Tuesday, October 26, 2010

Memorandum Terhadap Datin paduka Seri Rosmah Mansur

Kepada :

Al Fadzil Sabihul Samahah

Tan Sri Dr. Haji Harussani Haji Zakaria


Mufti Kerajaan Negeri Perak,

Pejabat Jabatan Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan,

Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan,

Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,

30000 Ipoh.

Y.Bhg. Tan Sri;


MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-dua perbuatan dan isu tersebut.


Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.


Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.


Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut . Pihak kami meminta sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.


Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

ZAWAWI HASSAN

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Thursday, October 14, 2010

Majlis Ramah Mesra DPPK bersama JPC


10 Okt (Ahad) : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar (DPPKPB) hari ini telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC) bagi cawangan-cawangan di DUN Titi Serong. Majlis ramah mesra ini lebih kepada ikatan ukhwah dikalangan DPPK bersama JPC serta saling bertukar pandangan dalam melaksanakan gerak kerja yang lebih teratur.

Menurut setiausaha DPPKPB Nazamudin pertemuan ini melibatkan semua cawangan yang ada di DUN Titi Serong dan akan dilaksanakan pula bagi DUN Kuala Kurau pada 17 hb Oktber ini. Pertemuan hari ini dihadiri 13 cawangan yang melibatkan Ketua Pemuda Cawangan dan Setiausaha JPC.

"Majlis ramah mesra ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan AJK DPPK bersama JPC serta bertukar-tukar pandangan supaya perancangan serta gerak kerja pemuda sampai ke akar umbi. Kita juga sentiasa mengharapkan kerjasama JPC dalam setiap program yang diaturkan." Berkata Nazamuddin

Dalam taklimat yang diberikan oleh Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, beliau menyatakan bahawa kepentingan kerjasama erat dianatara DPPK dan JPC adalah bertujuan supaya sesaran pemuda di setiap cawangan dapat di dekati dan sentiasa bersama dengan PAS.

"Kita mahukan pemuda-pemuda sentiasa mersakan PAS dihati mereka. Oleh itu tanggungjawab ini terletak kepada cawangan tersebut untuk mengaturnya. Kita DPPK akan sedia turun pada bila-bila masa untuk bertemu pemuda cawangan". Menurut Khairulzami

Pihak JPC juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat dalam pertemuan ini. rata-rata mereka melahirkan rasa berbesar hati apabila kerjasama lebih erat diantara DPPK serta JPC dapat di realisasikan.

Menurut Ketua Pemuda Cawangan Titi Serong Ustaz Qari, penglibatan JPC dalam program adalah amat penting bagi mengeratkan kerjasama serta mewujudkan sifat kekitaan. Program di akhiri dengan penyerahan borang senarai pengundi baru yang perlu dicari oleh setiap cawangan. Sehelai baju orang muda geng kita juga diserahkan kepada setiap JPC sebagai tanda penghargaan kehadiran ke majlis ini.


Antara JPC yang hadir


JPC memberi tumpuan dalam perbincangan dua hala


Penyerahan baju "Orang Muda Geng Kita"

Monday, October 11, 2010

Pelancaran Briget Amal Perak



Ipoh 9 Oktober: "Jabatan Amal Adalah sebuah cabang daripada beberapa cabang Jabatan yang ada di dalam Dewan Pemuda PAS. Jabatan Amal mempunyai visi dan misi sendiri dan merealisasikan dalam sebarang tanggungjawab yang telah diamankan keatas setiap anggota Unit Amal"

"Hari ini Jabatan Amal Perak telah mengorak langkah dengan penubuhan Briget Amal yang pertama di Sekolah MenengahA gama Tarbiah Islam (SERATI) Ipoh. Kita akan meneruskan usaha menubuhkan Briget Amal ini di seluruh Negeri Perak". Berkata Arif Sharani Ketua Jabatan Amal Perak.

Majlis Pelancaran penubuhan Briget Amal telah disempurnakan pada hari ini dengan melibatkan sebuah sekolah yang telah dipilih sebagai sekolah pertama penubuhan Briget Amal. Perasmian disempurnakan oleh Tuan Kasim Sabu ALP Jabatan Amal Pusat. Turut hadir bersama-sama ke majlis perasmian ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Perak Ustaz Nuri.

