Thursday, July 29, 2010

PRU : Pas Parit Buntar Bersedia


28 Julai (Ahad), Parit Buntar. Jentera PAS Negeri Perak (JPN) hari ini telah mengadakan lawatan rasmi dalam rangka mengukuhkan gerak kerja pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar. Pertemuan Jentera Pilihanraya PAS (JPN) Perak yang diketuai oleh Timbalan Pengarah 1 JPN, Ust. Fakhruddin serta rombongan disambut oleh Jentera Pilihanraya PAS Kawasan Parit Buntar dalam usaha berkongsi maklumat gerak kerja PAS Kawasan bagi mengekalkan kemenangan di Parlimen Parit Buntar dan dua DUN iaitu Kuala Kurau dan Titi Serong.

Pertemuan selama 3 jam ini banyak dapat memberikan input serta panduan pengukuhan kepada Jentera Pilihanraya Kawasan. Taklimat dari pihak Kawasan di bawa oleh Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Kawasan iaitu Sdr. Azhar yang merangkap Setiausaha PAS Kawasan, seterusnya oleh Dewan Pemuda yang diwakili oleh Sdr. Ahmad Fairus juga merupakan AJK MTD DUN Titi Serong. Taklimat PAS kawasan merangkumi aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta keberksanan strategi yang di susun oleh Jentera. Kejayaan ini dapat di paparkan dengan keberhasilan memperolehi ramai pengundi baru di Kawasan Parit Buntar.

Dalam sesi dialog, wakil JPN membei beberapa cadangan penambahbaikan Jentera Pilihanraya agar keberkesanan gerak kerja dapat berjalan dengan lebih lancar dan teratur. Selain itu pihak JPN juga akan sentiasa memberi kerjasama erat dalam menyalurkan maklumat dan arahan-arahan semasa dari Pusat mahupun Negeri. Hasil dari pertemuan ini diharapkan PAS kawasan Parit Buntar dapat mengekalkan kemenangan di Parlimen dan dua DUN yang telah dimenangi.

Tuesday, July 27, 2010

Kursus Pembinaan Blogger Muda


Ahad, 25 Julai - Bertempat di Pejabat Perhubungan PAS negeri Perak, satu kursus anjuran Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IT) DPPN telah diadakan pada hari tersebut. Kursus yang dimaksudkan ialah bengkel pembinaan blogger. Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan blogger-blogger profesional dikalangan pemuda PAS. Menurut pihak penganjur peserta kursus adalah diwakili oleh pemuda di setiap Kawasan kawasan. Kursus atau bengkel ini disampaikan oleh blogger terkenal tanah air iaitu Wak Din Albanjari yang merupakan pemilik blog Albanjari serta dibantu oleh blogger Ajijoi.


Menurut penganjur, kursus ini adalah kursus yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Laj. IT DPPN dan akan dipanjangkan kepada kawasan kawasan supaya turut menganjurkan kursus yang sama. "Kita meletakkan sesaran supaya semua DPPK akan memiliki blog rasmi DPPK masing-masing tahun ini supaya maklumat dan aktiviti kawasan-kawasan boleh di sebar luaskan". "Lajnah IT DPPN juga meletakkan sesaran untuk menambah bilangan blogger PAS kepada 500 blogger muda PAS". Berkata Ahmad Fairus, penegrusi Laj. IT DPPN Perak. Oleh yang demikian pihak lajnah telah melancarkan petandingan blog DPPK terbaik dan blogger muda terbaik tahunan serta akan menganjurkan beberapa lagi kursus/ bengkel yang berkaitan dengan IT seperti Videografi, Fash, PhotoScape dan lain-lain yang berkaitan dengan IT. "Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Laj. IT DPPN" menurutnya ahmad Fairus.


Dalam kursus yang disampaikan oleh Wak Din Albanjari hari ini, beliau memberi tips-tips atau panduan supaya blog lebih menarik serta mempunya animasi supaya dapat perhatian dari pembaca. Beliau juga menunjukkan cara penggunan software yang berkaitan supaya dapat membuat persembahan terbaik pada blog atau laman web. Teknik dan sklil ini amat penting bagi mereka yang mengendalikan blog supaya tanpak lebih 'eligen' serta berjaya menarik perhatian pembaca. Menurut peserta yang hadir kursus sperti ini patut dilanjukan lagi di kawasan-kawasan agar ilmu alam 'siber' ini dapat dikongsikan oleh ramai lagi pemuda PAS. Malah ada dikalangan peserta belum puas kerana masa terhad untuk menguasai software yang diajarkan oleh trainer pada hari ini.


Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Sdr. salman Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak. Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh peranan media baru dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat kini. Menurut beliau dalam Inkues PRU yang dijalankan berapa bulan yang lepas kesan keyakinan pembaca kepada blog adalah sebanyak 90%. Ini menandakan media baru ini seperti blog, facebook, email dan lain-lain merupakan satu keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh setiap DPPN dan DPPK. "Kita mahukan semua DPPK memiliki blog rasmi masing-masing mejelang akhir tahun ini". berkata Salman, NKP DPPN. Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil serta cenderahati kepada peserta serta Trainer (Wak Din).




Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan : Umno Dihujung Hayat

Parit Buntar 21 julai - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) menyifatkan bahawa umno kini berada dalam pengkahiran hayat dan menanti hari-hari untuk di talkinkan. Ini berikutan umno yang kini semakin tertekan sehingga sanggup mengetepikan maruah diri dengan menggunakan Harussani demi mencapai cita-cita untuk menyelamatkan parti umno yang semakin terpinggir dari orang melayu sendiri.

dalam kenyataan medianya (Harussani) semalam, Mufti Perak berkata beliau seorang mufti mana mungkin menipu dengan menyatakan bahawa ada beberapa pimpinan PAS bertemu dengannya untuk membincangkan perpaduan antara umno dan PAS. DPPKPB melihat ini satu permainan politik kotor umno yang ingin melihat perpecahan Pakatan Rakyat. Menurut Penolong Setiausaha DPPKPB, Ahmad fairus, keadaan ini menggambarkan bahawa umno semakin dihujung usia dan memerlukan 'bantuan oksigen' demi meneruskan 'survival' politik mereka. "Kita melihat suasana ini menggambarkan bahawa umno semakin terdesak, sehingga sanggup melupakan kezaliman mereka terhadap PAS demi melangsungkan nafas mereka yang makin lemah" berkata Ahmad fairus.

Oleh itu DPPKPB menyokong penuh kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah. “PAS Menyatakan dengan tegas kita perlu bersatu di atas landasan yang digariskan oleh Allah; iaitu “Bertolong bantulah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan jangan bertolong bantu dalam perkara dosa dan permusuhan”. “Lantaran itu PAS lebih rela melayu berpecah dalam mentaati perentah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah,” kata beliau. Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sekali lagi DPPKPB menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan PAS, dimana akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam.

Ahmad Fairus
Pen. Setiausaha
DPPKPB

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-AnĂ­am: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)

Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.


Ayat ini mengajar kita umat Islam, menjadi manusia mulia dan sukakan perkara yang mulia. Ia juga termasuk dalam perkara dakwah dan perjuangan.

Bukan sahaja mengajar umat Islam cintakan kemuliaan tetapi mengajar manusia sedar, bahawa orang yangmenghina Islam dan Nabinya s.a.w. adalah manusia yang jahat atau zalim bahkan kufur terhadap Allah SWT

Kemuliaan seseorang terjadi dengan Islam dan iman kepada Allah SWT, satusatunya Tuhan yang sebenar, tidak ada sekutu bagi-Nya.

Walaupun ada manusia menghina ayat-ayat Allah, perjuangan untuk menyampaikannya tetap diteruskan. Sama ada ada atau tidak orang menghina Islam, perjuangan untuk menyampaikan Islam wajib diteruskan di samping menjaga adab-adab pergaulan dengan manusia pelbagai ragam dan majlis mereka yang pelbagai jenis.

Oleh kerana itu Imam Hassan Al-Banna pernah pergi ke kelab malam bertujuan untuk menyampaikan dakwah Islam kepada penghuninya. Ertinya menghadiri kelab seumpama itu untuk tujuan menyampaikan dakwah Islam, suatu yang dipandang mulia dan diizinkan oleh syarak.

Justeru Islam menetapkan cara bersosial yang selamat daripada fitnah, memberi dukungan kepada kebaikan dan menghapuskan majlis mungkar apabila diberi kuasa memerintah. Inilah sikap kita para pejuang Islam di sepanjang zaman.

Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, “Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.” (Surah al-An’am: 69)

Berkata Ibnu Abbas r.a. apabila datang larangan Allah supaya tidak duduk bersama majlis kaum musyrikin dan perintah supaya tinggalkan majlis mereka, maka berkata, orang-orang Islam pada zaman Nabi s.a.w.: “Tidak mungkin kami boleh memasuki masjid dan tawaf di sekeliling Kaabah.”

Maka Allah menurunkan ayat yang bermaksud, “Akan tetapi kewajipan orangorang Islam mengingatkan larangan Allah itu.” (Surah al-An’am: 69) Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Ertinya jika kamu duduk bersama mereka, kamu hendaklah memberi peringatan tentang amaran Allah tersebut, supaya mereka jangan menghina Islam atau mengejek-ngejek ayat-ayat Allah di dalam al-Quran.

Al-Qurtubi menyebut di dalam tafsirnya bahawa ayat ini dikatakan telah dinasakhkan dengan firman Allah yang bermaksud, “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahnya) di dalam kitab (al- Quran), iaitu apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan kaum munafik) maka janganlah kamu duduk (bergaul) bersama-sama mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka.

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” (Surah al-Nisa’: 140) Dalam sejarah Islam, Allah SWT telah memberi keringanan kepada umat Islam untuk bergaul dengan golongan musyrikin Makkah sebelum pembukaan kota suci tersebut sebagai “taqiyyah” (takut menzahirkan Islam dalam keadaan tertentu).

