Tuesday, August 31, 2010

Taklimat Pilihanraya Pemuda Parit Buntar


Jom Makan Kerang Bersama Pemuda

30 Ogos,(Isnin)- Dewan Pemuda PAS Parit Buntar malam ini telah menganjurkan taklimat khas Pilihanraya kepada pemuda cawangan-cawangan di Parlimen Parit Buntar.

Program yang bermula denga solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih di markaz tarbiah Titi Serong ini di susuli dengan taklimat pilihanraya dan jamuan makan kerang rebus yang melibatkan semua AJK Pemuda Kawasan dan Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC).

Taklimat Pilihanraya di sampaikan oleh Azahar setiausaha kawasan dan Halim Penolong Pengarah Empat Pilihanraya PAS Parit Buntar. Taklimat berkisar kepada statistik daftar pemilih serta plan gerakkerja menawan pengundi muda di kawasan.

"Statistik menunjukkan Negeri Perak masih ketinggalan jauh berbanding Negeri Kelantan yang telah mencapai sekitar 16,000 pemilih dalam masa enam bulan.

Sedangkan Perak, hanya sekitar 2000 shaja pengundi baru berdaftar. Ini menununjukkan kita harus bekerja keras lagi bagi mendaftrakan pengundi muda" menurut Azahar

Sebelum itu Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulazami memberi ucapan aluan dengan memberi motivasi kepada semua AJK DPPK serta JPC agar sentiasa bersiap siaga sentisa dalam menghadapi PRU 13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Taklimat pilihanraya Pemuda PAS berakhir sekitar jam 11.30 malam. Program diteruskan dengan jamuan makan kerang rebus yang disediakan oleh AJK Pemuda selepas tarawih.

Antara peserta yang hadir mendengar taklimat pilihanraya pemuda


Persiapan menyediakan kerang rebus


Berbaris mendapatkan kerang rebus


Tetamu dsedang menjamu selera kerang rebus

No comments:

Post a Comment