Thursday, June 24, 2010

Pengganas: Satu Tuduhan Yang Sangat Jahat

Parit Buntar 24 Jun - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) hari ini mengecam sekeras-kerasnya tuduhan melampau dan jahat terhadap kepimpinan tertinggi PAS sebagai pengganas. Menurut laporan Malaysiakini, Zamihan sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim) mendakwa kononnya Tuan Guru Abdul Hadi bersama bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis sekarang, Dr Juanda Jaya dan mantan menteri besar, Datuk Seri Shahidan Kassim adalah pengganas dalam taklimatnya.

Sejak dari awal lagi DPPKPB menganggap isu yang sengaja ditimbulkan bahawa wujudnya yang distilahkan sebagai sarang pengganas di IPT adalah satu agenda jahat umno/BN bagi memburukkan pimpinan PAS bagi menutup isu-isu yang semakin terdesak untuk dijawab oleh kerajaan. Menurut Ketua Pemuda DPPKPB, Sdr Khairulzami tuduhan ini adalah sangat tidak berasas dan mempunyai niat jahat terhadap PAS. "Kita tidak merelakan mereka yang tidak bertangjawab ini dengan sewenang-wenangnya menuduh Presiden PAS Dato' Seri Hj. Hadi Awang sebagai pengganas".

Oleh yang demikian DPPKPB menyokong kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad melalui harakahdaily agar Kerajaan, PDRM dan Zamihan memohon maaf maaf kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan pengganas.

Sdr. khairulzami
Ketua Pemuda PAS
Kawasan Parit Buntar

No comments:

Post a Comment