Thursday, July 29, 2010

PRU : Pas Parit Buntar Bersedia


28 Julai (Ahad), Parit Buntar. Jentera PAS Negeri Perak (JPN) hari ini telah mengadakan lawatan rasmi dalam rangka mengukuhkan gerak kerja pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar. Pertemuan Jentera Pilihanraya PAS (JPN) Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 JPN, Ust. Fakhruddin serta rombongan disambut oleh Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar dalam usaha berkongsi maklumat gerak kerja PAS Kawasan bagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Parit Buntar dan dua DUN iaitu Kuala Kurau dan Titi Serong.

Pertemuan selama 3 jam ini banyak dapat memberikan input serta panduan pengukuhan kepada Jentera Pilihanraya Kawasan. Taklimat dari pihak Kawasan di bawa oleh Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan iaitu Sdr. Azhar yang merangkap Setiausaha PAS Kawasan, seterusnya oleh Dewan Pemuda yang diwakili oleh Sdr. Ahmad Fairus juga merupakan AJK MTD DUN Titi Serong. Taklimat PAS kawasan merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta keberksanan strategi yang di susun oleh Jentera. Kejayaan ini dapat di paparkan dengan keberhasilan memperolehi ramai pengundi baru di Kawasan Parit Buntar.

Dalam sesi dialog, wakil JPN membei beberapa cadangan penambahbaikan Jentera Pilihanraya agar keberkesanan gerak kerja dapat berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Selain itu pihak JPN juga akan sentiasa memberi kerjasama erat dalam menyalurkan maklumat dan arahan-arahan semasa dari Pusat mahupun Negeri. Hasil dari pertemuan ini diharapkan PAS kawasan Parit Buntar dapat mengekalkan kemenangan di Parlimen dan dua DUN yang telah dimenangi.

No comments:

Post a Comment