Tuesday, August 31, 2010

Taklimat Pilihanraya Pemuda Parit Buntar


Jom Makan Kerang Bersama Pemuda

30 Ogos,(Isnin)- Dewan Pemuda PAS Parit Buntar malam ini telah menganjurkan taklimat khas Pilihanraya kepada pemuda cawangan-cawangan di Parlimen Parit Buntar.

Program yang bermula denga solat fardu Isyak dan solat sunat tarawih di markaz tarbiah Titi Serong ini di susuli dengan taklimat pilihanraya dan jamuan makan kerang rebus yang melibatkan semua AJK Pemuda Kawasan dan Jawatankuasa Pemuda Cawangan (JPC).

Taklimat Pilihanraya di sampaikan oleh Azahar setiausaha kawasan dan Halim Penolong Pengarah Empat Pilihanraya PAS Parit Buntar. Taklimat berkisar kepada statistik daftar pemilih serta plan gerakkerja menawan pengundi muda di kawasan.

"Statistik menunjukkan Negeri Perak masih ketinggalan jauh berbanding Negeri Kelantan yang telah mencapai sekitar 16,000 pemilih dalam masa enam bulan.

Sedangkan Perak, hanya sekitar 2000 shaja pengundi baru berdaftar. Ini menununjukkan kita harus bekerja keras lagi bagi mendaftrakan pengundi muda" menurut Azahar

Sebelum itu Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulazami memberi ucapan aluan dengan memberi motivasi kepada semua AJK DPPK serta JPC agar sentiasa bersiap siaga sentisa dalam menghadapi PRU 13 yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Taklimat pilihanraya Pemuda PAS berakhir sekitar jam 11.30 malam. Program diteruskan dengan jamuan makan kerang rebus yang disediakan oleh AJK Pemuda selepas tarawih.

Antara peserta yang hadir mendengar taklimat pilihanraya pemuda


Persiapan menyediakan kerang rebus


Berbaris mendapatkan kerang rebus


Tetamu dsedang menjamu selera kerang rebus

Monday, August 30, 2010

Jenazah tokoh PAS Parit Buntar selamat dikebumikan



Jenazah tokoh PAS Parit Buntar selamat dikebumikan

PARIT BUNTAR : Jenazah tokoh PAS Parit Buntar, yang juga bekas Yang Dipertua PAS Parit Buntar Zulkarnain Haji Ahmad selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Parit Tok Ngah berhampiran Masjid Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, lebih seribu orang jamaah telah menunaikan solat jenazah tokoh PAS berkenaan di Masjid Parit Tok Ngah.

“Ust. Zulkarnain , 74 yang telah terkena angin amar telah telantar sakit sekitar 10 tahun dan terakhir dimasukkan ke Hospital Parit Buntar dua hari lepas.

“ Rata-rata yang hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan menyatakan ketokohan dalam perjuangan Islam beliau sukar dicari ganti”

Adnan berkata, semasa hayatnya Allahyarham pernah menyandang jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan menjawat jawatan Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada tahun 1990.

“Allahyarham pernah menjadi calon PAS bagi kerusi DUN Simpang Lima semasa pilihanraya tahun 1969 dan pernah bertanding bagi kerusi Parlimen Parit Buntar semasa pilihanraya tahun 1974.

“ Pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada PAS Parit Buntar dan PAS Perak. Takziah ke atas seluruh sanak saudara di atas kehilangan orang yang disayang” katanya

Menurut Adnan , Allahyarham juga banyak berjasa dalam bidang pendidikan terutama membangunkan Sekolah Agama Rakyat di Parit Buntar.

“Allahyarham adalah tokoh penting yang kuat mempertahankan Sekolah Agama Rakyat, malah pernah menjadi Mudir Sekolah Menengah Agama Al Falah, Parit Tok Ngah.

