Parit Haji Ali - Pesta Pancing "Orang Muda Geng Kita" begitu meriah dengan kehadiran penduduk tempatan yang begitu ramai hadir ke program tersebut. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, pesta pancing parit tali air yang pertama kali dianjurkan oleh pemuda PAS dengan kerjasama PAS Cawangan Parit Haji Ali telah berjaya menggamit lebih 150 penyertaan terdiri daripada golongan kanak-kanak hinggalah golongan warga emas.
Kampung Parit Haji Ali seolah-olah berpesta dengan orang ramai memenuhi segenap ruang tebing parit yang menjadi lokasi pertandingan. Ada penduduk tempatan mengambil peluang membuka gerai makanan dan minuman bagi menambahkan pendapatan sampingan mereka. Disamping acara memancing, pengunjung juga berpeluang untuk mendaftar sebagai pemilih atau pengundi di kaunter yang dibuka oleh wakil SPR daripada PAS.
Siti Hajar Said ,45 muncul johan setelah berjaya memancing ikan keli seberat 565 gram. Beliau membawa pulang hadiah utama bernilai RM300.00. Disamping hadiah utama, terdapat 20 hadiah cabutan bertuah menjadi rebutan yang menyebabkan para peserta menunggu hingga akhir acara penyampaian hadiah.Hadiah disampaikan oleh Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami Mohamad. Turut hadir menyaksikan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
Wednesday, January 19, 2011
Pesta Pancing 'Orang Muda Geng Kita' Meriah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PUNYALAH TERDESAK KORANG YER..
ReplyDeleteBUDAK 9 TAHUN PUN KIRA ORANG MUDA
MAKCIK 69 TAHUN PUN KIRA ORANG MUDA.
ORANG MUDANYE TAK ADE YER..
Laa... tak habih lagi BANGANG LunCai ni rupanya. Pertandingan tu walaupun dianjurkan oleh Pemuda tapi terbuka kepada semua tak kira umur.
ReplyDeleteTu pun nasib baik terbuka untuk rakyat Malaysia saja, kalau tak ramai Indon yang masuk sama.