Tuesday, April 5, 2011

Cakna Rakyat Sungai Baru Tengah Meriah

Cakna Rakyat Sungai Baru Tengah Meriah

Sungai Baru Tengah - Walaupun hujan lebat mencurah-curah pada waktu pagi, program Cakna Rakyat yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat serta PAS Cawangan Sungai Baru Pangkal telah berjaya menarik ratusan peserta yang menyertai pelbagai acara yang disediakan oleh pihak penganjur.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, hampir 100 kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna yang membabitkan murid pra sekolah sehingga tahun enam. Malah setiap acara kanak-kanak seperti tiup belon, kapal terbang kertas, isi air dalam botol serta boling kelapa mendapat sambutan ramai peserta. Program wanita juga mendapat sambutan hangat. Acara yang ditawarkan seperti gubahan lipatan, masakan berasaskan ubi, meraut lidi, anyam ketupat, menulis khat berjaya menarik minat penyertaan wanita dari usia muda hinggalah warga emas.
Selain acara sukaneka dan pertandingan, penganjur juga turut menyampaikan sumbangan kepada 20 ibu tunggal terpilih di kawasan ini. Kaunter khidmat kesihatan juga dibuka untuk masyarakat di sini memeriksa tahap tekanan darah, kandungan gula dalam darah serta nasihat kesihatan. Seramai 10 orang doktor telah memberikan khidmat secara percuma merawat mereka. Antara lainnya adalah kaunter daftar pemilih yang memberi peluang penduduk di sini mendaftarkan diri sebagai pengundi.
"Acara sebegini sebenarnya mendekatkan kami dengan masyarakat. Sememangnya masyarakat di sini dahagakan program sebegini kerana banyak manfaat yang boleh diperolehi di atas penganjuran Cakna Rakyat ini." Turut hadir dalam program ini adalah Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Harun Hashim, Naib Yang Dipertua, Ahmad Azhar Sharin serta ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.


Pertandingan Tiup belon terbesar untuk kanak-kanak


Pertandingan anyam ketupat


Penyampaian hadiah untuk pertandingan kategori kanak-kanak




Pemeriksaan kesihatan


Bob bersama adiknya memenangi hadiah acara balingan belon mesra


Adik Mujahid memenangi hadiah tempat pertama
mewarna kategori 6 tahun kebawah

No comments:

Post a Comment