Monday, April 18, 2011

Harun Hashim Kekal Terajui PAS Parit Buntar




PARIT BUNTAR, 17 April : Tuan Haji Harun Hashim mengekalkan jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Parit Buntar apabila menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke 57 yang diadakan di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong

Turut mengekal jawatan tanpa bertanding ialah Abdul Bahrin Desa sebagai Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar, Ahmad Azhar Sharin sebagai Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Ustaz Muhammad Yaakob sebagai Ketua Ulama' PAS Parit Buntar.

Pengerusi Urusetia Mesyuarat Agung Azhari Hadi berkata, jawatan Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap juga telah dimenangi tanpa bertanding oleh Haji Abdul Rahman Abdul Wahab dan Ustaz Haji Osman Idris.

" Dua orang pemeriksa kira-kira juga dimenangi tanpa bertanding oleh Ismail Abdullah dan Nasharudin bin Rashidi.

" Seramai dua puluh orang telah bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar. Setelah pengundian dibuat untuk memilih seramai enam belas orang sahaja, kebanyakan pemenangnya adalah ahli jawatankuasa yang lalu" katanya

Menurut Azhari , enam belas Ahli Jawatankuasa yang telah dipilih ialah Fakhrurrazi Haji Khalid, Hamdan Fadel Ahmad, Haji Tyandareus Haji Awang, Dr. Abdul Rahman Abu Bakar, Haji Ibrahim bin Haji Dahalan, Hairulnizam Ishak, Norijan Omar, Khairulzami Muhammad, Azhari Hadi, Ustaz Qori Yunus, Abdul Halim Yahaya, Adnan Abd Rahman,Haji Muhammad Abdullah, Haji Redhuan Haji Maharane dan Hajah Salmiah Muhammad.

" Lebih 250 perwakilan PAS Cawangan hadir dalam mesyuarat hari ini. Suasana mesyuarat telah berjalan dengan lancar dan baik.

" Setiap pertanyaan dan penjelasan dari perwakilan telah dijawab dengan baik oleh pimpinan PAS Parit Buntar" katanya

Mesyuarat agung yang bermula pada sebelah pagi ini berakhir tengahari dengan ucapan penangguhan oleh Yang Dipertua Kawasan Haji Harun Haji Hashim.






No comments:

Post a Comment