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno

Perpaduan: Jangan terperangkap politik murahan Umno
Zulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 21 Julai: PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu supaya tidak terperangkap dengan agenda politik murahan Umno yang memukul gendang perpaduan.

“Inilah agenda Umno pada setiap kali sesak nafas mereka akan meminta 'oksigen' dari PAS,” ujar Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang bijak membuat bacaan politik bahawa kuasa politik Melayu Umno akan hilang.

Katanya, kenyataan mufti itu menambahkan lagi keyakinan bahawa PAS mengambil tempat Umno dan memberi harapan baru kepada umat Islam dan bangsa Melayu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menegaskan bahawa tanpa Umno umat Islam dan bangsa Melayu mampu berdiri megah dan gagah untuk muncul dengan kuasa baru politik bersama semua kaum di bawah payung Pakatan Rakyat.

“PAS menyeru seluruh umat Islam dan orang Melayu untuk bersama menyertai PAS bagi memikul tugas baru untuk meletakkan kembali Melayu dan Bumiputera pada landasan yang betul dan membangunkan Malaysia bersama semua kaum sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab,” ujarnya.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno yang menjadi sekutu zionis Yahudi.

Menurutnya, Umno secara jelas melalui pemimpin utamanya yang menguasai Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat perunding APCO Worldwide yang merupakan proksi kepada gerakan zionis antarabangsa yang menjaga kepentingan politik Israel dan Amerika sebagai penasihat Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

“Perbuatan ini satu pengkhianatan kepada perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin,” tegasnya.

Katanya lagi, Kerajaan Umno BN juga menjalinkan hubungan perdagangan secara rahsia dengan negara haram Israel dan membantu memperkukuhkan ekonomi rejim zionis Israel.

Ini, ujarnya dibuktikan dengan berlabuhnya kapal dagang milik Israel di Pelabuhan Klang baru-baru ini serta keputusan kabinet yang membenarkan hubungan dagang dengan Israel dibuat secara rahsia.

PAS, tegasnya sekali-kali tidak akan mengkhianati perjuangan umat Islam dan rakyat Palestin.

Beliau menambah, PAS kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang menikam dari belakang ke atas umat Islam dan rakyat Palestin.

Baginya, bantuan dihulur untuk rakyat Palestin tetapi dalam masa yang sama membantu pengukuhan ekonomi negara haram Israel.

“PAS akan terus memperkukuhkan hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat bagi membina Malaysia baru dan terus melindungi Islam dan apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu dan Bumiputera yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan, di samping menjamin hak semua kaum turut dilindungi dengan menjadikan prinsip keadilan sebagai teras pembangunan sesuai dengan Islam sebagai agama pembawa rahmat seluruh alam,” katanya.

Friday, July 16, 2010

Rakyat Didahulukan Tanggung Beban Subsidi Negara

Parit Buntar - Kenaikan harga barang berikutan pemotongan subsidi daripada kerajaan memberikan kesan yang tidak baik kepada masyarakat keseluruhannya. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak kenaikan harga gula, petrol dan diesel semalam menunjukkan bahawa kerajaan sudah tidak mampu menangani perbelanjaan negara. Subsidi yang diberikan kepada gula dan petrol sebelum ini menunjukkan kerajaan mempunyai dana bagi menjaga kebajikan rakyat.

Akan tetapi apabila subsidi sudah dipotong ini bermakna kerajaan sudah terputus dana bagi menjaga kebajikan rakyat. Rakyat pula terpaksa menanggung beban subsidi tersebut. Apabila harga barang naik maka sudah tentulah kos sara hidup akan naik. Apatah lagi gula yang naik sehingga 25 sen sememangnya begitu tinggi. Walaupun kerajaan mengesyorkan rakyat kurangkan penggunaan gula dalam kegunaan harian, tidak semestinya subsidi gula ini dipotong. Saya yakin harga kuih dan minuman akan naik.

Perdana Menteri berkata kononnya ia bertujuan untuk menjimatkan wang kerajaan dan pemotongan subsidi tersebut memberi dana kepada negara berjumlah RM 750 juta untuk tujuan pembangunan lain. Sekiranya kerajaan hendak berjimat cermat mengapa rakyat yang terpaksa menanggungnya. Kerajaan perlu mengawasi perbelanjaan negara sebelum ini yang dilihat berada di luar kawalan. Namun begitu apa yang jelas rakyat didahulukan untuk menanggung beban subsidi tersebut. Rakyat perlu buat perubahan, pentadbiran perlu ditukar kerana kerajaan BN sudah gagal mengawal kewangan negara. Jangan sampai negara sudah muflis baru hendak melakukan perubahan.






Tuesday, July 13, 2010

Misteri Nusantara 7 : Gerabak Ohh..Gerabak...

Gerabak: PAS gesa PAC bertindak segera
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Julai: Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengambil tindakan segera berhubung proses rundingan di antara kerajaan dan syarikat kereta api Zhuzhou Electric Co Ltd Lokomotif China.

