Thursday, September 2, 2010

Ziarah Muhibbah Ke Hospital Sempena Sambutan Ramadhan / Syawal



Ziarah Muhibbah Ke Hospital Sempena Sambutan Ramadhan / Syawal

Parit Buntar - PAS Kawasan Parit Buntar bersama Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau telah mengadakan lawatan muhibbah ke Hospital Parit Buntar sempena menyambut Ramadhan dan Syawal tahun ini. Rombongan ini diketuai oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Harun Hashim bersama Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim Abdullah dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Kedatangan rombongan telah disambut mesra oleh pihak hospital yang diketuai oleh Matran Yong Kamsiah dengan membuat lawatan ke wad bersalin, kanak-kanak, lelaki dan wanita. Menurut Pengarah Program Infaq Ramadhan Parit Buntar, Abdul Baharin Mat Desa, program ziarah ke hospital ini merupakan acara tahunan setiap kali sambutan Ramadhan dan Syawal. Pesakit di hospital dikunjungi sebagai tanda prihatin pihak PAS dan wakil rakyat di sini. Doa turut dibaca oleh wakil rakyat kepada para pesakit agar dicepatkan sembuh supaya mereka dapat meraikan lebaran bersama keluarga masing-masing.

Dr Mujahid juga telah menyampaikan sumbangan peribadi untuk Jawatankuasa Kebajikan dan Rekreasi Hospital Parit Buntar. Turut hadir dalam rombongan tersebut adalah isteri-isteri wakil rakyat, Dewan Muslimat serta Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar.


Dr Mujahid membacakan doa. Turut sama YDP Pas Kawasan, Haji Harun Hashim

Dr Mujahid ziarah bayi yang baru lahir di wad bersalin

1 comment:

  1. Nak menjalankan hukum hudud pun kena tunggu rakyat mahu ke tak mahu. Boleh pakai ke PAS hari ini?
    Begitulah ulamak dan pemimpin penipu dizaman akhir ini demi kuasa dan nikmat dunia.TAHNIAH PAS.

    ReplyDelete