Kami DPPK Parit Buntar akan tetap menentang dan akan bekerkasama dengan semua NGO untuk sama-sama turun padang menjelaskan isu ini kepada Rakyat akan keburukan daripada menghalalkan judi ini". "Kami juga menyeru agar semua rakyat dapat membuka mata dan menolak amno/ BN pada PRU 13 akan datang".

Khairul Azami
Ketua Pemuda PAS
Kawasan Pt. Buntar.

Anggota Unit Amal dirai

Pengarah Unit Amal Perak sedang berucap

PARIT BUNTAR : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah menganjurkan majlis makan malam bagi meraikan anggota Unit Amal Parit Buntar yang banyak membantu aktiviti anjuran PAS.

Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulzami Muhamad berkata, majlis makan malam berkenaan diadakan di Parit Buntar Inn, Parit Buntar.

" Unit Amal banyak membantu kawalan lalulintas semasa program anjuran PAS dan PR terutama ceramah.

“ Selain itu, Unit Amal juga turut aktif melaksanakan aktiviti kebajikan masyarakat. Saya berharap Unit Amal Parit Buntar akan terus aktif berbakti kepada masyarakat" katanya

Sementara itu, Pengarah Unit Amal Perak Zamarul Aini Abdul Malek yang hadir sebagai tetamu khas mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada semua anggota Unit Amal Parit Buntar yang telah melaksanakan tugas dengan baik.

“ Anda semua adalah pejuang yang sebenar walaupun dengan halangan yang dihadapi namun sedar akan tugas tetap hadir bertugas mengikut arahan.

“ Saya berharap anggota Unit Amal dikurniakan Allah dengan hati yang tabah, cekal dan berani untuk menghadapi cabaran yang melanda. Kemanisan perjuangan bukan dapat dilihat dan diperkatakan sahaja tapi perlu dihadapi dan dilalui sendiri.” Katanya

Zamarul berharap Unit Amal Parit Buntar tidak hanya bergerak dalam lingkungan kawasan Parit Buntar tetapi memperkembangkannya di kawasan lain bersama Unit Amal Perak.

“ Kami di Jabatan Amal Negeri Perak berharap anda semua boleh bersama kami berkhidmat melaksanakan operasi bantuan bencana dan kemanusiaan di seluruh negeri Perak dan Malaysia.

“ Anda semua juga perlu menjalani latihan, kursus, peperiksaan dan tamrin bagi memperlengkapkan diri sebagai anggota Unit Amal yang terlatih” katanya

Tambahnya, Unit Amal Malaysia telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang di dalam pelbagai sudut yang ditugaskan kepada Unit tersebut sehingga diberikan nama jolokan oleh rakyat Malaysia sebagai ‘ Tentera Merah’

Turut hadir meraikan anggota Unit Amal dalam majlis berkenaan ialah Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa serta beberapa pimpinan PAS Parit Buntar.


Anggota Unit Amal menjamu selera


Sunday, May 23, 2010

Jelajah Pemimpin Prihatin

Parit Buntar 23 Mei (Ahad), MTD Titi Serong dengan kerjasama PAS Cawangan Kg. Perak pada hari ini telah menganjurkan program Jelajah Pemimpin Prihatin.

Program yang dihadiri oleh YB Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong dan pegawai Ahli Parlimen Parit Buntar ini membawa seribu satu kenangan buat penduduk Kg. Perak ini.

Dengan tema kebajikan progam jelajah ini memberi sinar kepada masyarakat setempat untuk bertemu pemimpin yang dipilih oleh mereka.

Majlis didahului dengan ucapan Naib YDP PAS Kawasan Pt. Buntar Sdr. Ahmad Azhar Shahrin selaku wakil PAS Kawasandan seterusnya ucapan dari YB Drs. Khalil Idham Lim. Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh tentang isu kebajikan yang akan diteruskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat demi melihat rakyat terus terbela.

Sehubungan dengan itu beliau mengharapkan dengan adanya program-program seperti ini akan lebih mendekat lagi beliau kepada masyarakat setempat. Majlis dipengerusikan oleh Sdr. Khairulzami selaku ketua dewan pemuda PAS Pt. Buntar. Sepanjang program ini di sediakan pemeriksaan kesihatan kepada penduduk kampung.

Program diteruskan dengan penyampaian sumbangan barangan dapur kepada mereka yang memerlukan. Seramai 13 orang yang terpilih dari kalangan penduduk setempat kampung Perak. Majlis yang diadakan di Surau Nur Jihad ini diteruskan dengan sumbangan karpet baru kepada surau tersebut dan diharapkan semoga surau ini akan lebih selesa digunakan demi melihat penduduk dapat menggunakan surau ini dengan lebih selesa.

Selepas menunaikan solat asar secara berjamaah yang dimamkan oleh Ust, Ahmad Yaacob selaku Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Pt. Buntar, program diteruskan dengan ziarah penduduk yang uzur atau sakit.

