Tuesday, September 28, 2010

AL-FATIHAH

AL-FATIHAH


Adun Galas, Chek Hashim Sulaima, 47, kembali ke rahmatullah di Pusat Rawatan Islam Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 4.30 petang ini.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah di bahagian paru-paru menjalani rawatan di hospital berkenaan sejak hampir seminggu lalu.

Sebelum ini beliau menjalani rawatan perubatan tradisional Cina di Serdang.

Allahyarham dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak dua tahun lalu dan pernah mendapat rawatan beberapa bulan di China.

beliau menjalani rawatan di Orient Hospital Guanzhong pada ramadhan tahun lalu. Sebelum daripada itu Chek Hashim mendapat rawatan awal di The First People's Hospital juga di Guanzhong.

Keadaan kesihatannya agak serius sebelum daripada itu. Kepulangannya daripada menjalani rawatan di China tahun lepas disambut wakil-wakil rakyat dan penduduk Gua Musang.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Mac lalu beliau turut hadir. Bagaimanapun pada persidangan Jun lalu beliau mohon bercuti.

pada Julai lalu, Adun Galas dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan, petang 26 Julai lalu selepas tiga hari pulang dari menjalani rawatan kemoterapi di sebuah hospital di China.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mewakili seluruh kepimpinan dan ahli PAS seluruh negara merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Che Hashim dan rakyat di Dun Galas di atas pemergian Almarhum.

"Sesungguhnya Almarhum adalah seorang yang gigih menjalankan tugas dan komited dengan perjuangan. Marilah sama-sama kita berdoa agar roh beliau dirahmati oleh Allah,"

Jamuan PAS Parit Buntar dihadiri lebih 7000 tetamu




PARIT BUNTAR : Majlis Jamuan Hari Raya 'Idul Fitri PAS Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong menarik kehadiran ribuan rakyat di kawasan Parit Buntar,malah kehadiran pada tahun ini melebihi pada tahun sebelumnya.

Menurut Setiausaha program Azhari Hadi, keadaan cuaca yang baik dan hebahan program yang meluas ke seluruh Parit Buntar adalah faktor kehadiran lebih 7000 orang.

“Orang ramai datang bertali arus sejak jam 3.00 petang. Selalunya lepas Asar orang dah tiada tetapi tahun ini sehingga pukul 6.00 petang pun masih ramai yang berada di dewan. Makanan mencukupi untuk semua tetamu.

“ Kehadiran ramai tetamu yang berbagai latar belakang di dalam Majlis Jamuan Hari Raya 'Idul Fitri PAS Parit Buntar melambangkan suasana Pakatan Rakyat di Parlimen Parit Buntar berada dalam situasi yang baik untuk mengekal dan meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum akan datang” katanya

Azhari berkata, orang ramai yang datang ke majlis ini telah dihidangkan dengan lemang, nasi himpit, roti canai, mee goreng dan pelbagai jenis kueh raya.

“ Majlis pada hari ini dimulai dengan ucapan Yang Dipertua PAS Parit Buntar , ADUN Titi Serong dan diakhiri dengan ucapan Ahli Parlimen Parit Buntar.

“ Kami juga meraikan kanak-kanak yang hadir dengan menyediakan acara kuiz dengan hadiah yang disediakan oleh penganjur.” katanya

Selain masyarakat setempat yang memeriahkan majlis tersebut turut hadir adalah ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari, Ketua Penerangan PAS Sabah Hisamudin Sulaiman, pimpinan DHPP Parit Buntar dan para wartawan.


Pimpinan PAS sedang menyambut tetamu
Pimpinan PAS sedang menyambut tetamu
Orang ramai yang hadir memenuhi Dewan


Tetamu sedang mengambil juadah

Tetamu sedang mengambil juadah


Tetamu sedang mengambil juadah

Sunday, September 19, 2010

Rumah Terbuka Ahli Parlimen Parit Buntar


Parit Buntar, 18 Sept - Bersempena dengan Syawal yang mulia, Ahli Perlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa hari ini telah mengadakan rumah terbuka buat seluruh masyarakat di sini.

