Monday, January 17, 2011

Pemuda PAS Terus Pergiatkan Kebajikan Rakyat






Parit Buntar - Sempena menyambut tahun 2011 baru-baru ini Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar terus mempergiatkan gerakkerja kebajikan dengan mengadakan jelajah kebajikan rakyat. Menurut Ketua Penerangannya, Hairul Nizam Ishak seramai 10 orang Jawatankuasa Pemuda PAS Parit Buntar telah turun padang untuk menyampaikan bantuan kepada mereka yang mengalami kesusahan.

Rombongan sebanyak tiga buah kereta ini telah menjelajah ke lima buah cawangan di kawasan Parlimen Parit Buntar. Jelajah dimulakan dari Taman Kerian Tambahan dan kemudian ke Taman Kerian Fasa Satu. Selepas itu rombongan ini terus ke Parit T
ok Ngah, Parit Mat Ali dan Parit Haji Ali di Kuala Kurau. Seramai 15 orang telah menerima bantuan ini dan kebanyakan dari mereka merupakan pesawah yang berpendapatan rendah. Kegembiraan diwajah penerima jelas terpancar dengan kehadiran pemuda PAS ini. Mereka berasa terharu di atas sumbangan barangan dapur yang dihulurkan itu.

Hairul Nizam yang juga Setiausaha kepada Ahli Parlimen Parit Buntar akan mengambil tindakan segera untuk membuat laporan ke atas Jabatan Kebajikan Mas
yarakat (JKM) bagi mereka yang begitu daif tinggal di dalam rumah yang usang dan membahayakan, khususnya warga emas. "Ada juga dikalangan mereka yang sudah memohon di JKM dan Baitulmal, namun belum ada bantuan yang diterima. Kita akan pastikan permohonan mereka ini untuk mendapat bantuan boleh disegerakan," katanya lagi.





4 comments:

  1. APA BENDA KORANG NI? HANTAR SAMPAI 10 ORANG TAPI BAGI PADA 15 ORANG JE.

    PERUNTUKAN LAIN MANA ? MAKAN MINUM KORANG LEBIH BANYAK DARIPADA SUMBANGAN YANG KORANG BAGI.

    ReplyDelete
  2. PETANI INI SEJAK DALAM KANDUNGAN IBU DIJAGA OLEH KERAJAAN UMNO. SETIAP MUSIM MENERIMA SUBSIDI PADI.

    SAKIT KE HOSPITAL PARIT BUNTAR DENGAN BAYARAN SERINGGIT. PAS DALAM MASA LIMA TAHUN MENGHANTAR SEKAMPIT BERAS.

    TIDAKKAH BERASA MALU?

    ReplyDelete
  3. BANGANG punya LunCai!!! Dia ingat orang PAS macam Umno kut, kalau takdak upah tak jalan. Kalau PAS macam tu, memang dasar PERASUAH!!!!

    Baik lagi bagi 15 orang je dari bagi duit JKM/Baitulmal tapi mengaku Umno punya!!!

    DanKuala lagi laa BANGANG!!! Taktau beza antara kerajaan dengan parti. Kalau Umno jadi pembangkang nanti, jangan harap la nak boleh bagi walau sekampit beras pun, tak sempat nak bagi pun Umno dah berkubur...

    ReplyDelete
  4. CENANGAU..

    YANG TAK MAKAN UPAH LEBAI KAMPUNG JE. PIMPINAN PUSAT DAN NEGERI KERETA 4/5 BIJIK. BINI 2/3 ORANG. DATANG DARI MANA DUIT BANYAK SANGAT TU?

    HUSAM BOLEH BAGI ORANG 4 JUTA JATUHKAN PAKLAH,DATANG DARI MANA DUIT? DALAM PARIT?

    ReplyDelete