Hal ini kerana jelasnya, meskipun kerajaan telah membatalkan kontrak lama dengan Zhozhou, namun ianya disambung kembali dengan nilai pembelian yang semakin bertambah.

"Kontrak yang lama memang telah dibatalkan tetapi lebih malang setelah dibatalkan, ianya diberikan kembali kepada syrikat yang sama, Zhouzhou.

"Dulu Zhouzhu tawarkan harga sebanyak RM14 juta untuk tiga gerabak tetapi sekarang sebanyak RM48 juta untuk enam gerabak sedangkan tidak ada perbezaan di antara tiga gerabak dengan enam gerabak, kecuali penambahan kamera litar tertutup dan slight presentation, material lain semuanya sama. Mengapa sampai meningkat ke RM48 juta?" jelasnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di lobi Parlimen semalam.

Dzulkefly menjelaskan demikian sebagai mengulas reaksi bekas menteri pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat di blognya yang menganggap wakil Pakatan Rakyat lebih banyak melemparkan tohmahan dan hujah tidak berasas sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat tentang pembelian 38 Electric Multiple Unit (EMU) 6 koc.

Beliau berkata, harga yang ditawar itu tidak termasuk pakej penyelenggaraan, baik pulih dan overhaul (MRO).

"Harga 38 EMU tidak termasuk selenggaraan, perbaikan dan overhaul (MRO) pakej. Kerajaan perlu berunding dan mendapatkan harga untuk EMU beserta pakej MRO," katanya.

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan dahulu sehingga menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kos penyelenggaraan yang terlalu tinggi kepada General Electric (GE) untuk GE Blue Tiger lokomotif, yang yang juga tidak disertakan dengan pakej MRO.

Sehubungan itu, beliau meminta PAC mengambil tindakan sebelum LOA dikeluarkan dan menyenarai hitamkan syarikat tersebut yang ternyata mengaut keuntungan yang terlalu tinggi.

"Justeru saya menggesa PAC mengambil tindakan sebelum LOA ini dikeluarkan. Apabila keluar surat tawaran, kerajaan sudah tidak boleh tarik balik," katanya.

Beliau juga kesal kerana rundingan berkenaan tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pengangkutan tetapi hanya mendapat arahan daripada Kementerian Kewangan.

Sukan PASTI Parit Buntar

Parit Buntar, 10 Julai 2010. Bertempat di Padang Purnama Kampung Kedah, PASTI Parit Buntar hari ini telah menganjurkan sukan PASTI Kawasan. Sukan PASTI kali ini melibatkan 10 buah PASTI di seluruh Kawasan Parit Buntar dengan dihadiri lebih 450 orang tetamu termasuk pelajar, ibu bapa, keluarga, guru-guru serta AJK PASTI Kawasan.

Sukan PASTI Kawasan diadakan setiap tahun bagi menampilkan semangat kesukanan serta menyihatkan tubuh badan khasnya kepada pelajar-pelajar PASTI. Menurut Pengerusi PASTI Kawasan Parit Buntar Sdr Amir, beliau sentiasa mengambil berat akan prestasi fizikal pelajar-pelajar PASTI selain mementingkan tahap pencapaian dalam akademik. "Kita mahukan pelajar-pelajar PASTI mempunyai satu keupayaan yang amat memberasangkan diamana bukan sahaja berjaya dalam bidang akademik malah dari aspek sukan juga turut terlibat" berkata Sdr. Amir

Turut hadir bagi memeriahkan Sukan PASTI ini ialah YDP Kawasan Parit Buntar Tn. Hj. Harun serta YB ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim. Pelbagai jenis acara telah dilakukan seperti lari 50 meter, lari berhalangan, susun abjat dan lain-lain acara yang sudah pasti mencuit hati Ibu bapa pelajar. Secara keseluruhan PASTI Al-Munir telah mendapat kemenangan apabila pelajar dari PASTI tersebut banyak menjuarai acara yang dipertandingkan. Majlis penutup berakhir sekitar jam 1.00 petang.






Monday, July 12, 2010

Program Cakna Rakyat Dapat Sambutan

Dr Mujahid, Drs Khalil Idham dan Haji Harun bergambar bersama pemenang bolasepak 7 sebelah dan jawatankuasa penganjur.

Parit Buntar - Program Cakna Rakyat 2010 anjuran Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong mendapat sambutan hebat daripada penduduk di Kuala Bagan Tiang dan sekitarnya. Program yang julung-julung kali diadakan ini mendapat kerjasama penduduk di Kuala Bagan Tiang yang diketuai oleh Haji Ahmad Bakhtair Arshad.