Pada petang ini terdapat empat keluarga yang sempat diziarahi oleh pimpinan PAS. Antaranya ialah Pakcik Saad, 90 tahun yang kini sakit uzur dan terlantar di katil. Begitu juga dengan Pakcik Ros 89 yang juga sudah kurang daya penglihatan. Bersama-sama ziarah ini, penganjur juga membawa beberapa orng doktor untuk memberi rawatan kepada mereka yang kurang bernasib baik ini. majlis berakhir sekitar jam 6.30 ptg.

Gambar sekitar program Jelajah Pemimpin Prihatin

Antara masyarakat setempat yang hadir..


Pemeriksaan kesihatan


Sumbangan karpet untuk surau NurJihad

sumbangan barangan dapur kepada penduduk


Pemimpin bersama masayarakat..



Pakcik Saad sedang dirawat, bersama-sama YB Khalil


Pakcik Ros yang uzur sedang dirawat..

Keli 1.3 kilo Bawa Tuah

23 Mei (Ahad). 'Sabarata'an Maunjun' itulah istilah satu program yang amat meriah di kpg. Pt. Hj. Wahab Darat. Program yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Kpg. Pt. Hj. Wahab ini mendapat sambutan yang luar jangkaan. Sekitar 328 orang peserta dan lebih 1000 orang hadir pada pertandingan memancing yang diadakan di tali air kampung tersebut. Menurut YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong program ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalanan penduduk setempat dan sesuai dianjurkan oleh mana-mana kampung lagi. Turut hadir dalam majlis ini ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Sdr. Baharin Desa dan Naib YDP Sdr. Azhar Shahrin, pimpinan Kawasan, Pemuda dan Cawangan. Penganjuran pertandingan memacing ikan darat ini turut mendapat kerjasama PAS Kawasan Parit Buntar, Pusat Khidmat ADUN Titi Serong dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar.

Lebih memeriahkan lagi, para peserta terdiri dari pelbagai lapisan usia. Mereka termasuklah kanak-kanak, orang dewasa dan orang lama (wargaemas). Kehadiran penduduk yang membanjiri bukan sekdar meneyertai malah memberi sokongan kepada keluarga masing-masing. Selain itu kaunter pendaftaran pemilih juga turut dibuka bagi mendaftarkan pemilih baru. Kira-kira 25 orang dapat didaftarkan pada hari tersebut. Pertandingan bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 ptg ini mendapat tuah kepada Sdr.Mohd Faisal b. M. Kasar yang telah berjaya mendapat ikan keli yang seberat 1.3 kilogram. Kejayaan beliau ini membawa pulang hadiah wang sebanyak RM 200.00 beserta hamper. Selain ikan keli, ikan puyu, ikan haruan malah belut juga berjaya di kail oleh para peserta hari ini.


Gambar sekitar pertandingan memancing

Antara peserta yang menyertai pertandingan memancing.

Pakcik ini bersama-sama isterinya turut mencuba (pasangan romantik)

Alahai adik...nak pancing keli, belut pula yang dapat

Kaunter pendaftaran pemilih dikendalikan oleh sdr. Aidi dan sdr. Fairus


Hai..abg... ikan haloi kecil) pun nak timbang ker?


Antara pemancing kanak-kanak...


Berjaya dapat keli.. tapi tak besar lah nak menang dik..

Saturday, May 22, 2010

HIMPUNAN BANTAHAN KELULUSAN JUDI BOLA

Ipoh (21 Mei 2010) - Rakyat Perak hari ini melahirkan bantahan terhadap kelulusan lesen judi bolasepak sempena Piala Dunia pada tahun ini di Masjid Negeri Sultan Idris Shah II, Ipoh selepas solat jumaat tadi. Himunan bantahan telah dianjurkanoleh Pemuda PAS Perak di hadiri hampir 1000 orang yang turut membantah. Antara pimpinan yang hadir berucap ialah Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hassan, YB Dr. Lee Boon Chye, Tim. Pengerusi PKR Perak, Ketua Angkatan Pemuda PKR Perak YB Abdul Yunus Jamhari dan YDP ABIM Perak, Hj. Suhaimi Latip. Himpunan bantahan secara aman ini di hadiri oleh pelbagai pihak namun Pemuda umno tidak turut serta walaupun telah dijemput bersama-sama membantah kelulusan judi.
Himpunan aman ini pada awalnya mendapat sedikit gangguan dari pihak polis dimana, polis mengarahkan agar himpunan tersebut dihentikan dan berlaku pergelutan semasa pihak Polis menyuraikan semua yang hadir. Walaubagimanapun tiada tankapan dibuat oleh pihak polis setelah semua yang hadir bersurai sekitar jam 2.30 petang setelah berhimpun hampir setengah jam. himpunan ini juga mendapat sokongan dari Gagasan Melayu Perak.

