Program bermula pada 8 oktober dimana para peserta terdiri daripada 35 pelajar Briget Amal telah berkhemah di padang sekolah sejak petang Jumaat semalam. Menurut Timbalan Pengarah 4 Jabatan Amal Malaysia Tuan Azwan juga merupakan pengarah Kor Briget Amal. Dalam ucapan beliau, beliau menerangkan serba sedikit mengenai modul-modul yang tersedia didalam Briget Amal. Semua modul-modul ini akan di laksanakan oleh mana-mana Briget Amal di sekolah-sekolah.

"Kor Briget Amal adalah Kor baru yang ditubuhkan untuk pelajar-pelajar sekolah dimana Briget Amal adalah untuk pelajar 12 tahun kebawah dan Kadet Amal adalah untuk pelajar 12 tahun keatas" Azwan.

Dalam ucapan Perasmian yang diampaikan oleh Bendahari Jabatan Amal PAS Pusat Tuan Kasim Sabu, beliau menyokong usaha Jabatan Amal Perak yang memulakan langkah baik ini setelah Kelantan yang lebih sembilan tahun dahulu telah mewujudkan Briget dan Kadet Amal di sekolah-sekolah YIK Kelantan.



Para peserta diajar memasang khemah
Perbarisan briget Amal

Dalam keadaan sedia
Briget Amal membetulkan barisan

Kepimpinan Jabatan Amal Perak


Pemeriksaan barisan oleh Tuan Kasim ALP Jabatan amal Pusat

Tuan Arif, Pengarah Jabatan Amal Perak

Friday, October 8, 2010

Adam Lambert : DPPKPB Membantah Konsert Liar


Parit Buntar, 8 Okt: Berhubung dengan konsert 'Adam Lambert' Dewan Pemuda PAS Parit Buntar (DPPKPB) membantah sekeras-kerasnya penganjuran konsert yang dijadualkan pada 14 Oktober depan atas keizinan kerajaan.

Sehubungan dengan itu DPPKPB melalui Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam menyatakan bantahan sekeras-keransya kebenaran membawa masuk artis yang tidak bermoral seperti Adam Lambert ini. "Rakyat umum mengetahui sipakah 'Adam Lambert' sebenarnya, yang membudayakan sifat gay dalam persembahannya di dalam konsert. Oleh itu Pemuda PAS Parit Buntar membantah keizinan membenarkan Adam Lambert membuat konsert di Malaysia" Hairul Nizam.

Budaya liar ini adalah agenda barat untuk merosakan anak muda Islam yang kini semakin jauh dengan kehidupan sebenar sebagai seorang muslim yang sejati. Dewan Pemuda PAS juga meneyelar tindakan kerajaan yang secara mudah memberi keizianan kepada artis seperti ini.

"Kita hairan dalam kekalutan anak muda Islam dengan pelbagai masalah sosial kini, tetapi kerajaan masih boleh membenarkan artis yang bertentangan etika moral memasuki Malaysia untuk membuat persembahan. Kita menyelar tindakan pihak berwajib yang membenarkan kehadiran 'Adam Lambert' ke negara Malaysia dan mendesak agar dibatalkan penganjuran konsert tersebut pada 14 oktober ini. Kita yakin rakyat juga menyokong bantahan ini kerana tiada faedah yang dapat di terapkan kepada generasi anak muda dengan kehadiran artis seperti ini". menurut beliau lagi.




Aksi Adam Lambert


simbol tangan melambangkan satu ajaran syaitan


Inilah dia konsert Adam Lambert

Tuesday, October 5, 2010

Gambar Sepanjang Ijtima' Tarbawi 2010



















Peristiwa Khemah di Tepi Pantai Rusila


Pada 1 - 3 Okteber baru ini, DPPKPB telah mengjantar 8 orang wakil untuk ke Ijtima' Tarbawi Pemuda di Masjid Rusila, Terengganu. Alhamdulillah segala pengisian yang di sampaikan amat bermakna untuk dibawa pulang ke kawasan. cuma ingin dikongsikan sedikit pengalaman wakil Parit Buntar ini...cuma dikesempatan ini inginmenceritakan peristiwa khemah diterbangkan.

Kisahnya berlaku pada hari sabtu...setelah malam pertama tidur di rumah Dr.Mahydeen Tim. KP Parit Buntar. malam seterusnya rombongan berazam untuk tidur dalam khemah di tepi pantai. Maka pada petangnya jam 6.30 khemah pun dipasang sebanyak 2 khemah dengan penuh semangat.

