Thursday, November 24, 2011
Pemuda Parit Buntar Hantar 1,000 Pemuda HEMPAP
Objektif program ini diadakan adalah untuk menghimpunkan seramai mungkin petugas pilihanraya pemuda PAS yang akan digembeling peranan mereka untuk menghadapi Pilihanraya Umum 13 (PRU13) tidak lama lagi. Antara lainnya ia bertujuan menyemarakkan semangat motivasi para pemuda melalui ucapan amanat yang bakal disampaikan oleh pimpinan pemuda PAS diperingkat negeri dan juga nasional. Semua pemuda dan hadirin diminta memakai baju kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning sebagai tanda kekuatan pemuda PAS di negeri Perak.
Program tersebut akan dimulakan jam 9.00 pagi. Pelbagai aktiviti dan acara telah diatur seperti ucapan pimpinan seperti Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Nasruddin Hasan, Timbalannya Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin, Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Husain dan ramai lagi bakal berucap memberikan amanat kepada ribuan pemuda pada hari tersebut.
Dalam program ini juga adalah pelancaran Amal Riders Club (ARC) negeri Perak yang menampilkan bekas jaguh motosikal seperti Wazi Abdul Hamid dan Yaser Said, gerai jualan, derma darah, jamuan tengahari dan banyak lagi acara yang disediakan.
Selaku tuan rumah kita akan sedaya upaya menyediakan prasarana terbaik bagi melicinkan perjalanan program. Justeru kami mengucapkan selamat datang ke seluruh tetamu yang hadir ke program ini. Untuk makluman umum program peringkat tempatan juga akan diadakan iaitu sehari lebih awal pada 26 November dimulakan kuliah maghrib oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz di Surau Mujahideen, Kampung Kedah, manakala jam 9.00 malam akan diadakan Pidato Pentas Pemuda yang menampilkan Ustaz Nasrudin Hasan, Ustaz Nik Abduh Nik Aziz, Dr Raja Ahmad Al-Hiss, Mohd Sani Hamzan dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Manakala 27 November selepas program HEMPAP pada pagi itu, Dewan Muslimat PAS Parit Buntar akan melancarkan Jentera Pilihanraya Muslimat PAS Parit Buntar pada jam 3.00 petang dan acara penutup diisi dengan program ceramah oleh Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Sidek Noor pada jam 9.00 malam.
Justeru kita mengalu-alukan seluruh pemuda dan penyokong PAS agar dapat hadir ke program ini. Kita berharap himpunan ini akan dapat menyuntik semangat para petugas bagi menawan kembali negeri Perak dalam PRU13yang dirampas secara zalim oleh UMNO/BN.
Peta ke lokasi himpunan boleh rujuk di sini
Monday, November 21, 2011
PRU-13: Himpunan Pemuda PAS Perak 27 Nov
Himpunan tersebut akan di adakan di Dataran Purnama, Kampung Kedah, Parit Buntar.
Menurut setiausahanya Salman Saleh, Himunan Pemuda PAS Perak atau Hempap itu bakal mengumpulkan seluruh petugas jentera pilihanraya Pemuda PAS Perak bagi menerima amanat dan juga arahan pimpinan PAS.
"Kami telah memilih tema Hempap kali ini dengan warna kuning bagi menyemarakkan gelombang kuning yang telah digerakkan oleh tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0). Ianya sebagai penerus atau pasca BERSIH 2.0 yang telah berhimpun di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 yang lalu.
"Dan sepertimana yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS, jika pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) masih gagal melaksanakan tuntutan BERSIH 2.0 ini maka BERSIH 3.0 akan digerakkan. Kami mengambil inisiatif ini untuk menggerakkan pra BERSIH 3.0 di Negeri Perak," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Faktor memilih Parit Buntar untuk himpunan kali ini pula jelasnya kerana mahu memastikan parlimen tersebut dan Dewan Undangan Negeri di bawahnya akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat.
"Dan kami juga merasakan momentum himpunan ini akan turut memberikan kesan kepada kekuatan PAS di utara Perak," katanya.
Saturday, March 12, 2011
Monday, February 21, 2011
Himpunan 30 Ribu Pemuda
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, rombongan daripada Pemuda PAS Parit Buntar ini dihimpunkan daripada beberapa cawangan di sini. "Mereka yang pergi ke program Himpunan 30,000 ini merupakan petugas yang akan bekerja untuk menghadapi pilihanraya tidak lama lagi. Justeru kami ingin semarakkan semangat mereka dengan hadir ke program ini" katanya lagi.
Pemuda Parit Buntar begitu bersemangat melihat puluhan ribu Pemuda PAS dari seluruh negara yang hadir. Program bermula dengan ucapan pimpinan bekas ketua pemuda pusat seperti Mohammad Sabu, Salahudin Ayub, Abu Bakar Chik dan lain-lain lagi. Program yang bermula pagi hingga petang itu turut menampilkan persembahan daripada Bob Lokman, Radhi Melissa, Pak Long dan ramai lagi.
'Insya Allah semarak kebangkitan program tersebut akan kami bawa ke Parit Buntar sebagai mempersiapkan jentera pilihanraya PAS. Selepas ini kita akan merancang akan mengadakan program yang besar di Parit Buntar bagi menghimpunkan seramai mungkin pemuda PAS di Parit Buntar. Kita sasarkan 1000 pemuda untuk sedia bertugas dengan PAS pada pilihanraya yang semakin hampir ini." katanya lagi.

