Tuesday, July 13, 2010

Sukan PASTI Parit Buntar

Parit Buntar, 10 Julai 2010. Bertempat di Padang Purnama Kampung Kedah, PASTI Parit Buntar hari ini telah menganjurkan sukan PASTI Kawasan. Sukan PASTI kali ini melibatkan 10 buah PASTI di seluruh Kawasan Parit Buntar dengan dihadiri lebih 450 orang tetamu termasuk pelajar, ibu bapa, keluarga, guru-guru serta AJK PASTI Kawasan.

Sukan PASTI Kawasan diadakan setiap tahun bagi menampilkan semangat kesukanan serta menyihatkan tubuh badan khasnya kepada pelajar-pelajar PASTI. Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar Sdr Amir, beliau sentiasa mengambil berat akan prestasi fizikal pelajar-pelajar PASTI selain mementingkan tahap pencapaian dalam akademik. "Kita mahukan pelajar-pelajar PASTI mempunyai satu keupayaan yang amat memberasangkan diamana bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dari aspek sukan juga turut terlibat" berkata Sdr. Amir

Turut hadir bagi memeriahkan Sukan PASTI ini ialah YDP Kawasan Parit Buntar Tn. Hj. Harun serta YB ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. Pelbagai jenis acara telah dilakukan seperti lari 50 meter, lari berhalangan, susun abjat dan lain-lain acara yang sudah pasti mencuit hati Ibu bapa pelajar. Secara keseluruhan PASTI Al-Munir telah mendapat kemenangan apabila pelajar dari PASTI tersebut banyak menjuarai acara yang dipertandingkan. Majlis penutup berakhir sekitar jam 1.00 petang.






No comments:

Post a Comment