Monday, November 21, 2011

PRU-13: Himpunan Pemuda PAS Perak 27 Nov

KUALA LUMPUR, 20 Nov: Dewan Pemuda PAS Perak akan mengadakan himpunan seluruh anggotanya pada 27 November ini sebagai persiapan terakhir berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dijadual bila-bila masa dari sekarang.

Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.

Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS.

"Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu.

"Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.

"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya.

No comments:

Post a Comment