Tuesday, December 28, 2010

Imbuhan khas guru tidak mufliskan negara


http://pemudapasperak.com/v1/plugins/content/contentoptimizer/9f7ffb3ad2b28aa6b43bc982662cb8f5128070f8_162x121_Q65.jpegPARIT BUNTAR, 26 Dis. : Janji Pakatan Rakyat memberi inisiatif imbuhan khas pendidik bulanan sebanyak RM500 sangat dialu-alukan.

Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata , inisiatif ini tidak akan menyebabkan negara muflis sebagaimana didakwa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

“Inisiatif itu akan menelan belanja RM3.2 bilion setahun dan jumlah itu adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran-pembaziran yang kini berleluasa di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

“ Jumlah ini kecil dibandingkan subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada sektor korporat dan kroni, kos menyelamatkan kroni yang melibatkan Empangan Bakun sebanyak RM6 bilion dan ketirisan akibat rasuah yang dianggarkan mencecah RM28 bilion setiap tahun” katanya

Beliau berkata, imbuhan ini adalah langkah pertama ke arah memartabatkan kerjaya perguruan setaraf dengan kerjaya profesional lain seperti jurutera, doktor dan akauntan.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Hairul Nizam Ishak (gambar )menyokong usaha Pakatan Rakyat melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara termasuk bidang pendidikan.

“ Persoalan sama ada negara mampu membayar imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap bulan ini tidak timbul.

“ Pakatan Rakyat tentunya telah meneliti kesan kewangan akibat pelaksanaan imbuhan khas pendidik bulanan itu” katanya

Beliau berkata, kenyataan negara akan muflis jika imbuhan itu diberikan kepada guru membuktikan Umno-BN tidak meletakkan kepentingan mengangkat martabat pendidikan di negara ini.

“ Lebih RM 4.4 juta boleh dibelanjakan untuk program 3 hari Persidangan Wanita Pertama yang dipengerusikan oleh isteri perdana menteri, Rosmah Mansor .

“ Menara 100 tingkat PNB yang dibantah rakyat, menelan belanja RM 5 bilion boleh diluluskan. RM 3.2 bilion untuk imbuhan guru tak boleh” katanya

2 comments:

  1. TAK USAHLAH RASUAH CIKGU. SELAMA INI PUN TAK PERNAH DENGAR KORANG PERJUANG KEBAJIKAN CIKGU. MASA NUAR BRAHIM JADI MENTERI TAK BUAT APA APA PUN.

    LAGIPUN TAK TAKUT DOSA KE ? BELUM PERINTAH DAH NAK RASUAH, KALAU DAH BERKUASA NANTI JUAL NEGARA.

    ReplyDelete
  2. MENTADBIR DAN MEMERINTAH TAK SEMUDAH BERCAKAP DAN BERHUJAH. BERAPA GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN DAN KEDAH ? BEZAKAH DENGAN NEGERI LAIN ?

    KEMUDIAN CIKGU SEBENARNYA TERSINGGUNG DENGAN HARGA MURAH YANG DIBAYAR UNTUK MENDAPATKAN UNDI CIKGU.

    RAMAI CIKGU BERPANDANGAN RASUAH INI SEBENARNYA PENGHINAAN TERHADAP KEIKHLASAN MEREKA SELAMA INI.

    BERTAUBATLAH. JANGAN LAKUKAN DOSA HANYA KERANA NAK KAN KUASA.

    ReplyDelete