“Kegigihannya dalam memperjuangan wadah PAS dan pendidikan sekolah agama menjadikan beliau cukup dikenali di Parit Buntar dan kawasan sekitar” katanya

Antara tokoh pimpinan masyarakat yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Husein, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang Elias Zakaria, Mufti Perak Tan Sri Harusani Zakaria, Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Adun Titi Serong Drs Khalil Idham Lim juga pimpinan PAS Perak dan Kawasan berdekatan serta pimpinan masyarakat setempat.


Dr. Mujahid (MP) Parit Buntar bersama mufti Perak menziarahi allayarham

Orang ramai berpusu-pusu menziarahi Allahyarham


Tazkirah Ramadhan : Tingkatkan Ibadah, Kurangkan Juadah


Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar semalam telah menagadakan solat sunat Tarawih berjamaah seterusnya tazkirah Ramadhan. Aktiviti ini di lakukan setelah seharian DPPKPB telah menjelajahi dua DUN bagi menyampaikan sumbangan ramadhan dalam program Jelajah Kebajikan.

Pemuda PAS menerima rezeki dari Allah SWT apabila ada dikalangan Jamaah yang menyumbangkan untuk menyediakan majlis berbuka puasa di Pejabat PAS Jalan Keli malam tadi. Kepuasan terasa apabila letih seharian menjelajahi kampung-kampung bagi menyampaikan sumbangan Ramadhan petang tadi.

Program diteruskan dengan solat fardhu dan solat sunat Tarawih di tingkat atas pejabat. Iman dan pentazkirah di sampaikan sendiri oleh Tim. Ketua Pemuda merangkap ketua Laj. Tarbiah DPPKPB D. Mahayudin Ibrahim.

Dalam tazkirah ringkas, beliau menyentuh akan kepentingan ibadah amaliah, seperti mana yang dilaksanakan petang tadi. Yang mana InsyaAllah amalan kita akan dinilai sebagai jihad di jalan Allah, dimana debu-debu yang melekat pada mereka yang berjuang di jalan Allah diharamkan oleh api neraka.

Namun beliau juga mengingatkan agar semua AJK meningkatkan amalan dalam ibadah khusus seperti solat sunat, mengaji, berzikir dan sebagainya. Ini adalah kerana 10 malam terakhir adalah peluang untuk kita memperolehi ganjaran pahala yang lebih besar dari Allah swt. Oleh itu beliau turut mengingatkan agar tingkatkan Ibadah dan kurangkan juadah bagi memperolehi nikmat dalam berpuasa.

menunggu Azan dilaungkan

menikmati juadah berbuka

solat fardhu dan sunat tarawih

Sunday, August 29, 2010

Jelajah Kebajikan : Pemuda Turuti Saidina Umar Al-Khatab


Pemuda PAS anjur jelajah kebajikan

PARIT BUNTAR - Sempena dengan kedatangan Ramadan, Dewan Pemuda PAS Parit Buntar telah mengadakan program jelajah kebajikan melibatkan dua DUN di parlimen Parit Buntar.

Pengerusi Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Parit Buntar Noraidi Mat Isa berkata, sebanyak 38 buah keluarga daripada sebelas cawangan PAS di Parit Buntar telah diziarahi oleh rombongan jelajah kebajikan ini.

“ Disamping bertanya khabar dan mendengar keluhan penduduk Pemuda PAS Parit Buntar juga menyumbangkan keperluan harian seperti beras,gula ,susu, teh dan minyak masak.

“ Penerima sumbangan merasa bertuah kerana dikunjungi oleh Pemuda PAS dan berterima kasih di atas sumbangan yang diberikan.” katanya

Noraidi berkata, rombongan jelajah kebajikan ini dipecahkan mengikut DUN iaitu DUN Titi Serong diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Khairulzami Muhammad dan diiringi oleh lapan orang Ajk Pemuda.