Cakna Rakyat 2010 ini diadakan sebagai tanda prihatin pemimpin masyarakat khususnya daripada wakil rakyat untuk mendekati rakyat dengan lebih dekat. Acara yang bermula dari jam 9.00 pagi itu dimulai dengan majlis ucapan perasmian oleh ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah. Pelbagai acara telah dianjurkan yang dapat menarik ratusan pengunjung ke Dewan Serbaguna Kuala Bagan Tiang. Pengunjung dihidangkan dengan acara peraduan mewarna kanak-kanak, sukaneka kanak-kanak, sukaneka wanita, pertandingan masakan dan gubahan, bolasepak tujuh sebelah, tarik tali, pemeriksaan kesihatan percuma, daftar dan semakan pemilih dan banyak lagi.

Setiap acara mendapat sambutan sehingga pihak penganjur terpaksa mengadakan acara saringan terutamanya bagi acara sukaneka kanak-kanak kerana lebih 100 kanak-kanak menyertainya. Dalam masa yang sama tidak ketinggalan juga pihak penganjur menyampaikan sumbangan untuk fakir miskin di kawasan tersebut.
Menurut Pengarah Program Cakna Rakyat, Ahmad Azhar Sharin, program turun padang mendampingi rakyat ini merupakan acara yang sering dilaksanakan oleh pihak penganjur. Sebelum ini acara yang sama telah diadakan di Pekan Tanjung Piandang dan Kampung Perak. Program ini dianjurkan sebagai tanda prihatin pihak Parlimen dan DUN untuk memberi khidmat pada penduduk setempat dan pada kali ini Kuala Bagan Tiang menjadi tuan rumah.

Pada acara penutupnya di padang bolasepak Kuala Bagan Tiang, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh penduduk setempat yang sama-sama terlibat bagi menjayakan Cakna Rakyat ini. Beliau menyeru anak-anak muda khususnya yang beragama Islam dan berbangsa Melayu ini menyertai program-program yang berfaedah dan dapat memupuk semangat muhibbah di antara pemimpin dan juga masyarakat setempat.

Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh beliau bersama ADUN Titi Serong serta penaung Cakna Rakyat yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Haji Harun Hashim.


Kanak-kanak menyertai acara meniup belon

Seorang warga emas sedang diperiksa oleh doktor.


Acara tarik tali mendapat sambutan hebat


Puan Zuraida isteri kepada Ahli Parlimen menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan memasak

pertandingan mewarna bagi kanak-kanak

Kepimpinan Kawasan dan Pemuda beramah mesra bersama masyarakat

Sdr. Azhar shahrin, NYD Pas Kawasan menyampaikan hadiah

Terbang..kanak-kanak begitu gembira bermain kapal terbang kertas

Acara untuk ibu-ibu

Monday, July 5, 2010

Unit Amal Parit Buntar Tawan Bukit Tebuan



Puncak Bukit Tebuan diselubungi kabus pagi

4 Jul (Ahad), Parit Buntar- Bertempat di Bukit Tebuan Bandar Bahru Kedah semalam. Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan xpdc mendaki bukit. Program yang disertai 10 orang anggota unit amal dan 5 ajk dppk ini mengambil masa 2 jam untuk berjaya menawan puncak bukit tersebut. Bekumpul di Markaz Titi Serong semua peserta bergerak secara konvoi ke kaki bukit tersebut di kampung Permatang Pasir, Kedah , bersempadanan dengan Perak hanya dengan melalui jambatan melintasi Sungai Kerian. Dikaki bukit peserta diberi taklimat khas oleh seorang penduduk tempatan agar menjaga keselamatan sepanjang perjalanan. Langkah dimulakan dengan bacaan doa supaya program diberkati oleh Allah swt. Selain itu peserta dibekalkan dengan sebungkus nasi serta sebotol air gau sebagai bekalan sepanjang perjalanan nanti. Perjalanan dimulakan sekitar jam 9.00 pagi di kaki bukit dengan penuh semangat.

Berkata ketua rombongan selaku Ketua jabatan Amal Parit Buntar, xpcd ini adalah yang pertama dilakukan oleh unit amal parit buntar ke bukit ini. Memandangkan tiada siapa pun yang mengetahui jalan sebanar makan seorang ahli unit amal lebih awl telah meminta nasihat dari penduduk kampung untuk mendapat gambaran jelas perjalan ke puncak bukit. Namun ditakdirkan xpdc ini berlaku sedikit kesilapan. Kesilapan memilih jalan denai traktor sawit membuatkan pejalanan menjadi amat jauh sehinggakan mendaki 2 anak bukit sebelum mendaki bukit sebenar. Ini adalah dugaan dan cabaran yang menguji semangat juang para peserta.

setelah bertanya kepada bebrapa orang pekerja sawit Alhamdulillah jalan sebenar berjaya dijejaki. Akhirnya semua peseerta selamat sampai ke puncak dengan selamat. walaupun amat keletihan agak namun kepuasan tergambar dimuaka masing-masing. Mana tidaknya, perjalanan jangkaan hanya 3 kilometer mencecah 6 kilometer dengan pelbagai rintangan. Semua ini menguji kesabaran dalam meneruskan pendakian. Bukit Tebuan ini kira-kira 300 meter tinggi dari aras laut mengikut perkiraan GPS yang dibawa oleh peserta.