Bertempat di kediaman beliau Taman Kerian Permai rumah terbuka Ahli Parlimen ini telah dihadiri oleh orang ramai tidak mengira kaum atau latar belakang. Ini menggambarkan penerimaan masyarakat setempat akan kepimpinan beliau bagi mewakili Parlimen Parit Buntar.

Menurut tetamu yang hadir, mereka merasa bertuah kerana dapat bertandang ke rumah Ahli Parlimen dan mendapat layanan begitu ramah oleh tuan rumah iaitu Dr. Mujahid sendiri beserta AJK PAS Kawasan.

"Kami amat berterima kasih atas kesedian beliau menjemput dan melayani kami di rumah terbuka aidilfitri hari ini"

Para tetamu juga melahirkan rasa bangga dan terharu kerana mempunyai pimpinan yang berjiwa rakyat dan sentiasa berdamping dengan rakyat dalam mendengar segala masalah rakyat yang dihadapi di kawasan ini.

Dr. Mujahid juga melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan setelah berjaya mengharungi tarbiah Ramadhan selama sebulan yang lepas.

"Kita sebagai umat Islam harus bergembira serta bersyukur sempena syawal yang mulia, ini adalah kerana kita semua telah berjaya melaksanakan ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Allah" berkata Dr. Mujahid.

Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih atas`kehadiran tetamu yang hadir sepanjang hari ini, serta memohon agar Islam terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang bertuah ini.

Tuan rumah (Dr. Mujahid) melayani tetamu yang hadir


sate antara jamuan yang di sediakan


YDP serta AJK PAS Kawasan yang turut hadir


Sdr. nizam (bob), Pegawai Khas Ahli Parlimen
sedang melayan tetamu yang hadir

Tetamu yang hadir


Tetamu sedang menjamu selera


Sesuatu yang diperkatakan oleh Sdr. hamdan AJK Pas Kawasan

Sunday, September 12, 2010

Pemuda PAS Raikan Anak Perantau Parit Buntar

Parit Buntar, 10 Sept- Bersempena dengan 1 Syawal yang mulia, hari ini Dewan Pemuda Pas Parit Buntar (DPPKPB) telah menganjurkan program Anak Perantau. Program yang dijalankan sejak 10 tahun lalu ini sentisa dihati anak-anak perantau yang bekerja di luar kawasan Parit Buntar.

Pada tahun ini DPPKPB telah memilih tarikh 1 Syawal sebagai hari untuk meraikan kepulangan anak-anak perantau. Menurut Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Khairulzami. Pemuda sentiasa mengharapkan kepulangan anak perantau ke kampung halaman dengan selamat.

"Kita bukan sahaja menharapkan kepulangan anak perantau ke Parit Buntar dengan selamat, malah kita juga mengharapkan sumbangan yang amat bermakna yang selama ini diberikan oleh tuan-tuan demi melihat kawasan ini kekal di bawah pakatan rakyat" menurut beliau.

Turut meraikan anak perantau malam ini adalah Ustaz Zawawi Hassan selaku Ketua Pemuda Pas Perak dan YB Drs. Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong. Dalam ucapan Ketua Pemuda Pas Perak, beliau menegaskan bahawa pemuda adalah tulang belakang dan sayap kanan perjuangan PAS.

"Tuan-tuam merupakan pemuda-pemuda yang memainkan peranan penting dalam mencapai kemenangan Islam walaupun berada diluar kawasan.

Jadilah pemuda pendesak seperti ashabulkahfi yang istiqamah dengan perjuangan Islam walaupun telah ditidurkan ratusan tahun, namun tetap bersama aqidah Islam" berkata Ust. Zawawi.

Manakala sebelum itu ADUN Titi Serong dalam ucapan beliau mengalu-alukan kepulangan anak perantau serta memohon agar anak perantau sentiasa mengambil berat akan isu di perak dengan menjadikan blognya salah satu dari sumber rujukan.

Program meraikan anak perantau di akhiri dengan jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur. DPPKPB mengucapkan selamat Rari Raya Aidilfitri dan memohon maaf Zahir dan Batin.