“ Manakala DUN Kuala Kurau diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar Dr. Mahayuddin Ibrahim bersama tujuh orang Ajk Pemuda PAS.” katanya

Menurut Noraidi, program ini menunjukan bahawa Pemuda PAS adalah sebagai duta kebajikan dengan mencontohi langkah Syaidina Umar al-Khatab yang terus turun ke bawah untuk menyelesaikan masalah rakyat.


"Kita sebagai Pemuda PAS adalah duta kebajikan kepada semua golongan yang memerlukan selagi mana ianya diperlukan dan kami akan cuba membantu semampu mungkin" katanya



Persiapan bahan sumbangan jelajah kebajikan



Penerima sumbangan

Penerima sumbangan

Penerima sumbangan

Penerima sumbangan

Penerima sumbangan

Rumah penduduk yang telah uzur

Mendengar rintihan penduduk

Sdr. Bob memerhati burung peliharaan

Penerima sumbangan

Rumah fakir miskin di tepi pantai


Rumah penerima sumbangan yang telah uzur


Penerima sumbangan yang mengalami penyakit strok

Jelajah kebajikan merentasi bendang/sawah


warga emas turut menerima sumbangan


Anak penduduk yang sedang mengail belut


Warga emas yang keseorangan


Sdr. Johari menyampaikan sumbangan




penerima sumbangan menerangkan kelebihan belut


Pemuda belajar menahan bubu belut


Penerima sumbangan


Penerima sumbangan


Penerima sumbangan


Barang-barang sumbangan DPPKPB

Persiapan sumbangan

Saturday, August 28, 2010

Taujihat Khas Badar Al Qubra Perak


Parit 28 Ogos (Sabtu)- Bertempat di Pondok Pengajian Darul Mubarak, Kg. Seleboh Parit hari ini telah berlangsungnya program memperingati Badar Al-Qubra. Program bermula seawal 9.00 pagi di mana beberapa aktiviti telah diajalan sepanjang hari ini. Antara aktiviti yang di laksanakan ialah program penyerahan sumbangan kepada fakir miskin, edaran risalah di bazar ramadah dan tazkirah zohor. Pada sebelah petangnya acara kemuncak ialah taklimat khas Tuan Guru Presiden Dato' seri Haji Hadi Awang di Perkarangan Pusat Pengajian Darul Mubarak. Taujihat khas untuk kepimpinan Negeri, Dewan dan Kawasan ini bermula sekitar jam 5.30 petang dengan ucapan aluan Pesuruh Jaya PAS Perak AF Ustaz Abu Bakar Hussin. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PAS Kawasan Parit yang berjaya menganjurkan program pada hari ini. Beliau juga menyentuh akan kewajipan berperang (menyertai politik) menentang munafikun serta fasikun moden dizaman ini, iaitu umno/BN.

Taujihat diteruskan dengan pengisian daripada Tuan Guru Haji Hadi Awang. Dalam ucapan beliau, beliau telah menyentuh beberapa ayat Al-Quran yang Allah memberi jaminan orang beriman akan dapat memerintah seperti mana umat-umat yang terdahulu. TGHH juga mengingatkan umat Islam terutama oarang melayu diamana pada bulan Ramadhan ini, semua orang berlumba-lumba mengerjakan ibadah Ramadhan. Tapi amat sidikit yang melupai tangjawab untuk mengIslamkan negara dengan maksud lain menegakkan perintah Allah yang terkandung didalam Al-Quran. Dimana hukum tersebut hanya dapat dilaksanakan apabila pemerintahan Islam dapat ditegakkan seperti kerja para Rasul-rasul terdahulu. Perkara ini adalah berkaitan dengan peristiwa Badar Qubra diamana wujudnya golongan jahiliah yang tidak meredhai Islam memerintah secara adil di Bumi Madinah.