Dipuncak semua peserta barulah mendapat arahan untuk memakan nasi yang dibekalkan. walaupun beberapa kali berhenti di tepi trek untuk berehat namun tiada arahan untuk makan, sekadar membasahkan tekak dengan air gau sahaja. Ini membuatkan semua peserta UA begitu berselera menjamu selera. Dismaping itu air teh 'o' panas juga dibancuh serta mee magge. Setelah selesai menjamu selera, sedikit tazkirah diampaikan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Sdr. Wan Azamudin. Tazkirah disampaikan berhubung dengan ikatan ukhwah dan kerjasama dalam meneruskan usaha dakwah dan berjihad di jalan allah swt.

Setelah beberapa ketika di punjak Bukit Tebuan semua peserta memulakan perjalanan pulang ke kaki bukit. Perjalan yang begitu lama ketika pendakian tadi tidak terasa kerana jalan sebenar telah ditemui semasa perjalanan pulang. Hanya 45 minit sahaja masa diambil untuk sampai ke kaki bukit. Sekitar jam 1.00 ptg semua peserta selamat sampai kebawah. Semua peserta UA dan AJK DPPK bersalaman tanda ukhwah yang terjalin. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Peserta di kaki bukit Tebuan


Membaca doa sebelum memulakan perjalanan


Perjalanan dimulakan dengan penuh semangat


kawasan hutan mula ditempuhi


Menghubugi penduduk setelah tersesat jalan menggunakan radio



Berehat dipertengahan jalan sambil menikmati keindahan cintaan Allah


Pergh....letih tu..


Peserta memasak mee meggi


peserta menikmati pemandangan yang begitu menarik dibawah (laut)


ini dia sempadan Kedah dan Pulau Pinang (Bukit Tebuan, kedah dan Bukit Pancur, PP)


Bergambar beramai-ramai sebelum menuruni bukit



Selamat tinggal Bukit Tebuan

teknik sebenar turun bukit "begini caranya"


Survival : Cuba teka beg apakah yang digalas? ish..ish...


Friday, July 2, 2010

Misteri 6 : Kemanakah 114 Juta Euro

Razak Baginda didakwa terima komisyen pembelian kapal selam

Dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Lim (DAP-Ipoh Timor) juga mendakwa, Abdul Razak yang juga mengetuai sebuah badan pemikir khusus dalam isu strategik dan pertahanan terbabit dalam urusniaga bernilai RM4.1 bilion antara pihak kerajaan dengan syarikat usaha Perancis-Sepanyol, Armaris, lapor Malaysiakini.

Di bawah urusniaga tersebut, kerajaan akan, antara lain, membeli dua kapal selam Scorpene dan kapal selam Agosta dari Armaris.

Lim mahu tahu status urusniaga tersebut ekoran penangkapan Abdul Razak berkaitan dengan kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Penganalisa politik itu minta dibicarakan atas tuduhan bersubahat.

Wartawan Harakahdaily, Wan Nordin Wan Yaacob sebelum ini melaporkan, Lim mahu kerajaan menjelaskan status pembelian kapal selam dari hasil kerjasama dan gabungan antara negara Perancis dan Sepanyol yang bernilai RM4.1 billion.

Beliau memberitahu dewan bahawa penyerahan kapal selam tersebut pada asasnya dijadualkan pada awal tahun 2007, bagaimanapun setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melawat ke negara tersebut, tarikh penerimaan diubah kepada tahun 2009.

Lim juga mahu Kementerian Pertahanan menjelaskan soal komisyen sejumlah AS$100 juta dalam urusniaga pembelian kapal selam tersebut yang difahamkan membabitkan urusan dengan Abdul Razak.

"Siapa yang dapat komisyen itu, ini perlu dijawab, dan mengapa komisyen itu diberi. Siasatan terbuka perlu dilakukan di atas pemberian komisyen itu kerana kita bimbang dengan tragedi terbaru yang berlaku membabitkan pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantunya Shaaribu yang difahamkan menggunakan senjata bom yang canggih," katanya.

Malaysiakini seterusnya melaporkan, Kementerian Pertahanan menafikan telah membayar AS$100 juta (RM370 juta) kepada sebuah syarikat Malaysia sebagai bayaran komisyen.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin mengakui kerajaan telah menandatangani satu kontrak bernilai Euro 114 juta (kira-kira RM490 juta) dengan sebuah syarikat bagi tujuan perkhidmatan sokongan dan penyelarasan.

Bagaimanapun, katanya, tiada wang dibayar kepada syarikat berkenaan seperti yang didakwa oleh Lim.

Zainal Abidin menjawab soalan yang dibangkitkan oleh Lim itu sewaktu membahaskan Bajet 2007.

Beliau berkata, kapal selam pertama dijangka diserahkan pada bulan Julai 2009 dan diikuti oleh kapal selam kedua tujuh bulan kemudiannya.

