Saturday, August 28, 2010

Taujihat Khas Badar Al Qubra Perak


Parit 28 Ogos (Sabtu)- Bertempat di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kg. Seleboh Parit hari ini telah berlangsungnya program memperingati Badar Al-Qubra. Program bermula seawal 9.00 pagi di mana beberapa aktiviti telah diajalan sepanjang hari ini. Antara aktiviti yang di laksanakan ialah program penyerahan sumbangan kepada fakir miskin, edaran risalah di bazar ramadah dan tazkirah zohor. Pada sebelah petangnya acara kemuncak ialah taklimat khas Tuan Guru Presiden Dato' seri Haji Hadi Awang di Perkarangan Pusat Pengajian Darul Mubarak. Taujihat khas untuk kepimpinan Negeri, Dewan dan Kawasan ini bermula sekitar jam 5.30 petang dengan ucapan aluan Pesuruh Jaya PAS Perak AF Ustaz Abu Bakar Hussin. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Parit yang berjaya menganjurkan program pada hari ini. Beliau juga menyentuh akan kewajipan berperang (menyertai politik) menentang munafikun serta fasikun moden dizaman ini, iaitu umno/BN.

Taujihat diteruskan dengan pengisian daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dalam ucapan beliau, beliau telah menyentuh beberapa ayat Al-Quran yang Allah memberi jaminan orang beriman akan dapat memerintah seperti mana umat-umat yang terdahulu. TGHH juga mengingatkan umat Islam terutama oarang melayu diamana pada bulan Ramadhan ini, semua orang berlumba-lumba mengerjakan ibadah Ramadhan. Tapi amat sidikit yang melupai tangjawab untuk mengIslamkan negara dengan maksud lain menegakkan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran. Dimana hukum tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila pemerintahan Islam dapat ditegakkan seperti kerja para Rasul-rasul terdahulu. Perkara ini adalah berkaitan dengan peristiwa Badar Qubra diamana wujudnya golongan jahiliah yang tidak meredhai Islam memerintah secara adil di Bumi Madinah.

TGHH juga sekali lagi menyentuh mengenai Tahalufsiasi bersama golongan bukan Islam. Dimana Tahaluf telah dibenarkan oleh Islam tetapi wala' adalah diharamkan seperti firman Allah yang bermaksud jangan kamu jadikan orang kafir sebagai wali-wali kamu. walaubagaimanapun tonggak kepada kekuatan Islam adalah umat Islam sendiri. Oleh itu para pimpinan setiap peringkat mestilah berusaha menawan hati orang Islam dan jagan terleka dengan hanya mendapat sokongan bukan Islam sahaja. Ini adalah kerana undi orang melayu adalah 60% dari keseluruhan pengundi. maka PAS perlu mendominasi undi tesebut. Islam tidak melarang kita mengasihi serta mencinta bangsa sendiri kerana Rasulullah juga mencintai bangsanya, tetapi tidak melatakkan agenda bangsa sebagai aqidah perjuangan. Maka dengan itu Islam tidak terhalang untuk di anuti oleh semua bangsa ketika zaman Rasulullah SAW.

Dalam sesi soal jawab TGHH di tanya beberapa soalan, antaranya ialah isu mendoakan orang bukan Islam kepada kebaikan. Dalam jawapannya, TGHH menegaskan bahawa Islam tidak melarang orang Islam untuk mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah memeluk Islam. Perkara ini dikukuhkan dengan Rasulullah SAW pernah mendoakan agar diantara dua Umar memeluk Islam. Namun diingatkan agar setiap tindakan kita itu bertepatan dengan suasana semasa serta jagan merugikan Jamaah dengan erti kata lain mengikut keadaan yang sesuai. Selepas Taujihat semua tetamu dan TG Presiden bersama-sama berbuka puasa serta solat Magrib berjamaah yang diimamkan oleh TGHH sendiri. Solat sunat tarawih turut dijalankan pada malam tersebut.

YDP Tn. Haji Harun bersama wakil dari PAS Parit Buntar

Antara kepimpinan Kawasan yang hadir mendengar Taujihad TGHH

Soalan yang di lontarkan oleh AF Ust. Nuri

TGHH menandatangani buku terbarunya iaitu Taktik dan Strategi
Politik Zaman Khulafa Ar-Rashidin.


Majlis berbuka puasa

Solat Magrib berjamaah yang diimakan oleh TGHH sendiri
(kanan sekali) AF TG Ust.Kamarudin Awang Basir.

YDP PAS Kawasan Parit Buntar (kiri sekali)
bertemu mesra bersama Presiden.

Sdr. Amir AJK DPPK memperolehi
tanda tangan TGHH pada buku yang dibeli

No comments:

Post a Comment