TGHH juga sekali lagi menyentuh mengenai Tahalufsiasi bersama golongan bukan Islam. Dimana Tahaluf telah dibenarkan oleh Islam tetapi wala' adalah diharamkan seperti firman Allah yang bermaksud jangan kamu jadikan orang kafir sebagai wali-wali kamu. walaubagaimanapun tonggak kepada kekuatan Islam adalah umat Islam sendiri. Oleh itu para pimpinan setiap peringkat mestilah berusaha menawan hati orang Islam dan jagan terleka dengan hanya mendapat sokongan bukan Islam sahaja. Ini adalah kerana undi orang melayu adalah 60% dari keseluruhan pengundi. maka PAS perlu mendominasi undi tesebut. Islam tidak melarang kita mengasihi serta mencinta bangsa sendiri kerana Rasulullah juga mencintai bangsanya, tetapi tidak melatakkan agenda bangsa sebagai aqidah perjuangan. Maka dengan itu Islam tidak terhalang untuk di anuti oleh semua bangsa ketika zaman Rasulullah SAW.

Dalam sesi soal jawab TGHH di tanya beberapa soalan, antaranya ialah isu mendoakan orang bukan Islam kepada kebaikan. Dalam jawapannya, TGHH menegaskan bahawa Islam tidak melarang orang Islam untuk mendoakan supaya orang bukan Islam diberi hidayah memeluk Islam. Perkara ini dikukuhkan dengan Rasulullah SAW pernah mendoakan agar diantara dua Umar memeluk Islam. Namun diingatkan agar setiap tindakan kita itu bertepatan dengan suasana semasa serta jagan merugikan Jamaah dengan erti kata lain mengikut keadaan yang sesuai. Selepas Taujihat semua tetamu dan TG Presiden bersama-sama berbuka puasa serta solat Magrib berjamaah yang diimamkan oleh TGHH sendiri. Solat sunat tarawih turut dijalankan pada malam tersebut.

YDP Tn. Haji Harun bersama wakil dari PAS Parit Buntar

Antara kepimpinan Kawasan yang hadir mendengar Taujihad TGHH

Soalan yang di lontarkan oleh AF Ust. Nuri

TGHH menandatangani buku terbarunya iaitu Taktik dan Strategi
Politik Zaman Khulafa Ar-Rashidin.


Majlis berbuka puasa

Solat Magrib berjamaah yang diimakan oleh TGHH sendiri
(kanan sekali) AF TG Ust.Kamarudin Awang Basir.

YDP PAS Kawasan Parit Buntar (kiri sekali)
bertemu mesra bersama Presiden.

Sdr. Amir AJK DPPK memperolehi
tanda tangan TGHH pada buku yang dibeli

Isu Perkauman Menampakkan Kejahilan umno

Isu Perkauman Menampakkan Kejahilan umno

28 Ogos (Sabtu)- Dewan Pemuda PAS Parit Buntar merasa amat kesal dengan sikap dan permainan politik umno yang semakin menampkkan kejahilan umno terhadap Islam, dengan isu yang di politikkan oleh umno kononnya mengharapkan orang melayu berpihak kepada umno. Ingin DPPKPB mengingatkan supaya umno tidak meneruskan usaha mempermainkan agenda perkauman sempit ini sehingga boleh mencetuskan ketegangan kaum. Ini adalah kerana setiap masalah yang ditimbul berkaitan agama telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Umno seperti kehilangan arah dalam meraih sokongan pengundi melayu kini. Maka agenda perkauman diungkit kembali agar kestabilan masyarakat berbilang kaun tegugat dengan isu tersebut maka orang melayu akan kembali menyokong umno. DPPKPB mengutuk tindakan ini serta media massa yang sengaja mengapi-apikan isu sedangkan ianya tidak menggambarkan situasi sebenar apa yang berlaku. Ini di buktikan dengan dua isu terbaru iaitu mendoakan orang bukan Islam (Pulau Pinang) dan berada di dalam masjid bagi bagi bukan Islam. (Selangor). Umno memainkan isu ini seolah-olah Islam ini agama yang tertutup pintu bagi bukan Islam terhadap keterbukaan Islam.