Lim mencelah dan bertanya sama ada satu siasatan bebas akan dijalankan dan juga siapakah “yang sebenarnya mendapat faedah” daripada urusniaga tersebut.

Katanya, komisyen tersebut mungkin dibayar oleh Armaris, tetapi ia akan dimasukkan ke dalam harga muktamad yang perlu dibayar oleh kerajaan.

Zainal Abidin mengulangi bahawa kerajaan tidak membayar sebarang komisyen kepada syarikat tersebut, sambil menegaskan bahawa kerajaan bersih dan perbelanjaannya diaudit.

Tambahnya, Lim boleh membuat aduan kepada pejabat Ketua Audit Negara atau Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika beliau mempunyai bukti mengenainya.

Enggan ulas C14

Zainal Abidin juga enggan mengulas sama ada bahan letupan plastik C4 yang didakwa digunakan untuk meletupkan badan wanita Mongolia itu diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan.

“Kita serahkannya kepada siasatan pihak polis,” katanya, walaupun berkali-kali dipaksa oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang supaya menjawab soalan tersebut.

Lim berkata, Kementerian Pertahanan seharusnya dipertanggungjawabkan kerana bahan letupan C4 hanya boleh diperolehi oleh anggota tentera dan anggota polis tertentu sahaja.

Isu tersebut sebelumnya dibangkitkan oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) yang menyuarakan kebimbangannya terhadap keselamatan awam, memandangkan bahan letupan seumpama itu, yang didakwa digunakan dalam kes pembunuhan itu, mudah diperolehi.

Beliau juga mahu tahu sama ada bahan yang dilaporkan diguna untuk menyembur bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kota Bharu Julai lalu, diperolehi daripada simpanan senjata kerajaan kerana beberapa anggota tentera telah disoalsiasat oleh pihak polis.

Jarang berlaku

27 November lalu, Salahuddin mengemukakan usul untuk membincangkan ikat jamin yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kepada Abdul Razak.

Ketua Pemuda PAS itu meminta Dewan Rakyat membincangkan isu ikat jamin itu kerana ia amat jarang berlaku memandangkan Abdul Razak menghadapi tuduhan dalam kes bunuh yang jika disabitkan kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori.

Abdul Razak didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Beliau juga membangkitkan bahawa kes pembunuhan Altantuya telah menarik perhatian bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa.

"Saya merasakan bahawa kita sebagai ahli Dewan yang mulia ini dan juga sebagai penggubal undang-undang ini perlu diberi penjelasan yang sewajarnya. Adalah menjadi satu tanggungjawab yang besar untuk kita semua memberikan jawapan yang meyakinkan terhadap isu ini dan keadilan dapat ditegakkan dalam negara kita," katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika menolak usul Salahuddin itu berkata keputusan mahkamah dalam memberi ikat jamin itu adalah mengikut lunas undang-undang.

Beliau berkata tugas mahkamah apabila mengeluarkan ikat jamin ialah bagi memastikan tertuduh hadir ke mahkamah pada hari yang ditetapkan.

"Oleh itu keputusan mahkamah adalah mengikut lunas undang-undang dan pada pendapat saya tidak ada keperluan lagi membangkitkan perkara ini," katanya.

Tidak mahu jadi Perdana Menteri

Kes yang melibatkan Abdul Razak, 46, disifatkan amat menarik perhatian apabila isterinya, Mazlinda Makhzan, menekankan bahawa suaminya tidak bersalah, diperangkap dan tidak mahu menjadi Perdana Menteri.

"Dia orang baik. Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua," Mazlinda, seorang bekas majistret, menegaskan.

Ketika Abdul Razak memeluknya, beliau berkata: "Begitu teruk. Kekejaman".

Pertanyaan timbul mengapa Mazlinda menyatakan: "Dia bukan perdana menteri negara ini. Dia tak mahu pun menjadi perdana menteri. Dia tidak berminat dengan itu semua".

Laporan lain pula menyatakan Mazlina berkata: "Dia tidak berminat dengan politik. Dia tidak mahu menjadi perdana menteri yang akan datang. Dia orang baik. Dia suami yang baik. Dia sepatutnya melindungi saya. Polis yang melakukannya. Merekalah orangnya. Mereka sepatutnya mempertahankan negara ini.

“Sampai hati you all buat dia macam ni. Jangan buat begini kepada dia. Itu kehidupan dia. Mengapa letakkannya ke atas suami saya? Ini kejam, kejam, kejam".

Peguam Abdul Razak, Datuk Shafee Abdullah, pernah dilaporkan sebagai berkata, "Saya yakin sepenuhnya beliau tidak bersalah ... beliau tidak terlibat sama sekali".

Kes tersebut semakin menarik tumpuan umum apabila Agendadaily melaporkan, peguam terkenal, Karpal Singh telah menawarkan diri menjadi peguam bagi pihak keluarga Altantuya dalam perbicaraan kes pembunuhan kejam ahli perniagaan dari Mongolia itu secara percuma.

