Tuesday, August 10, 2010

Sumbangan kepada Surau/ Masjid Sempena Ramadhan Al-Mubarak'


Parit Buntar - Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, ADUN Titi Serong dan PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan majlis sumbangan pengimarahan masjid dan surau seluruh parlimen Parit Buntar yang diadakan di Masjid Al Huda, Sungai Kota. Seluruh wakil 26 masjid dan lebih 70 surau hadir untuk menerima sumbangan sempena ehya Ramadhan kali ini.

Menurut Pengarah Program Infa' Ramadhan Al Mubarak 1431, Baharin Mat Desa, pada tahun lepas kita hanya menyerahkan sumbangan untuk masjid sahaja. Namun pada tahun ini, pihak kami telah mengambil keputusan untuk turut sama memberikan sumbangan kepada surau-surau di seluruh Parlimen Parit Buntar. Sejumlah RM 16,000.00 diperuntukkan untuk sumbangan kepada masjid dan surau sahaja.

Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari serta Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Haji Harun Haji Hashim.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam tazkirahnya menyatakan bahawa masjid dan surau merupakan rumah Allah yang menjadi tempat himpunan manusia beribadah dan merupakan institusi yang menjadi tumpuan umat Islam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Di dalam bulan Ramadhan ini, manusia akan berlumba-lumba ke rumah Allah bagi menunaikan ibadah seperti berbuka puasa, bersolat tarawih serta bertadarus, malah berqiyamullail untuk mendapat ganjaran pahala sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.





No comments:

Post a Comment