Wednesday, August 4, 2010

15 minit : Bahas Wang Rakyat 80 Juta

3 Ogos (Selasa) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) melahirkan kekesalan atas sikap pengerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang ternyata tidak tahu peraturan serta menyalahguna kuasa sebagai seorang pengerusi Dewan Undangan semasa sidang DUN semalam. Datuk R. Ganesan yang statusnya masih dalam perbicaraan mahkamah sebagai speaker DUN Perak itu telah membuat satu tindakan diluar bidang kuasa beliau dengan mengantung Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menurut DPPKPB melalui Setiausahanya Nasaruddin, tindakan dengan hanya memberi 15 minit masa kepada Dato' Seri Nizar untuk membahas Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 adalah satu tindakan mematikan demokrasi hak bersuara didalam Dewan yang mulia itu. "Dewan Undangan Negeri adalah ruang untuk wakil rakyat untuk membahaskan hak dan kepentingan rakyat, tetapi kita Rakyat Negeri Perak Kesal dengan tindangan Pengerusi Dewan yang hanya memberi 15 minit kepada Ketua Pembangkang untuk membahas" "Apatah lagi perbahasan ini melibatkan 80 Juta wang rakyat yang akan diluluskan oleh kerajaan Negeri Perak" berkata Nasaruddin.

DPPKPB juga mempersoalkan peraturan baru yang tidak membenarkan camera dan telefon bimbit dibawa masuk kedalan Dewan. Ini adalah usaha untuk menutup maklumat sebenar yang berlaku didalan Dewan daripada diketahui umum. Tindakan ini adalah sama seperti yang berlaku di dalam Kapal Mavi Marmara semasa ditawan. Adakah kita mahu rakyat mengatakan sikap kerajaan Perak sekarang sama seperti apa yang berlaku kepada Sukarelawan Kemanusian Mavi Marmara yang lepas? Dengan merampas segala alat komunikasi.

Oleh itu DPPKPB menyeru kepada semua Rakyat Negeri Perak agar mereka bangkit menentang tindakan yang tidak demokratik ini dengan menghukum umno/BN pada PRU 13 ini. Rakyat perlu sedar akan hak dan kuasa mereka untuk memastikan wang rakyat dibelanjakan dengan baik dan betul. Tindakan mengadakan persidangan hanya satu hari semalam adalah satu penghinaan kepada Rakyat Perak yang inginkan suara mereka sampai ke dalam persidangan melalui wakil wakil yang telah mereka pilih. Kita Dewan Pemuda PAS Parit Buntar akan terus memperjuang hak rakyat Perak khususnya di Kawasan Parit Buntar.

Nasaruddin
Setiausaha DPPKPB

No comments:

Post a Comment