Konsul Kehormat Mongolia Di Malaysia Datuk Syed Abdul Rahman Alhabsi memberitahu laman web berita itu bahawa Karpal telah menemui Shaaribu Setev iaitu bapa Altantuya baru-baru ini.

Katanya walaupun Karpal kini berkerusi roda beliau akan tampil bersama dua orang anaknya yang juga peguam untuk membantunya.

“Shaaribu terima tawaran Karpal itu dan amat berterima kasih kepadanya kerana sanggup menjadi peguam mereka secara percuma,” kata Syed Abdul Rahman.

Broker senjata

Altantuya, yang mempunyai pejabat perniagaannya di Hong Kong, fasih di dalam bahasa Russia dan Inggeris serta boleh bercakap bahasa Peranchis di samping bahasa ibundanya sendiri.

Beliau dikatakan seorang broker dalam urusniaga senjata.

Abdul Razak pula pernah menarik perhatian umum pada tahun 2002 apabila dituduh mempunyai dengan pembelian kapal-kapal selam yang penuh kontroversi yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Beliau didakwa bertindak sebagai orang tengah dalam pembelian itu dan persoalan timbul apabila wujud dakwaan tentang komisyen yang diterima berjumlah 10 peratus dari kos terakhir kapal-kapal selam itu.

Abdul Razak banyak melakukan lawatan ke Eropah dan negara-negara Asia yang didakwa sebagai sebahagian dari perniagaannya, menjadi broker dalam urusniaga industri pertahanan.

Bukan kaki perempuan

Mereka yang mengenalinya tidak pernah memperkatakan perkara-perkara yang buruk tentang dirinya.

Mereka menyifatkannya sebagai seorang yang urbane (berbudaya tinggi) dan lemah lembut.

Para wartawan pula menyifatkannya sebagai seorang yang mudah didekati dan tidak lokek memberikan pandangan.

Beliau juga tidak dikenali sebagai kaki perempuan.

Setiap Ahad, beliau sering dilihat menikmati sarapan roti canai di restoran dengan anaknya, Rowena, yang sangat dimanjakannya.

Malah, beliau sering dilihat menghabiskan hujung minggunya dengan isterinya di Bangsar Shopping Centre yang tidak jauh dari rumahnya di Damansara Heights.

Menurut rakannya, beliau ialah seorang berkerja keras dan sangat memanjakan isteri dan anaknya.

Malah, beliau dan isterinya dianggap sahabat baik.

harakahdaily.net

Misteri Nusantara 5 : 500 Juta akan hilang lagi.

Beli EMU 6 gerabak, kerajaan rugi 500 juta

18 Rejab 1431 H

Kerajaan didakwa akan kerugian RM500 juta berikutan keputusan membeli 38 unit tren elektrik (EMU) 6 gerabak secara runding terus dari sebuah syarikat China dengan harga RM1.824 bilion lebih mahal daripada tender asal.

Menurut ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkifli Ahmad, syarikat Zhu Zhou Electric Locomotive yang mendapat tender asal pada 2008 untuk membekal 8 unit EMU 3 gerabak, hanya menawarkan harga RM13.725 juta seunit.

Namun selepas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menetap keperluan baru tahun ini kepada set EMU 6 gerabak, rundingan terus dengan syarikat sama menyaksikan harga meningkat kepada RM48 juta seunit, lebih tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga asal.

Kata Dzulklifi, harga itu tidak munasabah biarpun setelah mengambil kira pelbagai kos lain yang mempengaruhi seperti inflasi, kadar pertukaran asing, peningkatan bahan mentah dan sebagainya.

Lebih pelik katanya, mengikut penyata keperluan KTMB, konfigurasi set EMU 6 gerabak berkenaan sebenarnya adalah gabungan dua unit set EMU 3 gerabak.

Justeru, katanya sewajarnya harga berkenaan hanya dua kali ganda atau lebih sedikit berbanding set EMU 3 gerabak itu.

"Memang ada perubahan seperti cctv dan side destination panel pada EMU 6 gerak. Kita ambil kiralah segala perubahan spesifikasi, munasabah kalau kita angkat kepada RM30 juta seunit.

"Tetapi timbalan menteri menyebut sewaktu menjawab soalan ahli parlimen Tumpat bahawa ia menjadi RM48 juta seunit," kata Dzulklifi pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rakyat katanya ingin tahu kenapa sewaktu rundingan terus itu, kerajaan mendapat harga begitu tinggi berbanding harga sewaktu tender.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan membatalkan segera surat LOA yang dikeluarkan kepada syarikat Zhu Zhou dan menyenarai-hitamkan syarikat berkenaan.

"Jawatankuasa kira-kira awam (PAC) perlu mengambil tindakan segera supaya menteri, kementerian dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang terlibat dengan rundingan terus tersebut dipertanggugjawabkan atas kerugian yang bakal ditanggung kerajaan," katanya lagi.

Selain itu beliau turut menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pembelian itu bagi memastikan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan berlaku.

Malaysiakini/-