Wednesday, May 26, 2010

DPPKPB Menyelar Najib Kerana Membenarkan Judi Bola

Parit Buntar, 26 Mei (Isnin). Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar hari ini menyelar tindakan Kerajaan dibawah pimpinan umno/BN yang membenarkan perjudian secara terbuka dengan memberi lesen kepada Berjaya Group Sdn. Bhd untuk menguruskan perjudian bola piala dunia yang tidak lama lagi akan berlangsung.

Menurut Ketua Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar, Sdr. Khairul Azami tindakan memberi lesen judi ini seolah-olah kerajaan membenarkan rakyat terjerumus di dalam kancah kegawatan ekonomi lebih buruk lagi.

Umum mengetahui bahawa setelah dunia mengalami kegawatan ekonomi global, maka tempiasnya sudah pasti terkena kepada rakyat Malaysia juga. Dengan menghalalkan judi seperti ini, akan membuatkan rakyat bertambah derita kerana terjebak dengan perjudian yang diketahui keburukannya.

Menurut Ketua Pemuda lagi, sememangnya didalam Al-Quran, Islam dengan jelas telah mengharamkan judi. Firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”
Oleh itu sekali lagi disini DPPK Parit Buntar menyelar tindakan kerajaan Barisan Nasional kerana menghalalkan judi seterusnya mendesak supaya supaya semua ilmuan Agama didalam umno sama-sama menentang kebiadapan ini, kerana anda adalah orang akan bertangjawab dengan pembenaran Judi Bola ini juga. 

"Kami DPPK Parit Buntar akan tetap menentang dan akan bekerkasama dengan semua NGO untuk sama-sama turun padang menjelaskan isu ini kepada Rakyat akan keburukan daripada menghalalkan judi ini". "Kami juga menyeru agar semua rakyat dapat membuka mata dan menolak amno/ BN pada PRU 13 akan datang".

Khairul Azami
Ketua Pemuda PAS
Kawasan Pt. Buntar.

No comments:

Post a Comment