Setelah selesai Isyak' maka kami datanglah kembali ke khemah. aik...kenapa berubah kedudukan khemah ni.. silap khemah ker..kebetulan depan khemah dekat tiang gol (lihat gambar) ada muslimat dok lepak...apsal pula malam2 gelap gelita lepak sini. Khemah depa ke ni..bimbang silap. so bertanyalah..khemah anda ke? sudah mendapat kepastian barulah pasti bahawa ini kemah dppkpb.

Setelah beberapa lama menikmati udara pantai Dr. Mahyuden dan sahabat nak pergi dengar ceramah umum di dataran (TG Nik Aziz). maka tinggallah seorang di khemah dan satu khemah lagi tidak berpenghuni. Nak jadi cerita..tetiba angin kuat membadai pantai...khemah yang diduki bergoyang kuat (gerun juga). nak tinggal ke tak...mcam nak runtuh je gayanya..

Dalam keadaan cemas tu, sempatlah jengok kepala keluar untuk melihat kemah satu lagi...Masyaallah khemah telah diterbangkan angin ke pantai.. nak buat macam mana klu tinggalkan khemah ni untuk selamatkan khemah yang terbang tu, sudah pasti dua2 akan terbang.

untuk menyelamatkan keadaan maka hubungilah bantuan dari sahabat "Salam, helo..helo...cepat datang khemah kita diterbangkan angin...." sepantas mungkin bantuan telah sampai. Alhamdulillah khemah masih belum jatuh kedalam laut. sudah menghampiri ke laut. Rupa-rupanya mungkin inilah yang terjadi petang tadi setelah meninggalkan khemah. sebab itulah khemah berubah kedudukan.

Akibat dari peristiwa tersebut...cadangan untuk tidur di khemah dibatalkan..mungkin takot diterbangkan..tapi demi merialisasikan hajat untuk tidur dikhemah..makan 2 orang AJK tetap tidur seorang satu khemah...cabaran baru pula yang datang.. payah nak lena..kenapa?

Ombak kuat sangat bunyi..sekali ombak kuat.. terkkejut dari tidur..hai...khemah aku nak tenggelam dalam air ker..macam dekat je bunyinya.. doa dalam hati Ya Allah selamatkan aku semasa tidur..(tak mahu mati lemas dihanyutkan). Alhamdulillah pukul 5 pagi terjaga apabila dipasang Al-Quran melalui masjid Rusila...alhamdulillah selamat..... Inilah dia peristiwa di khemah untuk dikongsi.

(moral : kalau takut dilambung angin jangan tidur didalam khemah & kalau tak mahu tidur khemah jangan gatai nak pasang khemah)


KERTAS KERJA SIRI 1: MENEGAKKAN PERJUANGAN “Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiah”



KERTAS KERJA SIRI 1: MENEGAKKAN PERJUANGAN

“Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiah”

Ustaz Abu Bakar bin Chik

Pendahuluan

Islam adalah agama yang dibawa oleh semua para anbiya’ dan mursalin, maka begitulah kedudukan Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad SAW tetap berada dalam kesempurnaan. Al Quran sebagai mukjizat yang penuh dengan lautan ilmu dan makrifat di dalalamnya. Para ulama’ yang menjadi pewaris nabi befrtangjawab untuk;

1. Memimpin dan memandu masyarakat manusia mengikut ajaran Islam.

2. Menyampaikan dan meratakan Agama (Addin) keseluruh alam bagi menjamin kesejahteraan sejagat.

3. Menyelesaikan kekusutan umat dengan membuat penyelesaian secara Islam


Lebih setengah abad PAS melalui jalan dan liku-liku perjuangan dengan penuh keyakinan, tabah dan istiqamah, selaras dengan firman Allah swt yang bermaksud

Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapitempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. (surah at taubah: 42)

Hari ini PAS berdepan dengan isu-isu yang akan menguji kematangan dan kebijaksanaan;

1. Tindakan terbaik PAS untuk diterima sebagai parti Islam yang membela hak Melayu.

2. Peluang bersama bukan Melayu dilihat lebih cerah untuk memenangkan PAS berbanding dengan peluang bersama Melayu.

3. Relevensi kepimpinan ulama.


Kewajipan Menegakkan Perjuangan

Perjuangan atau Jihad ialah menara ketinggian Islam. Sabda Rasulullah SAW (jihad) ialah mercu ketinggian Islam). Orang-orang yang berjuang bekerja keras dalam;

