Saturday, June 26, 2010

Misteri Nusantara 3 : Kemanakah Hilangnya RM1.63 bilion


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 21 Mei: PAS mahu Pengerusi Sime Darby Bhd, Tun Musa Hitam, Presiden merangkap CEO Kumpulan, Datuk Azhar Abdul Hamid dan Naib Presiden (Bahagian Tenaga dan Utiliti), Hisham Hamdan digantung kerja buat sementara bagi memudahkan siasatan berhubung kerugian RM1.63 bilion syarikat berkenaan."PAS melihat siasatan lebih sukar dilakukan selagi mereka masih berada dalam organisasi itu," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad dalam satu kenyataan.


Menurutnya lagi rakyat merasa sangsi dengan alasan bahawa lebihan kos daripada projek Qatar dan Empangan Bakun menjadi punca utama kepada masalah tersebut.Sime Darby adalah antara syarikat GLC Kerajaan yang mempunyai pengaruh besar dalam ekonomi negara. Kerugian yang dialami juga terlalu besar buat negara dan pulangan pelaburan PNB dan KWSP yang memagam sebanyak 66 peratus saham dalam syarikat itu turut akan terkesan."Bagaimana lebihan itu boleh berlaku tanpa dikawal diperingkat awal. Sebagai syarikat korporat yang berpengalaman luas, Sime sewajarnya mampu membuat persediaan dan mengukur tahap kemampuan pelaburannya ke dalam kedua-dua projek ini," ujar Idris lagi.PAS katanya yakin beberapa faktor lain termasuk kelemahan pengurusan kewangan dan penyeliaan turut menyumbang kepada kerugian tersebut."Dengan jumlah RM1.63 bilion negara boleh mendirikan satu atau dua lagi stesen janakuasa elektrik," tambahnya.


Sehubungan itu, PAS mencadangkan satu panel khas yang berkecuali dilantik oleh pihak kerajaan bagi menyiasat kerugian itu dan bukan penyiasatan dalaman oleh Sime Darby sendiri.Menurutnya penyiasatan dalaman Sime hanya akan menyembunyikan lebih banyak maklumat. "Pasukan penyiasat bebas ini harus bertanggungjawab menyiasat kerugian sebenar dan puncanya sebelum menghukum mereka yang terlibat," katanya.PAS, tegasnya tidak mahu isu kerugian Sime ini melarat seperti apa yang berlaku kepada Pos Malaysia Berhad yang akhirnya mengunakan alasan kerugian untuk menswastakan organisasi berkenaan.


Ini kerana Sime memegang begitu banyak aset dan kepentingan ekonomi negara dipelbagai sektor dan tidak boleh membiarkannya terus mengalami kerugian yang besar dan kemudiannya digadaikan.Dengan kata lain, satu langkah transformasi dan penyusunan semula tegasnya perlu dilakukan ke atas organisasi pengurusan Sime bagi memastikan syarikat ini dapat memfokuskan keuntungannya bagi setiap sektor yang disertai.

No comments:

Post a Comment