25 Disember 2010 (TAIPING) - Usaha bagi membantu masyarakat yang memerlukan dan bertemakan kebajikan, badan amal 'Perak Care' ditubuhkan baru-baru ini.
Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras yang penuh meriah. Turut di lancarkan adalah laman web rasmi Perak Care bagi memudahkan mereka-meraka yang prihatin menyalurkan sumbangan (wix.com/perak_care/amal).
Salman yang juga Pengerusi Perak Care berharap badan amal seumpama ini dapat membantu mana-mana pihak yang amat memerlukan tidak mengira sesiapa pun. Beliau juga berharap pihak-pihak yang ingin menyumbang agar dapat terus menyalurkannya dalam bentuk kewangan.
"Perak Care adalah medan yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi menyalurkan bantuan, semua pihak boleh melayari laman web kami bagi melihat lebih dekat apa yang kami lakukan" Salman menyatakan semasa majlis pelancaran tersebut.
Haji Azmi di dalam ucapannya berharap Perak Care sebagai satu pentas bagi golongan muda bagi menabur bakti kepada masyarakat. Biar orang muda sebagai contoh atau tauladan yang baik kepada masyarakat kata Haji Azmi.
Haji Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras melancarkan Perak Care
Ketua Pemuda PAS Perak dan Pengerusi Perak Care menyarungkan baju kepada Presiden Teras
DAH BERAPA BANYAK TABUNG DITUBUHKAN. TAPI TAK PERNAH DIAUDIT. KE MANA PERGI DUITNYA.
ReplyDeleteSAMPAI BILA KORANG NAK TUNJUKKAN BAHAWA ORANG ISLAM TAK ADA LAIN SELAIN MINTAK TOLONG.
HAKIKATNYA PENYELEWENGAN TERUS TERUSAN BERLAKU DALAM PAS. PIMPINAN MEREKA ADALAH PELAKON YANG HEBAT.
ReplyDeleteMEREKA BIJAK MENGUBAH PENYELEWENGAN MENJADI PERJUANGAN. MANGSANYA ADALAH PENGIKUT YANG TAKSUB.