PASTI Parit Buntar Rangkul Johan

Parit Bunta, 17Mei : Pasti Parit Buntar mengungguli pertandingan bolasepak dan bola jaring PASTI Negeri Perak apabila menjadi johan dan naib johan untuk kedua-dua permainan digelanggang futsal Manjung Point, Seri Manjung.
Pengerusi PASTI Parit Buntar, Mohd Amirul Hasni berkata, pasukan bolasepak PASTI Parit Buntar tewas tipis kepada PASTI Taiping ( 0 -1) dengan merangkul naib juara. Bagaimanapun kesedihan bagi kekalahan tersebut terubat dengan kejayaan pasukan bola jaring PASTI Pt. Buntar menjuarai acara tersebut. Kejayaan ini membolehkan pasukan bola jaring PASTI Kawasan mewakili Negeri Perak ke pertandingan bola jaring perinkat kebngsaan yang akan berlangsung di Pulau Pinang. Diharapkan juga pasukan bola jaring PASTI Pt. Buntar sekali lagi dapat memberi nama baik kepada PASTI perak dengan membawa pulang piala johan pada kejohanan tersebut. Sekalung tahniah buat PASTI Pt. Buntar dan Jawatankuasanya serta Ibubapa serta guru-guru PASTI.








Monday, May 10, 2010

"Orang Muda Geng Kita" : ADUN Titi Serong tonton bola Liga Inggeris

Drs. Khalil bersalaman dengan pemuda yang hadir sambil bertanya khabar.


TITI SERONG, 10 Mei :- Saya mengalu-alukan dan akan memberi sokongan dan bantuan kepada kegiatan yang sihat dalam DUN Titi Serong, Demikian antara ucapan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa sesi rehat perlawanan Liga Inggeris antara pasukan Chelsea melawan Wigan disebuah kedai kopi di Parit Hj. Yusuf disini malam tadi.

Drs. Khalil sekali ini bersama dengan golongan pemuda sekitar 50 orang yang memenuhi kedai kopi untuk menyaksikan perlawanan menentukan juara Liga Inggeri tahun ini.

Kehadiran beliau bersama dengan rombongan dari Parit Buntar disambut baik oleh penduduk kampung dan pemuda yang hadir. Mereka duduk bersama ADUN Titi Serong sehingga habis perlawanan yang berkesudahan Chelsea mendahului Wigan dengan kelebihan jaringan 8-0 dan mengesahkan dirinya sebagai Juara Liga Inggeris Tahun 2010.

Dalam ucapan ringkas Drs. Khalil juga mengigatkan kepada warga setempat khususnya kepada golongan pemuda supaya menjaga keselamatan diri masing-masing dan hanya terlibat dengan kegiatan yang sihat dan tidak menyalahi undang-undang negara.

Beliau juga mengharapkan semua yang hadir mendapat maklumat yang sebenar mengenai pelbagai Isu semasa. "Harapan saya supaya kita jangan hanya membaca dan percaya kepada satu maklumat sahaja lalu percaya, bacalah dan ambil dari pelbagai maklumat dari Internet, akhbar dan sebagainya baru membuat keputusan" tegasnya.

"Pejabat saya sentiasa dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat, dan dihari sabtu dan ahad boleh datang ke rumah untuk menerima aduan dari rakyat. Sekadar kuasa dan kemampuan yang ada kepada kami , kami akan bantu sekadar yang termampu" Jelas nya.

"Malam ini saya belanja makan dan minum" Ucap Drs. Khalil yang menggembirakan semua yang hadir.

Sementara itu, Setiausaha ADUN berkenaan, Hj. Zakaria Abdullah semasa dihubungi sebentar tadi menjelaskan bahawa program malam tadi ialah "Program Orang Muda Geng Kita" yang melibatkan pos-pos seperti kedai kopi dan sebagainya tempat pemuda berkumpul dalam DUN Titi Serong.

Menurutnya program ini akan berterusn sepanjang tahun dengan bantuan dari PAS Kawasan, Pemuda Kawasan dan Cawangan PAS yang terlibat.

"Harapan saya semuga program ini terus berjalan dengan baik dengan dokongan semua pihak dan yang lebih penting ialah peluang yang digunakan oleh YB untuk menemui golongan muda dan mendengar sendiri permasalahan mereka" Jelas Hj. Zakaria.

"Dalam musim perlawanan piala dunia tidak berapa lama lagi, Drs. Khalil telah mengarahkan kepada saya untuk menyusun jadual untuk menonton bola bersama pemuda dibeberapa tempat yang akan ditentukan kemudian. Selain itu pelbagai program yang berkaitan sedang dirancang oleh Pejbat ADUN " jelasnya lagi.


Kehadiran keseluruhan dianggarkan hampir 50 orang yang hadir untuk menonton bola bersama ADUN Titi Serong

Bertemu dengan semua yang hadir untuk bersalaman.

Drs. Khalil sedang memberikan ucapan ringkasnya.

ADUN Titi Serong memakai baju Kelab Chelsea yang kebetulan menjadi juara Liga Inggeris tahun ini.