Sunday, September 19, 2010

Rumah Terbuka Ahli Parlimen Parit Buntar


Parit Buntar, 18 Sept - Bersempena dengan Syawal yang mulia, Ahli Perlimen Parit Buntar YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa hari ini telah mengadakan rumah terbuka buat seluruh masyarakat di sini.

Bertempat di kediaman beliau Taman Kerian Permai rumah terbuka Ahli Parlimen ini telah dihadiri oleh orang ramai tidak mengira kaum atau latar belakang. Ini menggambarkan penerimaan masyarakat setempat akan kepimpinan beliau bagi mewakili Parlimen Parit Buntar.

Menurut tetamu yang hadir, mereka merasa bertuah kerana dapat bertandang ke rumah Ahli Parlimen dan mendapat layanan begitu ramah oleh tuan rumah iaitu Dr. Mujahid sendiri beserta AJK PAS Kawasan.

"Kami amat berterima kasih atas kesedian beliau menjemput dan melayani kami di rumah terbuka aidilfitri hari ini"

Para tetamu juga melahirkan rasa bangga dan terharu kerana mempunyai pimpinan yang berjiwa rakyat dan sentiasa berdamping dengan rakyat dalam mendengar segala masalah rakyat yang dihadapi di kawasan ini.

Dr. Mujahid juga melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan setelah berjaya mengharungi tarbiah Ramadhan selama sebulan yang lepas.

"Kita sebagai umat Islam harus bergembira serta bersyukur sempena syawal yang mulia, ini adalah kerana kita semua telah berjaya melaksanakan ibadah puasa seperti yang dituntut oleh Allah" berkata Dr. Mujahid.

Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih atas`kehadiran tetamu yang hadir sepanjang hari ini, serta memohon agar Islam terus diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang bertuah ini.

Tuan rumah (Dr. Mujahid) melayani tetamu yang hadir


sate antara jamuan yang di sediakan


YDP serta AJK PAS Kawasan yang turut hadir


Sdr. nizam (bob), Pegawai Khas Ahli Parlimen
sedang melayan tetamu yang hadir

Tetamu yang hadir


Tetamu sedang menjamu selera


Sesuatu yang diperkatakan oleh Sdr. hamdan AJK Pas Kawasan

No comments:

Post a Comment