1. Membangun kekuatan menentang ancaman terhadap Islam

2. Menyampaikan ajaran Islam tanpa gentar dan takut

3. Bermuajahah salmiyyah secara politik untuk membangunkan sisten Islam dalam pelbagai bidang kehidupan kehidupan

4. Melaksanakan amar makruf nahi mungkar

5. Membina kehidupan Islam untuk diri, keluarga, masyarakat, Negara dan dunia.


Kewajipan Mengukuhkan Tanzim

1. Mengukuhkan organisasi parti

2. Memperkasakan kepimpinan

3. Memperkasakan pengurusan

4. Memperkasakan gerak kerja


Kewajipan Memakmurkan Kehidupan (al Tamkin)

1. Pembangunan peribadi dan keluarga Islam

2. Membangunkan dan memakmurkan qaryah

3. Membangunkan dan memakmurkan Negara

4. Membangunkan ummah


Dalil-dalil Syarak Yang Membenarkan PAS Menyertai Pilihanraya

Asas penyertaan PAS dalam pilihan raya ialah sebagai suatu usaha mencapai tahap memerintah Negara atau negeri-negeri di Malaysia. Usaha ini sepatutnya dilakukan dalam tiga bentuk gerakan iaitu politik, dakwah dan tarbiah. Gabungan ketiga-tiga inilah yang melayakkan PAS menyertai pilihanraya.

1. Dasar pemesyuaratan; dala usaha ini PAS berusaha mendapat kuasa pemerintahan melalui sokonhan majority pengundi.

2. Penubuhan Jamaah muslimin di Malaysia; masyarakat digerakkan untuk menjadi ahli PAS. Peyertaan ini merupakan kewajipan berdasarkan firman Allah swt;

(Surah Al-ma-idah ayat 55 dan 56)

Sabda Rasulullah SAW

“Hendaklah kamu menyertai Jamah Islamdan pimpinan mereka” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Menolak kemudharatan; tanpa penyertaan dalam pilihan raya penentenangan terhadap kemungkaran di Malaysia menjadi lemah. Sabda Rasulullah SAW

“sesiapa yang melihat sesuatu kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan, dan jika sekiranya tidak mampu mengubah dengan tangannya, hendaklah ia mengubah dengan lidahnya dan jika sekiranya tidak mampu dengan lidahnya hendaklah ia benci di dalam hatinya (benci) slemah-lemah iman” (hadith riwayat Muslim, at Tirmizi)

4. Menerima kepentingan piliharaya untuk mendapat maslahah. PAS menyertai pilihanraya untuk mendapatkan kuasa dan kepimpimnan Islam dalam konteks demokrasi berparlimen raja berpelembagaan. PAS mengambil peranan dengan mendaftar bagi menentang parti sekular dan perkauman Umno, MCA dan MIC.

5. Keharusan dalam dharurat;Pada ketika ini keperluan adanya parti Islam adalah 'dharuri'. Kita mengatakan lagi bahawa darurah ini diambil sekadarnya dalam keadaan kita melaksanakan dakwah dan gerakan Islam ataupun roh dakwah dan gerakan Islam itu lebih besar lagi dalam PAS.

6. Memakai peraturan bagi mendapat perlindungan;Gerakan-gerakan Islam mengambil manfaat dari sistem dan peraturan yang ada sebagai salahsatu medan menegakkan sebuah pemerintahan Islam. Didalam sistem jahiliah ada undang-undang yang digunakan oleh Rasulullah dan para sahabat termasuk Saidina Abu Bakar apabila mengambil peraturan 'himayah dan jiwar'. Amalan ini menjadi kebanggaan masyarakat jahiliah apabila seseorang yang kuat dapat memberi perlindungan di bawah pengaruhnya. Maka PAS menambil kesempatan didalam demokrasi untuk menyampaikan dakwah, melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

7. Dasar menegakkan keadilan; dimana pakatan PAS dan keADILan adalah atas dasar menegakkan keadilan. Rasulullah SAW bersabda; " Sesungguhnya saya menyaksikan di rumah Abdullah bin Jud'an satu pakatan yang amat aku suka kepadanya seperti sayang kepada seekor unta merah (barang yang beharga)" (hadith riwayat Ibnu Ishak)