Tuesday, June 8, 2010

YA MAIN BOLA, TIDAK JUDI BOLA!!!

PARIT BUNTAR - "Ya Main Bola, Tidak Judi Bola". Itulah misi penerangan kepada masyarakat khasnya peminat-peminat bolasepak piala dunia yang hanya 3 hari sahaja lagi akan berlangsung di Afrika Selatan. Bagi membuktikan bahawa rakyat tidak menyokong pemberian lesen judi terhadap sukan maka Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar menyediakan kain rentang untuk mereka menandatangani sebagai tanda sokongan batahan kepada judi bola. Ini dapat dibuktikan dengan ramainya peminat bola yang menurunkan tandatangan pada kain rentang tersebut. Mereka menyakan bantahan dan mengutuk kerajaan kerana membenarkan judi untuk permainan yang mereka gemari. " Kami bantah umno membenarkan judi bola, kami minat akan sukan bola tapi tak suka kepada judi".

Mereka juga meminta agar pertaruhan ini dihentikan dan tidak dilaksanakan. Dalam pada masa yang sama, pada malam tersebut (5 Jun 2010) DPPKPB telah menganjurkan ceramah mengecam judibola dan Rejim Israel. Ceramah disampaikan oleh YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.

Berucap dalam nada yang keras, beliau mengutuk pemberian kontrak kepada apco world wide (milik yahudi). Menurut YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, beliau mewakili kawasan Parlimen Parit Buntar tidak sesekali merelakan duit cukai RM 77 juta diberikan kepada yahudi laknatullah. Ucapan ini akan dibawa kedalam sidang parlimen pada minggu ini. Dr. Mujahid juga memberi kutukan kepada umno yang secara terang-terang menghalalkan judi bola. Dalam ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah pula. Keangkuhan umno terhadap hukum-hukum Allah semakin menjadi-jadi. Demi untuk meraih sedikit keuntungan dengan alasan mengelakkan judi haram. Maka umno sanggup menghalalkan judi yang telah dihamkan oleh Allah SWT.

Beliau juga menyeru supaya masyarakat agar membuka mata dan melihat kekejian umno yang tidak boleh dimaafkan oleh umat Islam. Orang Islam mesti mengajar umno dengan tidak lagi memilih umno/BN pada pilihanraya umum ke 13 nanti. DPPKPB pada masa yang sama meneruskan edaran risalah mengenai GMJ (Gerakan Mansuh Judi). Dan menyeru supaya semua masyarakat memberi sokongan demi menyatakan ketidak kesetujuan menerima judi yang dihalalkan.


Antara peminat bola yang menandatangani banner bantah judi.
YB Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar
Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah.
orang ramai yang mendengar ceramah pada malam tersebut

No comments:

Post a Comment