Parit Buntar - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar akan mengadakan Pesta Pancing "Orang Muda Geng Kita" pada 16 Januari ini. Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, program tersebut akan diadakan di Tali Air Parit Haji Ali, Kuala Kurau. Pendaftaran akan dimulakan pada jam 8.30 pagi manakala masa pertandingan daripada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Sumbangan penyertaan hanyalah RM5.00 satu joran.
Pemenang yang bertuah bakal membawa pulang RM300.00 sebagai johan, RM200.00 naib johan dan RM100.00 tempat ketiga. Terdapat juga hadiah saguhati dan peserta juga berpeluang memenangi 10 hadiah cabutan bertuah. Pemenang dikira berdasarkan ikan terberat. Pihak Pemuda PAS mendapat kerjasama PAS Cawangan Parit Haji Ali dalam penganjuran memancing ini. Sehari sebelum program ini kami akan melepaskan 50 kilogram ikan keli di tali air ini.
Program ini bertujuan mewujudkan ikatan silaturrahim di antara PAS serta penduduk tempatan. Dalam masa yang sama juga kita akan membuka kaunter daftar dan semakan pengundi. Kita menjemput masyarakat setempat serta penduduk berhampiran untuk menyertai pesta pancing ini. Syarat-syarat penyertaan boleh didapati pada borang yang boleh didapati di Kedai Runcit Din, Batu 7, Kedai Makan Tajol, Batu Lima dan Pejabat ADUN Kuala Kurau.
KORANG SENGAJA NAK GALAKKAN BUDAYA BERSERONOK YE..? TANGGUNGJAWAB KORANG IALAH USAHAKAN PEKERJAAN, KEMAHIRAN DAN PENDIDIKAN UNTUK MEREKA MACAM YANG UMNO BUAT.
ReplyDeleteKORANG TAMBAHKAN LAGI KELEKAAN ANAK ANAK MUDA MELAYU. KORANGLAH SEBENARNYA PEROSAK BANGSA
DALAM MASA PAS MENYATAKAN RAKYAT MENDERITA, NAMPAKNYA PAS MASIH LAGI ADA MASA UNTUK BERPESTA. BENARKAH RAKYAT MENDERITA ?
ReplyDeleteATAU PAS SENGAJA DIARAHKAN OLEH DAP UNTUK MENGGAMBARKAN BETAPA KEJAMNYA KERAJAAN UMNO/BN ?