ADUN Titi Serong YB Khalil Idham Lim memberi ucapan

Ketua Pemuda Perak Ust. Zawawi


Menjamu selera dengan hidangan yang disediakan


Tetamu anak perantau diraikan


Ust. Malik peyumbang juadah malam ini sedang menghidangkan makanan

Thursday, September 9, 2010

Iftar Perdana : PAS Parit Buntar Raikan 200 anak-anak yatim

PARIT BUNTAR, 9 Sept. : Kedatangan syawal tahun ini pasti disambut ceria oleh 200 orang anak yatim yang menerima sumbangan berupa hamper dan duit raya daripada PAS Parit Buntar.

Turut merasai kegembiraan mendapat sumbangan ialah 25 orang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dan 25 aktivis Dewan Himpunan Penyokong PAS Parit Buntar.

Kesemua mereka diraikan semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim yang diadakan di Dataran Batu Lima, Titi Serong.

Beberapa orang wartawan yang sentiasa memberi liputan kepada aktiviti PAS Parit Buntar dan Ahli Parlimen Parit Buntar turut diraikan dalam majlis berkenaan.

Turut sama meraikan majlis tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim, ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Pengerusi Masjid Mahayuddin Batu Lima Mohd Hayat Mokhtar , penduduk setempat serta 40 orang bukan Islam yang dijemput khas.

Pesuruhjaya PAS Perak dalam ucapannya memuji usaha PAS Parit Buntar mengumpul dana melalui Jawatankuasa Infaq Ramadan bagi membantu orang miskin, anak yatim, ibu tunggal dan guru-guru PASTI di Parit Buntar

“ Ruang lingkup kebajikan haruslah mencapah supaya dapat mencapai rakyat di pelbagai peringkat saperti yang dilakukan Rasulullah SAW,

“ Rasulullah SAW dapat mengubah arab jahiliyah disebabkan sifat sabar dan istiqamah dalam memberikan kebajikan kepada masyarakat.” Katanya


Abu Bakar berkata, PAS harus memanfaatkan bulan Ramadan untuk memperbanyakkan amal kebajikan kepada rakyat yang lebih utama berbanding amalan-amalan sunat.


“Kita harus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk meyakinkan rakyat bahawa PAS adalah jamaah Islam yang mendekati masyarakat dan bersedia untuk menggantikan kerajaan yang ada kini.

"Hasrat PAS untuk memerintah supaya rakyat hidup dalam keadaan sejahtera dan tidak tertekan," Ujarnya

Pengarah Jawatankuasa Infaq Ramadhan Abdul Bahrain Desa melahirkan kesyukuran kerana majlis berkenaan dapat berjalan lancar dan tersusun.

“ Majlis ini adalah kemuncak kepada aktiviti kebajikan yang dilaksanakan melalui Jawantakuasa Infaq Ramadan.

“ Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang telibat menjayakan majlis ini termasuk Jawatankuasa Kariah Masjid Mahayuddin Batu Lima” katanya




















Sunday, September 5, 2010

Sumbangan Aidilfitri Buat Penduduk DUN Kuala Kurau


Kuala Kurau, 5 Sept (Ahad)- Seramai 140 keluarga melibatkan 25 Cawangan di DUN Kuala Kurau hari ini diraikan dengan sumbangan Aidilfitri oleh PAS Kawasan Parit Buntar. Majlis berlangsung di Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

Sumbangan ini adalah hasil kutipan sumbangan seluruh warga kerja PAS Parit Buntar termasuk ADUN dan Ahli Parlimen Parit Buntar iaitu YB Drs. Khalil Idham Lim dan YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa.

Menurut Timbalan YDP Pas Parit Buntar Bahrin Desa, PAS Kawasan berjaya mengutip sumbangan pada tahun ini sebanyak hampir RM 100,000. Kutipan ini juga melibatkan Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat yang bekerja keras mendapat penyumbang yang ikhlas menyumbang untuk program sepanjang Ramadhan.

"Pada tahun ini kita berjaya mengutip hampir RM 100,000 dalam kempen derma program Ramadhan PAS Kawasan yang kita anjurkan setiap tahun.

