Sunday, June 5, 2011

Pasti Perak kedua terbaik

PARIT BUNTAR : Dewan Pemuda PAS Parit Buntar mengucapkan tahniah kepada Pasti Negeri Perak kerana menduduki tempat kedua anugerah Pasti terbaik di Malaysia selepas Pasti Negeri Selangor. Anugerah tersebut disampaikan kepada Ketua Pemuda PAS Perak Zawawi Hassan sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung di Shah Alam.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar Ahmad Fairus Muhammad berharap anugerah tersebut menjadi pemangkin semangat kepada pengurusan Pasti Negeri Perak untuk meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

" Anugerah yang begitu bermakna ini sebagai bukti komitmen dan usaha bersungguh-sungguh jawatankuasa pengurusan dan guru-guru Pasti di Perak memberikan khidmat yang terbaik.

" Anugerah ini datang dengan tanggungjawab agar Pasti - Pasti di Perak khususnya termasuk Pasti Parit Buntar melipatgandakan usaha untuk memberi perkhidmatan dan penyampaian yang terbaik, setanding dengan permintaan daripada masyarakat umum" katanya

Ahmad Fairus berkata, jawatankuasa dan guru-guru Pasti di Perak telah berjaya menjadikan Pasti sebagai pusat asuhan yang terbaik dengan menampilkan bidang pengajian berunsurkan tarbiyah dan kokurikulum.

" Kurikulum Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) adalah yang terbaik berbanding tadika dan kelas pra sekolah yang lain. Malah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Pasti kerana yakin anak-anak mendapat didikan agama dan akademik yang seimbang.
'' Kurikulum yang disediakan oleh Pasti amat bertepatan dengan saranan pendidikan awal anak-anak untuk mengenal Allah. Di samping itu, kajian juga telah membuktikan bahawa murid-murid lepasan Pasti menjadi murid yang cemerlang semasa mereka berada di sekolah rendah" katanya

Tambahnya, tanggungjawab guru-guru Pasti kini semakin besar kerana mendidik anak-anak yang terpaksa berhadapan dengan perkara-perkara melalaikan di persekitaran mereka.

" Program-program televisyen umpamanya banyak yang menyajikan rancangan melalaikan dan akan memadamkan didikan agama yang telah disemai semasa berada di Pasti.

" Oleh itu, saya juga menyeru para ibu bapa supaya dapat mengawal aktiviti anak-anak agar jiwa mereka sentiasa berada dalam keadaan yang baik" katanya

Thursday, June 2, 2011

Penerangan Buku Jingga fahamkan rakyat


Pelancaran Buku Jingga



Penerangan Buku Jingga fahamkan rakyat

PARIT BUNTAR : Pakatan Rakyat akan memberi tumpuan terhadap penerangan Buku Jingga kepada rakyat supaya rakyat faham dan jelas terhadap perjuangan yang di bawa Pakatan Rakyat. Demikian kenyataan Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain semasa menyampaikan ucapan sempena pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

“Pakatan Rakyat akan adakan penerangan daripada rumah ke rumah secara berkelompok khususnya kawasan pendalaman kampung, Melayu, Cina dan India”.

“Rakyat perlu faham apa sebenarnya hasrat Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga ini sehingga ia sangat ditakuti oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN)"katanya

Hadir sama pada majlis itu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar, Jeff Ooi Ahli Parlimen Jelutung , Badrul Hisham Shahrin Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia,

Harun Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Abdul Yunus Jamhari Ketua PKR Parit Buntar.

Sementara itu, Dr. Mujahid Yusuf Rawa Ahli Parlimen Parit Buntar yang turut berucap berharap supaya para aktivis Pakatan Rakyat membaca buku Jingga tersebut dan memahami sungguh-sungguh agar dapat menjelaskannya rancangan-rancangan yang termuat dalam buku tersebut yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat jika memerintah Malaysia kelak.

“ Kita mesti jelaskan kepada rakyat bahawa segala rancangan yang terkandung dalam Buku Jingga itu tidak mustahil untuk dilaksanakan dengan jaya dan berkesan.

“ Penggubalan Buku Jingga dibuat melalui kajian yang mendalam dan teliti oleh beberapa orang pakar dan telah dibentang dan dibincangkan dalam konvensyen Pakatan Rakyat” katanya

Beliau juga menyeru agar rakyat terus meningkatkan iltizam, kesepakatan dan keyakinan bersama, untuk berganding tenaga bagi memastikan perencanaan dan matlamat yang disasarkan seperti tercatat dalam Buku Jingga ini dapat dilaksanakan.

“ Setiap anggota masyarakat seperti pimpinan masyarakat, pemimpin agama, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan perlu membaca Buku Jingga.

“ Negara kita mengamalkan demokrasi, setiap rakyat berhak mendapat peluang membaca Buku Jingga. Baca dulu Buku Jingga , kemudian baru buat keputusan”katanya

Dr. Mujahid juga berharap pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar dapat mengembalikan semula semangat perjuangan aktivis Pakatan Rakyat di Parit Buntar untuk terus turun bersama-sama, berkhidmat dan berkorban demi masa depan Malaysia.

Pelancaran Buku Jingga peringkat parlimen Parit Buntar dihadiri kira-kira 2000 orang dari pelbagai kaum yang memenuhi setiap ruang dewan.


Pimpinan Pakatan Rakyat Setia Bersama.


Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussin


Dr. Mujahid Ahli Parlimen PAS Parit Buntar



Pengedaran risalah buku jingga

Gambar Sekitar Majlis Perasmian Muktamar Pemuda PAS



Ucapan Perasmian oleh Ustaz Nasharuddin Timbalan Presiden PAS


Ucaptama Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan


Perwakilan seluruh negara


Pemerhati yang hadir


Ucapan wakil Hamas


Pasti kedua terbaik di menengi Pasti Perak


Pemerhati dari NGOs dan Antarabangsa


Saf Kepimpinan Tertinggi Dewan Pemuda PAS


Wakil dari PAS Pusat


Anugerah Pasti terbaik dari Selangor


Perwakilan Parit Buntar bergambar bersama AJK PAS Pusat Mohammad b. Sabu


Barisan Tokoh Penerima Anugerah Pemuda


Kepimpinan Pemuda sesi 2009/2011


Ustaz Azhar Idrus Penerima Tokoh Agamawan Pemuda


Perwailan yang hadir