Monday, January 17, 2011
Pemuda PAS Terus Pergiatkan Kebajikan Rakyat
Rombongan sebanyak tiga buah kereta ini telah menjelajah ke lima buah cawangan di kawasan Parlimen Parit Buntar. Jelajah dimulakan dari Taman Kerian Tambahan dan kemudian ke Taman Kerian Fasa Satu. Selepas itu rombongan ini terus ke Parit T
ok Ngah, Parit Mat Ali dan Parit Haji Ali di Kuala Kurau. Seramai 15 orang telah menerima bantuan ini dan kebanyakan dari mereka merupakan pesawah yang berpendapatan rendah. Kegembiraan diwajah penerima jelas terpancar dengan kehadiran pemuda PAS ini. Mereka berasa terharu di atas sumbangan barangan dapur yang dihulurkan itu.
Hairul Nizam yang juga Setiausaha kepada Ahli Parlimen Parit Buntar akan mengambil tindakan segera untuk membuat laporan ke atas Jabatan Kebajikan Mas
yarakat (JKM) bagi mereka yang begitu daif tinggal di dalam rumah yang usang dan membahayakan, khususnya warga emas. "Ada juga dikalangan mereka yang sudah memohon di JKM dan Baitulmal, namun belum ada bantuan yang diterima. Kita akan pastikan permohonan mereka ini untuk mendapat bantuan boleh disegerakan," katanya lagi.



Friday, January 14, 2011
Kejohanan Pesta Bola 'Orang Muda Geng Kita'
Menurut Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya yang sihat dalam sukan bolasepak apatah lagi pasukan negara kini mendapat tempat dihati peminat bolasepak tempatan setelah menjuarai AFF Suzuki, bulan lalu. Justeru Pemuda PAS serta Kelab Bolasepak Muhibbah ingin terus semarakkan semangat anak-anak muda menyertai kejohanan ini.
Juara bakal merebut RM3,000.00 berserta jersi dan piala iringan, manakala tempat kedua RM 2,000.00. Pasukan ketiga dan keempat layak membawa pulang RM 700.00. Mereka juga bakal membawa pulang hadiah iringan istimewa. Sumbangan penyertaan adalah sebanyak RM 300.00 setiap pasukan. Hadiah kejohanan bakal disampaikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa.
Ia terhad kepada 40 pasukan sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Januari 2011 dan keterangan lanjut sila hubungi Zaihidi (012-4557593) atau Shahrin (017-5681454). Borang juga boleh didapati di Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar atau dimuat turun pada link di bawah:
Borang muka1, borang muka2
Sunday, April 4, 2010
Acara Makan
Setelah berpenat sehari suntuk menjaya program pertandingan memancing anjuran Jabatan Amal Pemuda Parit Buntar, pada malamnya tibalah masanya menjayakan acara makan ikan yang di telah dipancing pada siang hari tadi. Selain Unit Amal dan Pemuda PAS Pt.Buntar. AJK PAS Kawasan serta ahli qariah markaz titi serong juga turut hadir bersama-sama menjamu selera. Ikan yang diperolehi di sediakan oleh beberapa chef yang pakar dalam masakan masing-masing. Alhamdulillah selesailah satu lagi program yang di anjurkan oleh DPPK Parit Buntar.
Tetamu yang hadir untuk merasa ikan yang telah berjaya dipancing pada pagi tadi.
Anatar anggota unit amal yang hadir. macam mana sedap tak ikan ni?
Rugi sapa yang tak mai malam ni..
Hai..beselera semacam
Saturday, April 3, 2010
Sopian Juara Memancing Amal 10
Parit Buntar - Mohd Sopian Adanan dari Sungai Baru, Kuala Kurau telah menjuarai pertandingan memancing amal 2010 yang dianjurkan oleh Jabatan Amal Kawasan Parit Buntar. Ikan yang membawa tuah kepadanya adalah spesies Belukang dengan berat 505 gm. Kemenangannya itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM 3,500.00 sebagai ganjaran juara pada tahun ini.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Kamal Said dari Taiping manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohd Khair Saad dari Sungai Petani, Kedah. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000.00 dan RM 1,000.00. Menurut Pengarah Program pertandingan ini, Juhari Arbain penyertaan para peserta pada kali ini adalah seramai 230 orang dan kebanyakannya peserta adalah penduduk sekitar Parit Buntar. Apa yang menarik, pertandingan kali ini berjaya menarik penyertaan dari kaum India dan Cina.
Pertandingan yang berlangsung di Ban Pecah, Sungai Baru, Kuala Kurau ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa dengan membunyikan siren dari atas bot nelayan. Majlis penutup pula dirasmikan oleh Abdul Baharin Mat Desa, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar manakala hadiah utama disampaikan oleh ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.
Juhari juga mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan serta sokongan yang diberikan oleh seluruh anggota Jabatan Amal Parit Buntar, AJK PAS Kawasan, AJK Pemuda PAS Parit Buntar serta penduduk tempatan yang banyak membantu bagi melancarkan program pertandingan memancing ini.
Pemenang Pertandingan Memancing Amal 2010 bergambar bersama-sama YB Abdul Yunus Jamhari. dan urusetia pertandingan




