Monday, October 11, 2010

Pelancaran Briget Amal Perak



Ipoh 9 Oktober: "Jabatan Amal Adalah sebuah cabang daripada beberapa cabang Jabatan yang ada di dalam Dewan Pemuda PAS. Jabatan Amal mempunyai visi dan misi sendiri dan merealisasikan dalam sebarang tanggungjawab yang telah diamankan keatas setiap anggota Unit Amal"

"Hari ini Jabatan Amal Perak telah mengorak langkah dengan penubuhan Briget Amal yang pertama di Sekolah MenengahA gama Tarbiah Islam (SERATI) Ipoh. Kita akan meneruskan usaha menubuhkan Briget Amal ini di seluruh Negeri Perak". Berkata Arif Sharani Ketua Jabatan Amal Perak.

Majlis Pelancaran penubuhan Briget Amal telah disempurnakan pada hari ini dengan melibatkan sebuah sekolah yang telah dipilih sebagai sekolah pertama penubuhan Briget Amal. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Kasim Sabu ALP Jabatan Amal Pusat. Turut hadir bersama-sama ke majlis perasmian ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Nuri.

Program bermula pada 8 oktober dimana para peserta terdiri daripada 35 pelajar Briget Amal telah berkhemah di padang sekolah sejak petang Jumaat semalam. Menurut Timbalan Pengarah 4 Jabatan Amal Malaysia Tuan Azwan juga merupakan pengarah Kor Briget Amal. Dalam ucapan beliau, beliau menerangkan serba sedikit mengenai modul-modul yang tersedia didalam Briget Amal. Semua modul-modul ini akan di laksanakan oleh mana-mana Briget Amal di sekolah-sekolah.

"Kor Briget Amal adalah Kor baru yang ditubuhkan untuk pelajar-pelajar sekolah dimana Briget Amal adalah untuk pelajar 12 tahun kebawah dan Kadet Amal adalah untuk pelajar 12 tahun keatas" Azwan.

Dalam ucapan Perasmian yang diampaikan oleh Bendahari Jabatan Amal PAS Pusat Tuan Kasim Sabu, beliau menyokong usaha Jabatan Amal Perak yang memulakan langkah baik ini setelah Kelantan yang lebih sembilan tahun dahulu telah mewujudkan Briget dan Kadet Amal di sekolah-sekolah YIK Kelantan.



Para peserta diajar memasang khemah
Perbarisan briget Amal

Dalam keadaan sedia
Briget Amal membetulkan barisan

Kepimpinan Jabatan Amal Perak


Pemeriksaan barisan oleh Tuan Kasim ALP Jabatan amal Pusat

Tuan Arif, Pengarah Jabatan Amal Perak

No comments:

Post a Comment