Menurut Setiausaha DPPKPB Sdr. Nasruddin Islam adalah agama yang syumul dan sentiasa terbuka kepada bukan Islam selagi tidak menyentuh batas-batas Iman. Rasulullah juga pernah mendoakan orang kafir agar diberi hidayah. Kata Abdullah bin Mas'ud: "Aku seakan masih melihat Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang dalam kalangan nabi AS yang kaumnya memukulnya sehingga berdarah, sedangkan dia hanya menyapu darah di mukanya dan berdoa: "Ya Allah! Ampunkanlah kaumku kerana mereka itu tidak tahu". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Nabi SAW juga pernah berdoa: "Ya Allah! Engkau kuatkan Islam dengan salah seorang dari dua lelaki yang Engkau lebih sayang; Abu Jahl atau 'Umar bin Al-Khattab". (Riwayat al-Tarmizi dan al-Hakim, dinilai sahih oleh al-Zahabi). Malah dalam isu memasuki masjid telah diputuskan oleh majlis Fatwa Kebangsaan iaitu membenakan orang bukan Islam memasuki ruang masjid dengan beberapa syarat. Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Jelaslah bahawa isu ini dan sebelum-sebelun ini seperti isu azan, isu kepala lembu, isu babi, isu bahasa dan selainnya adalah agenda umno/BN bagi memecahbelahkan masyarakat yang hidup aman dan damai. Kita DPPKPB yakin rakyat kini bijak menilai sesuatu isu dan boleh berfikir secara rasional. Yakinlah bahawa PAS dan PR akan sentiasa akan meletakkan Islam dihadapan serta akan mempertahankan kesucian Islam dan akan menghormati agama lain yang berada di Malaysia.


Sdr Nasaruddin
Setiausaha DPPKPB

Saturday, August 21, 2010

Tahniah Buat Setiausaha DPPK

Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengucapkan tahniah kepada Sdr. Nasruddin atas kelahiran anak kedua beliau malam tadi. Permata kedua Sdr. Nasaruddin selamat dilahirkan sekitar jam 10.00 malam di hospital Taiping. DPPK PB tumbang bergembira dengan kelahiran ini. Semoga mendapat keberkatan dari Allah swt. Seterusnya menjadi mata rantai untuk meneruskan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi Allah ini. Takbir..

Tuesday, August 10, 2010

Sumbangan kepada Surau/ Masjid Sempena Ramadhan Al-Mubarak'


Parit Buntar - Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, ADUN Titi Serong dan PAS Kawasan Parit Buntar telah mengadakan majlis sumbangan pengimarahan masjid dan surau seluruh parlimen Parit Buntar yang diadakan di Masjid Al Huda, Sungai Kota. Seluruh wakil 26 masjid dan lebih 70 surau hadir untuk menerima sumbangan sempena ehya Ramadhan kali ini.

Menurut Pengarah Program Infa' Ramadhan Al Mubarak 1431, Baharin Mat Desa, pada tahun lepas kita hanya menyerahkan sumbangan untuk masjid sahaja. Namun pada tahun ini, pihak kami telah mengambil keputusan untuk turut sama memberikan sumbangan kepada surau-surau di seluruh Parlimen Parit Buntar. Sejumlah RM 16,000.00 diperuntukkan untuk sumbangan kepada masjid dan surau sahaja.

Penyampaian sumbangan telah disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah, ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari serta Yang Dipertua PAS Kawasan Parit Buntar, Haji Harun Haji Hashim.

Menurut Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa di dalam tazkirahnya menyatakan bahawa masjid dan surau merupakan rumah Allah yang menjadi tempat himpunan manusia beribadah dan merupakan institusi yang menjadi tumpuan umat Islam melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya terhadap masyarakat. Di dalam bulan Ramadhan ini, manusia akan berlumba-lumba ke rumah Allah bagi menunaikan ibadah seperti berbuka puasa, bersolat tarawih serta bertadarus, malah berqiyamullail untuk mendapat ganjaran pahala sepertimana yang dijanjikan oleh Allah SWT.