Kutipan kali ini lebih besar dari tahun lepas dimana pada tahun lepas kita berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM 75,000 sahaja" berkata Bahrin

Dalam ucapan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr. Mujahid beliau menyatakan setiap usaha PAS ini adalah semata-mata untuk memberi sumbangan serta meringankan beban masyarakat di Parlimen Parit Buntar amnya dan DUN Kuala Kurau khasnya.

"Semalam kita menyampaikan sumbangan yang sama di DUN Titi Serong melibatkan 170 penerima dan hari ini kita menyampaikan sumbangan kepada masyarakat di DUN Kuala Kurau pula" Dr. Mujahid

Menurut beliau lagi PAS hanya mengharapkan doa dari orang ramai agar PAS dipelihara dan terus diberi amanah untuk memimpin di Kawasan Parlimen Parit Buntar. Oleh itu agenda kebajikan dapat dilangsungkan.

"PAS bukan lah seperti umno yang mengharapkan balasan yang akan menindas rakyat kembali seperti yang dilakukan umno/BN, tetapi PAS hanya mengharap doa dari orang yang lemah.

Ini kerana doa orang lemah atau miskin ini dimakbulkan oleh Allah SWT" Berkata Dr. mujahid.

Dr, Mujahid sedang memberi ucapan, duduk dari kiri
YB Yunus, YDP PAS Tn.Hj. Harun dan TYDP Bahrin Desa

Tn. Hj. Harun Menyampaikan sumbangan Aidilfitiri

YB Yunus, ADUN Kuala Kurau menyampaikan sumbangan

Dr. Mujahid bersama penerima dikalangan orang kurang upaya (OKU)

Saturday, September 4, 2010

Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri DUN Titi Serong


Parit Buntar 4 Sept - PAS Parit buntar hari ini bersama Pusat Khidmat Parlimen dan Pusat Khidmat DUN Titi Serong telah menganjurkan program 'Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri' bagi DUN Titi Serong.

Program yang bermula jam 9.00 pagi ini dijalankan di Markaz Tarbiah Titi Serong yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, YB Drs. Khalil Idham Lim, AJK PAS Kawasan serta AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan.

Menurut Ketua Lajnah Kebajikan merangkap Naib YDP Kawasan Parit Buntar Azhar Shahrin, program yang diadakan saban tahun ini telah menjadi kewajipan. Sumbangan kali ini merupakan keperluan rumah serta wang belanja sempena aidilfitri tidak berapa lama lagi.

"PAS Kawasan Parit Buntar sentiasa menekankan kebajikan rakyat, ini dibuktikan dengan pelbagai program kebajikan kepada penduduk seperti yang dianjurkan hari ini.

"Kita juga sentiasa turun terus ke rumah-rumah bagi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan pertolongan seperti bantuan kebakaran, membaiki rumah serta sumbangan fakir miskin" Menurut beliau.

Sumbangan ini diserahkan kepada 170 orang melibatkan 27 cawangan di seluruh DUN Titi Serong. Penerima sumbangan terdiri daripada fakir miskin dan ibu tunggal.

Menurut Bahrin lagi, PAS Kawasan sentiasa mengambil berat kepada mereka yang tidak bernasib baik dan sumbangan ini akan diteruskan walaupun selepas Ramadhan. Ini kerana kebajikan rakyat adalah tanggungjawab PAS dimana Islam sentiasa menggalakkan supaya umatnya memberi sedekah serta tolong menolong sesama umat Islam.

"Kita PAS sentiasa mengambil contoh Rasulullah SAW dalam menedalani sifat membantu golongan yang tidak berkemampuan ataupun susah" katanya.

Bagi penerima sumbangan mereka amat terharu dan melahirkan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas sumbangan ini.

" Kami bersyukur kepada Allah atas sumbangan ini serta berterima kasih kepada PAS yang sentiasa prihatin kepada kami golongan yang kurang berkemampuan ini" katanya

YB Dr. Mujahid memberi ucapan

Antara penerima sumbangan Aidilfitri


Naib YDP Pas, Azhar Shahrin menyampaikan sumbangan


YDP PAS Tn. Hj. Harun menyerahkan wang sumbangan hari raya
kepada penerima


YB Khalil Idham Lim dan Bahren Desa TYDP
menyampaikan sumbangan

YB Dr. Mujahid menyampaikan sumbangan kepada penerima